5 Tips Mudah Bangun Sahur Sepanjang Bulan Ramadhan
Thursday, April 30, 2020
13 Comments
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,
Sembang Kejayaan | Pernah tak anda semua mengalami masalah sukar untuk bangun sahur? Dah masuk hari ke-7 berpuasa, tapi masih susah untuk bangun sahur, terlajak tidur dan tidak sedar hingga masuk waktu Imsak.
Untuk anda yang ada masalah untuk bangun sahur, disini saya kongsikan beberapa tips yang boleh kita amalkan sepanjang bulan Ramadhan:
1. Tidur Awal
Sudah semestinya perkara pertama yang perlu anda buat adalah dengan menukar jadual tidur lebih awal. Kalau asyik tidur lewat ja memang susah lah nak bangun sahur. Jadi mulai malam ini, anda kena biasakan diri untuk tidur awal. Dengan cara ini, anda akan mudah terjaga sewaktu sahur dan tidak terlalu mengantuk.
2. Minta Bantuan Orang Lain
Kalau anda ada masalah susah nak bangun sahur, dah pasang alarm tapi masih tak bangun, bolehlah minta orang lain kejutkan. Kalau duduk dengan keluarga, boleh minta mak atau ayah atau adik beradik kejutkan dan kalau tinggal dengan housemate minta mereka kejutkan.
3. Jangan Makan Terlalu Kenyang
Jangan makan terlalu kenyang sebelum tidur. Kalau boleh elakkan makan makanan yang berat-berat sebelum tidur sebab apabila perut anda terlalu kenyang akan buatkan anda berat mata dan malas nak bangun sahur.
4. Jauhkan Diri Dari Handphone
Kita memang sudah terbiasa dengan handphone dalam kehidupan seharian kita, sampaikan nak tidur pun masih lagi menghadap handphone, sempat lagi scroll media sosial, update status dan sebagainya. Hal ini kerana jika kita luangkan masa sebelum tidur dengan handphone, ia akan membuatkan kita leka dan lambat nak tidur. Bila tidur pun dah lewat, susah la nak bangun sahur nanti. Jadi, elakkan bermain handphone ketika hendak tidur.
5. Letakkan Alarm Jauh Dari Katil
Jika anda kunci alarm, pastikan alarm diletakkan di tempat yang jauh dari katil. Bukan apa, apabila diletakkan jauh-jauh anda pasti akan terjaga dan nak taknak anda terpaksa kena bangun dari katil untuk mematikan alarm. Jadi, alang-alang dah bangun tu boleh lah pergi sahur sekali.
Jadi, inilah 5 tips yang boleh anda lakukan bagi memudahkan anda untuk bangun sahur. Semoga dengan tips-tips diatas dapat membantu anda untuk bangun sahur tepat waktunya. Selamat mencuba dan selamat menjalani ibadah puasa.

yes, agreed with all the tips. I changed my routine and sleep early. Put my phone away and set an alarm an hour early. Alhamdulillah. It works for me so far.
ReplyDeleteKadang bangun kadang tak. Saya masa sahur cuma larat minum air mineral.
ReplyDeleteBaru sekali tak terjaga....sedihnya
ReplyDeleteSaya singgah follow sini.
ReplyDeleteSaya lepas berbuka selalu dah rasa mengantuk. Mungkjn sbb perut kenyang atau tahan ngantuk dari siang. Tp alhamdulillah senang bangkit.
Btw dulu awak ada blog ya? Sbb profile blogger awk sama dgn blogger dulh nama dia SK. Ke silap org. 😅
@ray : Terbaik 👍
ReplyDelete@NA : Saya pun macam tu jugak..ada hari malas memang air kosong ja
@Fida Z Ein : Semoga tips ini membantu Fida. Terima kasih sebab sudi singgah sini =)
@Nana Liena : Terima kasih, nanti saya jalan2 blog awak. Saya baru ja mula berblog tahun lepas..masih baru lagi. SK tu saya singkatkan dari nama blog saya Sembang Kejayaan hihi =)
No 4 sgt betul..kalau dh ngadap.. Terlajak laa.pastu tidur lambat..so far seminggu puasa, smlm baru terlepas sahur, sedar pukul 6 hihi
ReplyDeleteyeahh... betul. tepat sekali... dan semua tips tu SS dah praktikan.. Memang mujarab. Setakat ni, masih gigih bangun sahur...
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi tips yang bermanfaat, semoga kita semua dapat jadikan amalan
ReplyDeleteNomor 4 sangat betul untuk menjauhkan ponsel dari tempat tidur.
ReplyDeleteRadiasi ponsel dapat menyebabkan gangguan tidur.
selalu no 1.. lepas terawih trus ke bulan..hahah
ReplyDeletebila nak bangun rasa macam ngantuknyaaaaa. mampu minum air susu je. adehhh. betul tips tu. kadang praktis macam tu memang jadi hehe
ReplyDeleteAlhamdulillahh.... so far ok je bangun sahur. Mungkin sebab dah tanggungjawab seorang ibu kot... nak tak nak kena gagahkan diri jugaklah nak bangun tu
ReplyDeleteAlhamdulillah setakat ni mudah bangun sahur. tahun ni belum terlajak sahur lagi. harap harap tak terlajak lah.
ReplyDelete