-->

Setiap Hari Pasti Akan Ada Pembelajaran Yang Berharga Dalam Kehidupan

Sembang Kejayaan - Perasan tak dalam kehidupan yang kita lalui setiap hari ini selalu memberikan kita pembelajaran yang sangat berharga. Setiap hari selalu ada pembelajaran. Ada pembelajaran yang kita dapatkan dengan cara yang menyenangkan dan ada juga pembelajaran yang terpaksa kita lalui dengan cara yang menyakitkan ataupun kurang menyenangkan.

Setiap Hari Pasti Akan Ada Pembelajaran Yang Berharga Dalam Kehidupan

Setiap hari adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik daripada hari sebelumnya sekiranya kita mempunyai pemikiran untuk terus belajar dan belajar. Kerana kehidupan ini tidak pernah berhenti mengajar.

Cuba perhatikan, setiap orang yang kita temui hari ini pasti akan mengajarkan kita sesuatu walaupun pembelajaran yang kita dapat dari mereka itu kadang-kadang menyakitkan. Kadang mungkin akan membuatkan kita rasa nak marah, sedih, kecewa.

Tapi percayalah, walaupun menyakitkan. Ingatlah, dari situlah mungkin kita belajar tentang ketekunan, kita belajar tentang kesabaran, kita belajar untuk berdikari dan sebagainya. Dari orang-orang inilah, kita dapat memperoleh pengalaman berharga yang pastinya nanti akan menjadi pengalaman yang tidak pernah kita lupakan seumur hidup kita dan akan berguna di masa hadapan. Setiap situasi..setiap hari..pasti ada pembelajaran.

Suka diingatkan, hidup ini akan menjadi lebih bermakna apabila kita memilih untuk belajar setiap hari. Kerana kita sedar bahawa selalu ada pembelajaran berharga sama ada dari orang-orang yang kita kenal mahupun dari pengalaman di masa lalu, kenangan-kenangan manis, pahit, suka, duka, dan itu semua adalah pembelajaran yang akan mendewasakan kita.

Sekiranya kita mempunyai pemikiran seperti itu dan menyedarinya, akhirnya setiap hari menjadi sebuah peluang untuk kita berkembang menjadi lebih baik lagi.

Dan ketika menjadi lebih bijak dan sedar akan pembelajaran-pembelajaran itu, setiap kesulitan yang pada awalnya mungkin membebankan dan kurang menyenangkan akan terasa lebih ringan. Dan ketika kita menjadi lebih bijak, akhirnya kita sedar bahawa sesulit-sulitnya hidup ini sebenarnya tidaklah sesulit yang kita bayangkan kerana masih ada banyak perkara dalam hidup yang boleh membuatkan kita bahagia.

Setiap kemenangan, setiap kesedihan, setiap peristiwa, bahkan disetiap kekecewaan, ingatlah pasti ada pembelajaran positif yang boleh kita ambil. Jadi, hadapilah hari-hari anda dengan senyuman dan sikap positif. Tidak semua hari baik, tapi selalu ada perkara yang baik setiap hari.


Semoga bermanfaat.

8 Responses to "Setiap Hari Pasti Akan Ada Pembelajaran Yang Berharga Dalam Kehidupan"

  1. Betul itu, pilih belajar daripada pengalaman.

    ReplyDelete
  2. Pembahasan yang menarik dan aku juga sependapat jika setiap hari kita pasti dapat menemukab banyak hal dalam pembelajaran kedewasaan hidup, asalkan kita peka.

    ReplyDelete
  3. belajar dari kehidupan..pengalaman mematangkan kita..

    ReplyDelete
  4. Setiap hari dalam menjalani hidup ini pasti kita jumpa dan belajar sesuatu yang baru

    ReplyDelete
  5. true indeed. masih tengah belajar lagi ni n still struggle huhu

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel