-->

Resepi Kari Ayam Sugu Pavithra, Caranya Amat Mudah Dan Sedap

Sembang Kejayaan | Resepi Kari Ayam Sugu Pavithra - Ini adalah resepi kari ayam mengikut cara Sugu Pavithra salah seorang YouTuber yang berkongsi tentang video-video masakan berjaya menambat hati rakyat Malaysia. Semua resepi masakan yang dikongsikan oleh Sugu Pavithra adalah masakan yang menjadi kelaziman hidangan masyarakat di Malaysia. Misalnya, nasi briyani, sambal udang petai, kari kambing, kari ayam pencen dan macam-macam lagi. Dan ramai juga yang dah cuba resepi-resepi masakan yang dikongsikan oleh Sugu Pavithra. Salah satunya resepi kari ayam pencen. Terbukti sedap! Buat anda yang nak cuba resepi kari ayam dari Sugu Pavithra, ini caranya.

Resepi Kari Ayam Sugu Pavithra, Caranya Amat Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan:

Ayam
Ubi kentang
Tomato
Daun kari
Daun pandan
Bawang merah
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
1 sudu bawang putih dan halia yang ditumbuk lumat
2 sudu serbuk cili
2 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk kunyit
2 sudu serbuk ketumbar
3 sudu serbuk kari ayam
Santan segar
Garam

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis 3 sekawan iaitu kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga bersama bawang merah, daun kari dan daun pandan sehingga naik wangi.

2. Kemudian masukkan 1 sudu bawang putih dan halia yang ditumbuk lumat kemudian kacau sehingga naik bau lagi.

3. Lepas itu, masukkan pula ayam. Gaulkan sehingga sebati dengan bahan tumis. Masak sehingga ayam kecut.

4. Kemudian masukkan ubi kentang dan tomato. Kacaukan sehingga sebati.

5. Kemudian masukkan semua rempah iaitu serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, dan serbuk kari. Kacau sehingga sebati dan pecah minyak.

6. Masukkan air secukupnya. Perasakan dengan sedikit garam lepas itu kacau sehingga sebati dan biarkan ia mendidih. 

7. Akhir sekali masukkan santan dan masak sehingga ayam masak dan ubi kentang empuk. Dah siap! Taburkan sedikit daun ketumbar sebagai hiasan.

Kalau ikutkan resepi sebenar menggunakan ayam pencen. Tapi nak guna ayam biasa pun boleh. Selamat mencuba :)

Sumber resepi: Sugu Pavithra

Resepi lain:

15 Responses to "Resepi Kari Ayam Sugu Pavithra, Caranya Amat Mudah Dan Sedap"

  1. Tudiaaaaa....pekat karinya...terus sis craving kari ayam..dapnyaaaa

    ReplyDelete
  2. Ada tengok YouTube masa dia buat sotong. Bersih buang kulit luar yang ungu tu.

    ReplyDelete
  3. @Suria Amanda hehe..boleh cuba buat nanti

    @NA ada jugak tengok..suka tengok cara dia masak

    ReplyDelete
  4. wahh lepas ni kena follow resepi sugu la pulak..nk tukaq selera cara msak kari kan..

    ReplyDelete
  5. Dah try buat, memang sedap n puah ati..

    ReplyDelete
  6. Masak sendiri lebih puas hati kan, especially dari resepi reliable macam ni :)

    ReplyDelete
  7. biasa kalau saya masak kari memang guna cara macamni cumanya tak pernah boh daun pandan guna daun kari je... ini menarik untuk dicuba ni, kalau guna ayam pencen mesti lagi sedap cuma nk masak kene lama sikit lah

    ReplyDelete
  8. sebut nama Sugu teringat kuali dia yang berkilat tu. bersih betul perkakas dia. =)

    ReplyDelete
  9. terus rasa nak try buat
    terbaik lah :)

    ReplyDelete
  10. Saya akan meminta ibu saya untuk memasaknya juga. Sepertinya memang lezat ..

    ReplyDelete
  11. Cik TK nak try juga la nanti resepi ni

    ReplyDelete
  12. wahh..menyelerakan..tapi lbh suka buah tomato masuk last..suka crunchy..

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel