Bersabarlah Ketika Menghadapi Ujian Allah
Sunday, April 19, 2020
4 Comments
Sembang Kejayaan | Selagi nama dunia, kita tak akan dapat lari dari ujian Allah dan selagi nama dunia, kita tak akan sesekali dapat berehat. Selesai satu ujian, datang lagi satu ujian. Selesai satu masalah, datang lagi satu masalah.
Manusia mana yang tidak diuji? Semua pasti akan diuji. Ada masa, ujian yang Allah berikan itu terasa senang untuk kita hadapi dan ada masa, ujian yang Allah berikan kepada kita itu terlalu sukar untuk kita hadapi hingga akhirnya kita tertekan dengan ujian tersebut. Hingga akhirnya, kita pun mengeluh.
"Kenapa aku diuji?"
Ujian tandanya Allah sayang
Dari berjuta-juta manusia di muka bumi ini, kita menjadi pilihannya. Allah memilih kita kerana Dia ingin kita kembali kepadaNya.
Baca Juga: Allah Uji Tanda Dia Sayang
Mungkin selama ini, kita lalai dari mengingatiNya, kita kurang bersyukur dengan apa yang Allah beri. Kita semakin jauh dari Allah. Maka Allah tegur kita dengan ujian supaya kita baiki hubungan kita dengan Allah.
Jika kita ditimpa ujian atau sesuatu musibah, janganlah kita bersangka buruk terhadap Allah dan beranggapan bahawa kita adalah orang yang paling malang kerana setiap ujian yang diberikan kepada kita itu pasti ada hikmahnya.
Ingat, apa sahaja yang kita lalui dalam kehidupan kita. Ujian berat, masalah berat yang kita lalui walaupun sehingga kita rasa nak putus asa, kita harus kuatkan diri dan terus bersabar.
Bersabarlah wahai hati. Nama pun dunia. Memang akan ada ujian. Tapi, janganlah terlalu bersedih. Bukan kita seorang sahaja yang ditimpa ujian di dunia ini. Semua orang pasti akan diuji dengan ujian hidup yang berbeza-beza. Ya! Ujian yang berbeza.
Sebab Allah sudah beritahu di dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah tahu kita seorang yang kuat dalam menghadapi ujianNya. Jadi, Allah berikan ujian itu kepada kita.
Jangan putus asa ketika menghadapi ujian kehidupan
Andai kita merasakan masalah atau ujian yang kita hadapi itu buat kita rasa nak putus asa. Ingat, disebalik ujian yang kita hadapi itu ada kebaikannya.
Teruskan berdoa kepada Allah, Allah lah tempat kita mengadu segala masalah kita. Jangan malu untuk meminta, merayu, memohon kepadaNya. Kerana Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya.
Disamping berdoa, kita juga perlu berusaha mencari solusi bagi masalah yang sedang dihadapi. Selalu diingatkan yang setiap ujian atau masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya.
Baca Juga: ️6 Tips Ketika Menghadapi Masalah Atau Dugaan
Jadi, teruskan bersabar. Rugi kalau kita terus bersedih, terus kecewa, terus hampa. Ingat, Allah sentiasa bersama kita. La Tahzan InnAllaha Ma'ana.
Semoga bermanfaat untuk semua.

Saya akan cuba bersabar dengan ujian yang datang.
ReplyDeleteSemoga kita sentiasa diberikan kesabaran yg kuat dariNya. Allah xkan beri masalah yg melebihi kemampuan kita.
ReplyDeleteSabar itu sebahagian daripada iman
ReplyDelete@NA : Moga terus sabar dan kuat menghadapi ujian
ReplyDelete@ejulz : InsyaAllah, Aamiin.
@Warisan Petani : Ya, betul tu :)