-->

Allah Uji Tanda Dia Sayang Kepada Kita


Sembang Kejayaan - Dalam kehidupan ini penuh dengan ujian. Sama ada miskin atau kaya seseorang itu, tetap ada ujian untuknya dalam pelbagai bentuk.

Ada yang diuji dengan kesedihan, ada yang diuji dengan kesusahan, kesakitan, masalah dan sebagainya. Macam-macam jenis ujian yang Allah beri dalam hidup ini.

Tapi kita sebagai manusia, kita perlu terima semua ujian-ujian itu dengan lapang dada. Setiap ujian yang dihadapi dalam hidup ini, mampu menjadikan seseorang itu lebih kuat dan tabah.

Allah tidak akan uji kehidupan seseorang itu melainkan, Dia tahu seseorang itu mampu. Meskipun tak mampu hadapi, tetapi mampu untuk belajar sesuatu daripada apa yang dihadapinya.

Allah uji kita sebab kita mampu. Bukan saja-saja Allah nak tengok kita sengsara. Sabar dan syukur. Insyaallah kita akan bahagia. Setiap keperitan yang kita lalui akan digantikan dengan kemanisan.


Allah Uji Tanda Dia Sayang Kepada Kita



Ujian Itu Tanda Allah Sayang Kepada Kita Dan Allah Rindu Pada Kita


Bersabarlah, kadangkala kita diuji dengan sesuatu yang tak pernah kita duga. Kita jadi marah, memberontak kenapa kita diuji. Tanpa kita sedar, setiap ujian yang kita lalui itu terselit seribu satu hikmah yang sarat dengan kasih sayangNya.

[Baca Juga]  Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya, percayalah!

Masing-masing ada masalah sendiri. Dan semua ujian dalam hidup ini, cuma ada satu sebab. Sebabnya adalah semua yang terjadi ini kerana Allah sayang kita.

Jangan sedih apabila kita diuji oleh Allah dengan kesusahan, masalah dan sebagainya. Kerana itulah tanda Allah sayang kepada kita dan Allah rindu pada kita. Allah rindu dengan linangan air mata kita. Allah rindu dengan sujud kita padaNya.

Mungkin kita semakin jauh dengan Allah. Maka Allah tegur kita dengan ujian. Allah beri ujian kepada kita sebagai teguran untuk kita baiki hubungan kita dengan Allah.

Tapi jangan risau, ujian yang Allah beri pada kita sesuai dengan kemampuan kita. Masalah yang Allah beri pada kita pasti boleh diselesaikan.

Ingat, walau sebesar mana pun ujian atau masalah yang dihadapi. Mengadulah pada Allah. Luahkan apa masalah kita, kesusahan kita. Allah suka bila kita berharap pada dia. InsyaAllah, Allah akan keluarkan kita dari masalah itu dengan jalan yang kita tak sangka-sangka. Setiap ujian dan masalah yang dihadapi, ada jalan penyelesaiannya.

Tidak perlu bersedih! Jalanilah kehidupan ini dengan perjalanan hidup yang Allah aturkan. Apa yang diatur olehnya jauh lebih baik dari apa yang kita rancang. Kerana Dialah sebaik-sebaik perancang. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita


0 Response to "Allah Uji Tanda Dia Sayang Kepada Kita"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel