-->

Rezeki Allah Sudah Tentukan & Setiap Orang Rezekinya Lain-Lain

Bismillahirrahmanirrahim,

Tidak ada seorang manusia yang hidup di dunia ini Allah tinggalkan dia tanpa rezeki. Setiap manusia sudah ditetapkan rezeki untuknya oleh Allah S.W.T. sejak di dalam rahim lagi. Jangan kata manusia, malah haiwan pun sudah ditetapkan rezekinya.

Firman Allah dalam Quran :

Surah Hud, Ayat 6

Jadi apa yang perlu kita risau? Tidak perlu risau lagi tentang rezeki kita ataupun nak dengki dengan rezeki orang lain.

Rezeki bukan datang dalam bentuk wang ringgit semata-semata. Tetapi, pengertiannya amat luas sekali.

Diberi kesihatan yang baik itu rezeki. Hidup bahagia itu rezeki. Berkeluarga itu rezeki. Banyak masa lapang itu juga rezeki. Tiada beban hutang itu rezeki.


Setiap Orang Rezeki Lain-Lain


Ada orang terlalu bimbang tentang rezeki dan membuatkan hidup mereka sentiasa berada dalam keadaan kerisauan.

Merungut kenapa orang lain dapat, dia tak dapat. Sebaik-sebaiknya, kita perlu bersyukur dengan apa yang Allah beri kepada kita walaupun sekecil zarah.

Tak perlu nak bandingkan rezeki kita dengan rezeki orang lain. Setiap orang rezekinya berbeza-beza. Masing-masing ada rezeki masing-masing.

Baca Juga: Rezeki Itu Milik Allah

Kadang terdetik dalam hati kenapa Allah tak kurniakan aku rezeki seperti yang mereka dapat tu. Dapat sambung belajar, dapat pekerjaan tetap, perniagaan maju.

Jangan lah bersedih, kita kena tahu yang rezeki setiap orang lain-lain. Bersangka baik lah pada Allah. Mungkin rezeki kita belum lagi. Mungkin ada rezeki yang lebih baik lagi yang Allah nak bagi kepada kita selepas ini.

Dan selalulah fikir positif daripada kita fikir negatif, duduk meratap, kenapa dia dapat aku tak dapat yang boleh membuatkan hati kita jadi tidak tenang dan hidup pun jadi tak bahagia.

Percayalah ada sesuatu yang lebih baik lagi dari apa yang anda impikan. Allah maha mengetahui segala-galanya.

Kita sebagai manusia, kerja kita hanya berusaha saja. Soal rezeki kita bertawakal saja kepada Allah. Sebab rezeki itu Allah yang bagi.

Terima Kasih,

2 Responses to "Rezeki Allah Sudah Tentukan & Setiap Orang Rezekinya Lain-Lain"

  1. Ya Allah beri pun satu ujian juga sama ada kita bersyukur atau tidak.

    ReplyDelete
  2. betul tu, rezeki setiap dari kita tak sama... yang penting kita kene sentiasa bersyukur

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel