-->

Motivasi Diri Setiap Pagi Yang Menyentuh Hati

Sembang Kejayaan | Dalam hidup ini, tidak semuanya indah. Sentiasa dipenuhi dengan warna-warni kehidupan. Ada suka dan duka. Adakalanya kita merasakan lebih banyak duka daripada suka.

Masalah demi masalah, ujian demi ujian, kegagalan demi kegagalan, mimpi yang dulu kita bangun mula kelihatan samar-samar. Itulah lumrah kehidupan. Mahu ataupun tidak kita harus terima dengan penuh redha.

Motivasi Diri Setiap Pagi Yang Menyentuh Hati

Saat realiti tidak sesuai dengan jangkaan anda, di saat orang lain pergi meninggalkan anda, di saat anda lagi bersedih dan tak kuat untuk hadapi semua ini ataupun apa sahaja yang membuatkan anda mahu meninggalkan semua mimpi yang sudah anda bangun selama ini. Anda harus bangkit! 

Baca Juga : [Motivasi] Kenapa Ingin Putus Asa Sedangkan Kejayaan Semakin Hampir

Ingatlah, anda sudah separuh jalan. Sudah banyak yang anda korbankan. Sudah banyak kesakitan yang anda alami. Hujung kejayaan sudah di depan mata. Hanya kerana anda letih, anda mahu berhenti begitu saja. Hanya kerana anda kehilangan harapan, anda mahu berhenti di tengah perjuangan. Hanya kerana realiti tidak sesuai dengan expectations, anda mahu menyerah?

Nanti dulu! Saat anda mahu berhenti, cuba ingat balik di saat awal anda memulainya dengan penuh harapan, di saat anda ingin berhenti, ingatlah betapa optimisnya anda pada saat memulainya. Pada saat anda mahu berhenti, ingatlah semua mimpi-mimpi yang sudah anda bangun untuk orang-orang yang anda cintai.

Motivasi Pagi

Jangan sesekali pernah berputus asa kerana orang yang paling sukar untuk ditewaskan adalah orang yang tidak pernah berputus asa.

Apabila kegagalan menimpa, pilihan kita cuma ada Dua. Iaitu meratapi kegagalan atau terus bangkit dan menjadikan kegagalan itu sebagai pengajaran terbaik untuk kita bangkit dan terus bangkit.

Menangislah sekuat mungkin. Tidak mengapa! Tidak ada manusia hebat di dunia ini yang tidak pernah menangis dan kecewa kerana gagal.

Orang hebat tidak dihasilkan melalui kemudahan, kesenangan atau keselesaan. Tetapi mereka dibentuk melalui kesusahan, cabaran, penghinaan dan air mata.

Menjadi luar biasa itu memerlukan masa. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Hari ini usaha, esoknya berjaya. Tidak ada! Semuanya memerlukan masa. Anda harus mengalami kesakitan. Kerana kesakitan yang akan membuatkan anda lebih kuat. Anda harus berasa kepenatan kerana kepenatan hanya dimiliki oleh orang yang berjuang.

Anda harus bangkit dan tingkatkan keyakinan anda! Anda akan jatuh banyak kali di jalan menuju kejayaan. Tetapi, perkara yang paling penting bukan apabila anda jatuh, tetapi bagaimana anda boleh bangkit semula apabila anda jatuh. 1 kali jatuh 1000 kali bangkit.

Dan apabila anda bangkit, percayalah! anda harus lebih kuat daripada sebelumnya. Anda boleh penat, anda boleh sakit, anda boleh menangis tetapi, jangan biarkan perkataan menyerah masuk di kepala anda.

Motivasi Diri Setiap Pagi Yang Menyentuh Hati

Hujung kejayaan sudah di depan mata. Jika anda berhenti menggapai impian dan menyerah, anda tidak akan merasakan betapa hebatnya anda. Orang yang berjaya atau hampir nak berjaya ialah mereka mulakan sesuatu dan buat yang terbaik, sampai habis! Jadi, habiskan apa yang anda mulakan. Barulah capai kejayaan.

Kegagalan adalah guru terbaik yang akan mengajar kita untuk bangkit kembali dan mengetahui hal mana yang perlu kita hindari di kemudian hari.

Anda tidak boleh berhenti kerana terlalu banyak yang sudah anda korbankan. Anda tidak boleh berhenti kerana terlalu banyak air mata yang jatuh kerana perjuanganmu. Anda tidak boleh berhenti kerana terlalu banyak luka yang harus disembuhkan dengan sebuah kemenangan.

Berilah peluang pada diri anda untuk bangkit 1 kali lagi! Bangkit dan terus bangkit!


Terima kasih,


Dah baca? Jangan lupa klik butang share

3 Responses to "Motivasi Diri Setiap Pagi Yang Menyentuh Hati "

  1. Ada juga saya tak dapat bangkit. Katakan pada diri,"saya dah berusaha!"

    ReplyDelete
  2. Bukan semua yang kita nak kita akan dapat.
    yang penting usaha dan jangan putus asa.

    ReplyDelete
  3. sy dh bbrp kali jatuh dan bgun..sgt perit kne hinaan dan cacian dari seorg yg pnh sy cintai, xkuat mmbsarkn ank sdrian

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel