-->

Ooo..Macam Ini Rupanya Cara Melakukan Study Group Yang Betul & Berkesan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entri kali ini penulis nak tujukan khas kepada anda semua yang bergelar sebagai pelajar. Ini memang khas untuk anda, yang lain kalau nak baca pun boleh hehe.

Sebelum ini pun penulis pernah share dengan anda semua tips-tips berkaitan dengan pelajaran. Macam mana nak jadi rajin belajar, macam mana hilangkan stress belajar dan macam-macam lagi.

Bagi anda yang belum baca, anda boleh ja search di blog Sembang Kejayaan ini ataupun penulis letak link dekat bawah nanti ya.

Jadi hari ini penulis nak share pula, macam mana nak buat study group yang betul mengikut cara pelajar cemerlang apabila mereka melakukan study group:

Cara Pelajar Cemerlang Melakukan Study Group


1. Ahli Kumpulan Yang Tidak Terlalu Ramai

Seeloknya bilangan ahli kumpulan adalah antara 4 hingga ke 6 orang sahaja. Tidak perlu terlalu ramai. Bukan apa, bila terlalu ramai dibimbangi kumpulan bertukar daripada belajar kepada berborak haha. Selalunya terjadi kejadian seperti itu. Takut menganggu ahli-ahli kumpulan yang lain yang memang nak belajar. Jadi, hadkan jumlah ahli kumpulan.

Baca Juga:




2. Tentukan Topik Apa Yang Ingin Dibincangkan

Ini juga penting. Sebab pernah jadi dalam satu kumpulan, ahli-ahlinya belajar topik atau subjek yang berlainan. Ada yang belajar sejarah, ada yang belajar matematik. Ini akan menyebabkan ahli kumpulan hilang fokus dan sukar untuk berinteraksi antara satu sama lain. Sebab sorang belajar lain, sorang lagi belajar lain. Seeloknya, setiap ahli kumpulan mestilah mempunyai kata sepakat tentang topik/subjek yang menjadi pilihan mereka untuk belajar dalam kumpulan. Kalau ada jadual lagi bagus. Contohnya, hari ini belajar sains, esok belajar matematik, lusa belajar sejarah. Itulah yang lebih baik.


3. Lantik Seorang Ketua

Selain itu, lantik seorang ketua kumpulan dan ketua mestilah tegas. Boleh menegur sesiapa yang saja yang bermain, bersembang atau tidak beri tumpuan semasa belajar. Ketua adalah sangat penting dalam sesebuah kumpulan, kerana bila adanya ketua objektif untuk belajar tercapai.


4. Ahli Kumpulan Yang Berbeza Kepandaian

Ahli kumpulan yang berbeza kepandaian akan memudahkan kita faham banyak subjek. Dalam kumpulan, perlu ada ahli yang pandai matematik, ada yang pandai sejarah, dan boleh dikatakan lengkap semua subjek. Dari situ, setiap ahli kumpulan dapat membantu rakan, betulkan dan fahamkan apa yang silap dan kurang faham berdasarkan kelebihan masing-masing. Selain itu, kita juga boleh tentukan hari isnin belajar sains, hari selasa belajar english, hari rabu belajar matematik dan seterusnya. Ia akan memudahkan lagi perbincangan dalam study group.


Terima kasih, semoga bermanfaat.

3 Responses to "Ooo..Macam Ini Rupanya Cara Melakukan Study Group Yang Betul & Berkesan"

  1. tempat yg menarik seperti McD.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Dah lama tinggalkan zaman belajar tapi boleh guna pada ketika memerlukan.

    ReplyDelete
  3. Ejulz: Belajar sambil makan hehe

    NA: Saya pun dah lama habis belajar..tetiba rasa rindu pulak hehe

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel