25 Kata-kata Mutiara Kehidupan & Motivasi
Wednesday, April 22, 2020
3 Comments
Sembang Kejayaan | Dalam kehidupan ini, setiap orang pasti akan pernah merasai saat-saat sukar dalam kehidupannya. Adakalanya mudah untuk kita lalui, adakalanya kita rebah di persimpangan.
Ketika kita kehilangan semangat, rasa down, sedih. Sudah tentunya kita memerlukan kata-kata semangat. Kata-kata semangat sangat penting untuk menaikkan semula semangat dan dapat memotivasikan diri untuk bangkit ketika jatuh.
Berikut merupakan beberapa contoh Kata-Kata Motivasi Diri, yang boleh mengembalikan semangat yang pudar kembali membara, ceria dan happy selepas ini. InsyaAllah.
Kata-Kata Motivasi Diri Dalam Kehidupan
1. Harga sebuah kejayaan adalah sangat mahal kalau nak dibandingkan dengan harga sebuah usaha. Sebab itu kita jangan berhenti di separuh jalan, tapi teruskan usaha demi mencapai kejayaan.
2. Jangan sesekali pernah membenci seseorang yang telah melukakan hati kita kerana mungkin orang yang telah melukakan hati kita itu juga pernah buat kita tersenyum pada suatu ketika dahulu.
Baca Juga: 30 Kata-Kata Motivasi Penyemangat Hidup Luar Biasa - Motivasi & Inspirasi
3. Ada ketikanya hidup kita ini terlalu jauh daripada apa yang kita harapkan. Tapi, jangan jadikan itu sebagai penghalang untuk kita mencari bahagia.
4. Pandanglah ujian dengan pandangan iman. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semuanya untuk kebaikan kita. Allah SWT tak pernah zalimi kita.
5. Jangan takut mencuba perkara baru dalam kehidupan. Kalau kita berjaya, Alhamdulillah. Kalau gagal, kita akan lebih bijak sebab belajar dari kesilapan.
6. Ketika kamu merasa hidup kamu susah, sering di belenggu masalah. Yakinlah ada lagi mereka yang nasib susah. Ketika kamu merasa hidup kamu sedih, yakinlah ada lagi yang lebih pedih. Jadi, bersyukurlah.
7. Jangan terlalu menangis dengan apa yang hilang sehingga terlupa untuk tersenyum dengan apa yang masih ada.
8. Kita perlu ingat, tak semua benda yang kita inginkan dalam hidup ini kita akan terus dapat. Ingat, ada benda memerlukan masa dan juga usaha. Belajarlah untuk bersabar.
9. Jangan bersedih saat kesusahan menimpa. Yakinlah bahawa setiap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kita ini telah dirancang baik oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.
10. Jika semalam banyak masalah. Semoga hari ini kita selalu dipermudah dan dijauhkan dari masalah. Jangan lupa beribadah, bersedekah dan bermuhasabah agar semua menjadi berkat dan indah.
11. Bersabarlah wahai hati, dugaan itu bukannya untuk menjadikan kita lebih lemah. Tetapi, untuk menjadikan kita manusia yang lebih matang dan tabah dalam kehidupan.
12. Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak ia tetap menerangi.
13. Bangkitlah dari masalah yang sudah berlalu. Biarkan ia menjadi masa lalu dan jadikan masa lalu sebagai pembelajaran agar menjadi lebih baik di masa hadapan.
14. Masalah yang datang jangan jadikan keluhan. Tapi, hadapi dengan kesabaran dan yakinlah di sebalik masalah itu ada kebahagiaan yang anda dapatkan.
15. Jadikan hari sebagai pengalaman hidup yang paling bermakna. Apa sahaja yang berlaku jalani dengan senyuman.
16. Tanpa kegagalan, kita tidak akan berada pada kejayaan.
17. Jangan pernah berputus asa, kerana kita tidak akan pernah tahu mungkin percubaan yang seterusnya kita akan berjaya
18. Kadang-kadang kita tak akan dapat apa yang kita suka. Sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
19. Teruskan berbuat baik walaupun kita bukan orang yang baik. Sebab kita tak tahu kebaikan yang mana yang boleh membawa kita ke syurga.
20. Lihatlah pada apa nasihat yang disampaikan, bukan lihat pada siapa yang menyampaikan.
21. Kejayaan tidak datang dari apa yang kita lakukan sekali-sekala. Ia datang dari apa yang kita lakukan secara konsisten.
Baca Juga: Motivasi Diri Setiap Pagi Yang Menyentuh Hati
22. Disaat kita hilang semangat untuk berusaha, fikirkan semula kenapa kita memulakannya dulu. Jadi, jangan cepat putus asa.
23. Jangan beri harapan terlalu tinggi pada sesuatu benda atau pada seseorang, kelak akan menghancurkan hatimu.
24. Kesedihan dan dugaan yang kita rasakan hari ini akan membuatkan kita lebih kuat untuk menghadapi hari esok. Jangan putus asa, tentu ada hikmah yang manis dibalik semua kejadian yang menimpa kita yang kita tidak mengetahuinya.
25. Jalanilah hari-hari kita dengan senyuman. Meskipun pahit tetaplah tersenyum kerana ia pengubat hati yang sakit.
Semoga bermanfaat untuk semua. Untuk melihat lebih banyak lagi quotes menarik berkaitan kehidupan boleh ikuti di Instagram @skquoteslife

Suka yang no 19. Setiap kali tak suka perkara atau orang, kena juga buat baik.
ReplyDeleteSemoga bermanfaat buat kita semua
ReplyDeletesuka baca kata kata mutiara sebagai motivasi diri.
ReplyDelete