7 Tips Belajar di Rumah Semasa PKP Supaya Tak Ketinggalan Pelajaran
Thursday, May 28, 2020
3 Comments
Sembang Kejayaan - Walaupun sudah hampir 2 bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, itu bukan lah halangan untuk pelajar meneruskan pembelajaran. Pelajar masih lagi berpeluang untuk meneruskan pembelajaran secara atas talian (Online) di rumah masing-masing.
Bagi memastikan pelajar tak tertinggal jauh dalam pelajaran, belajar di rumah adalah sangat penting dan ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang besar untuk memantau aktiviti pembelajaran anak-anak mereka di rumah. Berikut saya kongsikan beberapa tips dan kaedah belajar di rumah sewaktu PKP supaya tak cepat bosan dan ketinggalan jauh dalam mata pelajaran.
1. Buat Jadual Harian
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan, itu bukan alasan untuk menutup buku. Proses pembelajaran tetap diteruskan seperti biasa di rumah masing-masing. Oleh itu, jadual belajar adalah sangat penting. Dengan adanya jadual, anda dapat seimbangkan masa belajar, berehat dan bermain. Selain itu, ia juga dapat melatih mendisiplinkan diri dalam menepati masa walaupun di rumah. Dengan adanya jadual belajar juga, pasti anda tidak akan terlepas kelas-kelas online yang diatur oleh guru.
2. Membuat Nota
Selepas belajar dan memahami sesuatu bab, anda haruslah membuat nota ringkas sebagai tanda anda telah memahami pelajaran yang dipelajari. Dengan adanya nota juga ia dapat membantu anda untuk mengimbas kembali fakta dan maklumat yang telah dibaca supaya dapat memantapkan lagi daya ingatan.
3. Ikuti Sesi Pembelajaran Secara Online
Sejak PKP ini berlangsung, ramai guru dan pensyarah telah mula bergerak aktif dengan menyediakan bahan pembelajaran secara online kepada pelajar. Ada guru yang merakam video kemudian dihantar kepada pelajar dan ada juga guru yang melaksanakan sesi pembelajaran secara langsung dengan menggunakan aplikasi Zoom, Google Classroom dan macam-macam lagi bagi mengajar anak murid secara online. Dengan mengikuti semua kelas online yang dibuat oleh guru, pasti tidak akan ketinggalan dalam pelajaran.
4. Tonton Video Pembelajaran di YouTube
Boleh dikatakan hampir kesemua pelajar gemarkan Youtube. Jadi, apa kata kali ini anda manfaatkan penggunaan YouTube untuk tujuan pembelajaran. Banyak Channel berkaitan pembelajaran yang boleh ditonton dan ini merupakan kaedah pembelajaran yang paling berkesan untuk belajar di rumah. Bila tak faham, boleh ulang tengok sampai faham, kan senang. Jadi ini antara Channel YouTube Pengajaran Cikgu di Malaysia: Cikgu Romie (Matematik), Cikgu Hailmi (Sains), Cikgu Adlina Sojep (Sejarah)
5. Tonton Channel Pendidikan di TV
Selain itu, para pelajar juga boleh belajar melalui saluran TV Pendidikan dan ini juga dapat membantu murid yang tiada sambungan internet di rumah atau sambungan internet yang agak lemah untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah sepanjang tempoh PKP. Anda boleh tonton di saluran Astro Tutor TV dan TV Okey di RTM.
6. Gunakan WhatsApp Untuk Dapatkan Nota & Kerja Sekolah
Dalam waktu PKP ini, ramai guru yang dah mula buat group-group pembelajaran dengan pelajar menggunakan aplikasi WhatsApp. Guru akan berkongsi semua nota dan kerja rumah melalui aplikasi ini. Jadi, anda perlu sentiasa peka. Baca semua nota dan siapkan latihan yang guru beri. Guru dah sediakan bahan, jadi hargailah usaha guru.
7. Muat Turun Aplikasi Pembelajaran di Play Store/App Store
Sekarang semuanya di hujung jari. Kini di Play Store dan juga App Store telah menyediakan pelbagai aplikasi berkaitan pembelajaran yang boleh di muat turun secara percuma dan berbayar. Antara aplikasi yang ada; belajar grammar, jawab quiz dan macam-macam lagi. Boleh search sendiri. Taip ja Kertas Soalan SPM atau Matematik Tingkatan 1, pasti keluar.
Baca Juga: ️7 Tips Untuk Rajin Belajar Setiap Hari
Setakat ini saja lah perkongsian saya kali ini berkaitan tips belajar di rumah sepanjang tempoh PKP. Semoga perkongsian ini dapat membantu para pelajar untuk terus belajar dari rumah. Walaupun ada kelebihan dan kekurangan ketika belajar dari rumah, tetapi jadikan kekurangan itu sebagai semangat anda untuk terus belajar dan mencapai prestasi yang baik. Lagi satu, manfaatkan kemudahan internet sebaiknya dengan melayari laman web pembelajaran yang ada di internet ataupun google saja topik/subjek apa yang anda nak belajar atau nak ulangkaji pelajaran.

Sekarang ni teknologi di hujung hari. Banyak rujukan. Kalau malas baca, boleh tengok video di Youtube atau TV pendidikan.
ReplyDeletehaaa..yg ni bergunalah utk adik2 saya...sampai disember ya diaorg belajar online. bertabahlah. huhu..
ReplyDeleteadik2 yang sekolah tu kena praktik benda ni sampai hujung tahun. moga bertabah jumpa tahun depan...
ReplyDelete