-->

Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,


Pertama sekali, bersyukur kepada Allah kerana kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh dengan rahmat, berkat dan keampunan dari Allah SWT.

Esok, semua umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Ramadhan 1441 Hijrah. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia, bulan yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan kasih sayang Allah.

Terdapat banyak kelebihan bulan Ramadhan yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain.

Di dalam bulan ini terdapatnya malam Lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan.

Pada bulan Ramadhan yang penuh berkat ini juga Allah membuka seluas-seluasnya pintu syurga dan menutup pintu neraka. Syaitan-syaitan juga akan diikat pada bulan Ramadhan.

Segala amal ibadah dan kebajikan yang dikerjakan pada bulan ini, Allah akan memberi ganjaran berlipat kali ganda kepada hamba-hambaNya.

Selain itu, pada bulan tersebut juga semua umat Islam dapat mengerjakan solat sunat tarawih. Solat sunat tarawih ini hanya terdapat dalam bulan Ramadhan sahaja dan tidak ada pada bulan-bulan yang lain.

Marhaban Ya Ramadhan

InsyaAllah, esok kita semua akan menjalani ibadah puasa dan malam ini dah start solat tarawih.

Jadi, di sini penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Berpuasa kepada semua.

Pada bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita mengambil peluang ini untuk menambahkan amalan ibadat sebanyak mungkin pada bulan yang penuh berkat ini. Jangan sia-siakan bulan Ramadhan ini kerana kita tidak pasti kita akan bertemu Ramadhan lagi pada tahun akan datang.

Penulis juga ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa dalam pertuturan sepanjang saya menulis blog selama ini dan maaf jika ada yang kecil hati dengan diri ini.

Semoga amalan ibadah kita semua diterima oleh Allah dan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda, InsyaAllah.
Selamat menunaikan ibadah puasa.

9 Responses to "Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa"

  1. Lepas Maghrib dengar pengumuman puasa.

    ReplyDelete
  2. @NA : Alhamdulillah, esok dah mula berpuasa😊

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa. AAmiin...
    #staysafe #stayhome

    ReplyDelete
  4. Asalam saudara Kairul..selamat menjalani ibada puasa ya

    ReplyDelete
  5. @Warisan Petani : Selamat menjalani ibadah puasa jugak WP

    @Azhafizah MN : Aamiin. Selamat berpuasa jugak ya

    @Etuza : Waalaikumsalam. Selamat berpuasa jugak Cikgu :)

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel