-->

Antara Makanan Sedap di Kedah, Rugi Kalau Anda Tak Cuba

Bagi anda yang datang ke negeri Kedah, mencari makanan-makanan popular dan sedap di negeri ini, teruskan membaca post ini.

Kalau nak tahu, selain terkenal sebagai tempat percutian iaitu Pulau Langkawi, negeri ini juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap dan menyelerakan dengan harga yang sangat berpatutan.

Entri kali ini penulis nak share dengan anda semua antara makanan sedap dan popular yang perlu anda cuba bila datang ke negeri yang dikenali sebagai Jelapang Padi itu.


Nasi Lemak Royale

Antara Makanan Sedap di Kedah, Rugi Kalau Anda Tak Cuba

Ini dia nak habaq kat hampa semua nasi lemak royale! Orang Alor Setar mesti akan tau punya. Nasi lemak yang cukup terkenal yang dimakan dengan pelbagai jenis lauk-pauk yang anda boleh pilih. Antara aneka lauk yang dihidangkan termasuk ayam goreng, telur rebus gulai ikan dan banyak lagi. Sekarang nasi lemak royale ni dah buka cawangan di Kuala Lumpur. Orang KL yang teringin nak makan makanan special dari Kedah, kini dah tak payah susah-susah pergi sampai ke Kedah. Dekat KL pon dah banyak.

Baca Juga: Makanan Paling Popular Di Pasar Malam Setiap Tahun 


Laksa Ikan Sekoq

Antara Makanan Sedap di Kedah, Rugi Kalau Anda Tak Cuba

Siapa peminat laksa sini! Ini dia berita baik untuk hampa yang datang ke negeri Kedah. Walaupun di utara terdapat pelbagai jenis laksa tapi setiap laksa mesti ada keistimewaannya sendiri antaranya laksa ikan sekoq Alor Setar. Dia letak ikan sekoq wey atas laksa tu. Dan yang lagi best, kuah dan laksa boleh tambah-tambah. Jadi, pada semua hantu laksa, anda patut cuba bila datang ke negeri ini.


Koey Teow Iman

Makanan Sedap di Kedah, Rugi Kalau Anda Tak Cuba

Bagi anda yang mencari tempat makan best dan sedap di sekitar Alor Setar, anda boleh singgah ke Koey Teow Iman, antara makanan popular di Alor Setar. Bagi peminat koey teow anda boleh cuba menu killer di sini iaitu keoy teow kerang. Perghh memang sedap dan pasti nak tambah lagi.


Bihun Sup Viral Kak Mah

Antara Makanan Sedap di Kedah, Rugi Kalau Anda Tak Cuba

Bagi yang craving nak makan bihun sup utara, anda boleh cuba bihun sup viral kak mah yang terletak di Pendang. Apa keistimewaanya? Anda boleh tengok sendiri jumlah dagingnya yang sangat banyak. Selak-selak daging baru nampak bihun. Makan pula panas-panas dengan semangkuk ABC, pergh memang nikmat.

Baca Juga:10 Makanan Sedap Dan Popular Bila Tiba Hari Raya

Okay setakat ni saja dulu penulis share dengan anda semua antara makanan-makanan yang popular dan sedap di negeri Kedah. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi ini antara makanan yang menjadi favourite penulis bila datang ke Kedah.

7 Responses to "Antara Makanan Sedap di Kedah, Rugi Kalau Anda Tak Cuba"

  1. lapar plak tgk smua menu makanan tu

    ReplyDelete
  2. salam kenal..
    alamakkk.. jadi lapar ni.

    ReplyDelete
  3. Mama Tisya: kan, hihi :)

    Nina Mads: Haah betul2, laksa dia memang fames kat Kedah

    Azian Elias: Salam kenal jugak hihi, terima kasih sudi singgah sini :)

    ReplyDelete
  4. Nasi lemak royale ni ada juga cawangan di Melaka tapi belum dapat pergi lagi.

    ReplyDelete
  5. Lupa nak tulis dah follow balik blog ni. Tq.

    ReplyDelete
  6. semua tu memang sedap... rindu nk datang kedah lagi

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel