Cara Menaikkan Semangat Yang Hilang Di Waktu Pagi
Saturday, March 7, 2020
9 Comments
Sembang Kejayaan - Anda pernah tak mengalami situasi di mana semangat anda tiba-tiba hilang? Rasa tak semangat ja nak buat kerja. Terutamanya, bila dihujung minggu, hilang semangat nak berkerja hari Isnin. Tak malas hari Isnin, di tengah-tengah minggu.
Penulis memang selalu dah terjadi situasi macam ni. Masa cuti Sabtu, Ahad rasa semangat lagi, tapi bila masuk Ahad malam, automatik hilang semangat haha. Rasa malas nak bangun pagi esok nak berkerja. Nak bangun pagi pun tak bermaya. Rasa nak ja sambung tidur.
Jadi, penulis nak share dengan anda semua apa yang penulis buat untuk kembalikan semangat ke dalam diri setiap pagi.
1. Bersyukur
Ketika bangun pagi, jangan lupa untuk berdoa dan ucapkan rasa syukur sebab kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup dan masih diberikan kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini. Jadi, bersyukurlah.
Dan setelah berdoa, cubalah berdiri lah di hadapan cermin, kemudian cakapkan pada diri sendiri "Saya cinta diri saya, saya sangat bahagia, saya pasti boleh". Jangan lupa senyum juga yaa. Sebab bila senyum automatik kita akan terbawa senyum itu sepanjang hari.
Bila anda mulakan hari anda dengan kata-kata yang positif pada waktu pagi seperti ucapan rasa syukur dan kata-kata positif, percayalah mood anda akan berubah dan secara tidak langsung anda akan terasa lebih bersemangat.
2. Motivasi Diri
Ambil masa dalam seminit dua untuk baca beberapa artikel-artikel motivasi pendek di awal pagi. Penulis dah cuba, memang berkesan buat diri penulis. Bila rasa tak semangat atau emosi tengah down, cepat-cepat cari inspirasi dan kata-kata semangat. Dari tak semangat, terus jadi semangat dan terinspirasi. Bukan apa, dalam kehidupan ini penuh dengan dugaan dan cabaran yang perlu kita tempuh. Ada masa kita happy, ada masa ketika rasa kecewa, sedih dan sebagainya. Jadi, kata-kata semangat inilah boleh membantu kita menaikkan semula semangat.
Baca Juga: Kata Ucapan Selamat Pagi
3. Lihat Warna Yang Cerah
Sebenarnya warna pun boleh mempengaruhi mood kita. Melihat warna-warna yang cerah boleh membuatkan kita kembali ceria dan bersemangat. Setiap hari, lihatlah warna-warna yang cerah sepeti kuning, hijau, biru dan warna-warna yang lain lagi. Ataupun kita pilih lah baju mengikut warna-warna yang boleh menaikkan semangat kita. Secara automatik kita akan lebih bersemangat bila pakai baju tu dan aura-aura positif tu akan datang dekat pada kita.
4. Niat Dalam Hati
Untuk menjadikan kita bersemangat pada esok hari, niatlah pada waktu malam di hari sekarang ini. Sebagai contoh, katakan lah hari ini hari Ahad dan esoknya hari Isnin. Anda mahu bersemangat pada keesokan harinya.
Jadi, pada malam tersebut anda boleh niat dalam hati dengan ayat ini "Esok, aku nak bersemangat". Anda boleh saja ubah ayat yang sesuai dan buat ayat anda sendiri, asalkan ayat tersebut dapat menaikkan semanagat anda seperti "Esok aku nak jadi orang yang paling bersemangat". Boleh saja mana-mana, asalkan anda selesa.
5. Sentiasa Berfikiran Positif
Yang terakhir, selalulah berfikiran positif. Yang mana yang negatif tu, kita buang jauh-jauh. Sebab bila kita selalu fikir negatif, mood kita juga akan berubah jadi tak baik. Seluruh aura negatif tu akan ada dekat kita. Sebab itulah kita jadi malas, cepat down, cepat nak marah-marah dan sebagainya. Jadi, selalulah berfikiran positif seperti "Hari ini aku nak jadi orang yang rajin", automatik kita akan jadi rajin.
Baca Juga: Cara Nak Kekal Positif Setiap Hari Agar Lebih Bahagia
Moga perkongsian ini ada manfaatnya untuk anda semua yang dah mula hilang semangat. Cubalah amalkan apa yang penulis kongsi tu. Moga tips yang penulis kongsi tu berkesan untuk anda, InsyaAllah.

Selalu fikir nikmat yang dapat. Terima kasih kongsi tips.
ReplyDeleteWah nice info!! Thank you...
ReplyDeleteThanks. Sharing menarik.
ReplyDeleteNA: Sama sama😀
ReplyDeleteHanachie: 😊
Atul Hamid: 😊
Kdg2 bila bangun dlm keadaan x cukup tdo terus rasa x semangat nak gi kerja. Done follow your blog. www.zukidin.com
ReplyDeleteAlhamdulillah..dapat infor berguna
ReplyDeletebiasa lah rasa gitu, selalu nya dari petang ahad tu saya dah pilih baju or tudung mana yang saya nk pakai untuk ceriakan hari saya... supaya saya rasa cam lawo, macam cantik di mata sendiri heheheh... jadi semangatla nk pergi kerja, gitu lah cara saya motivasi diri tapi dah biasa selalunya lalui je macam biasa
ReplyDeleteAbam Kie: Betul betul, terima kasih Abam Kie sudi follow, hihi
ReplyDeleteEtuza: 😊
Norhidana: Terbaik
Focus matlamat kehidupan dengan nikmat Allah berikan, alhamdulillah.
ReplyDelete