-->

Langkah Yang Boleh Kita Buat Untuk Mengurangkan Risiko Jangkitan Covid-19


Langkah Yang Boleh Kita Buat Untuk Mengurangkan Risiko Jangkitan Covid-19

Sembang Kejayaan | Antara langkah yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan risiko jangkitan virus covid-19 adalah:


1. Membersihkan Tangan

Antara langkah yang paling penting kita kena jaga adalah kebersihan tangan. Apa yang kita sedia maklum, virus ini merebak melalui titisan atau cecair badan yang keluar apabila batuk atau bersin. Dan tapak tangan adalah medium penyebaran virus dan bakteria berbahaya.

Contohnya adalah apabila anda berjabat tangan dengan seseorang yang menutup batuk dengan tangannya, atau apabila anda menyentuh permukaan yang telah tercemar dengan virus. Dari situ virus boleh merebak.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk mencegah adalah setiap kali kita menyentuh apa-apa permukaan, amalkan kerap basuh tangan. Sangat penting untuk kita selalu mencuci tangan dengan sabun dan cuci tangan sekurang-kurangnya 20 saat serta kita perlu mengikut step mencuci tangan yang betul. Dengan selalu mencuci tangan kita boleh elak dari merebaknya virus tersebut kepada orang lain. 


2. Elakkan Menyentuh Muka, Hidung dan Mulut

Elakkan daripada menyentuh muka, mata, hidung dan mulut. Ini merupakan antara laluan paling mudah untuk virus memasuki badan. 

Sebab kita tak tahu tangan kita mungkin telah tersentuh permukaan yang telah tercemar dengan virus. Apabila kita melakukan sentuhan pada muka, hidung, mata dan sebagainya ia akan meningkatkan risiko jangkitan Covid-19 ataupun sebarang virus mahupun bakteria yang lain. 

Jadi, sebab itulah kita semua digalakkan untuk kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer.


3. Tutup Mulut Saat Batuk/Bersin

Setiap kali kita batuk atau bersin, pastikan kita tutup dengan sesuatu. Jangan tutup dengan tangan kerana jika anda menyentuh apa-apa permukaan selepas itu di tempat awam, maka permukaan itu akan terdedah kepada virus.

Sebaik-baiknya tutup mulut dengan tisu atau tuala yang bersih apabila batuk atau bersin. Bagi mereka yang ada simptom seperti batuk atau bersin boleh memakai topeng muka (Mask) untuk tutup mulut dan hidung. Dengan menutup mulut saat batuk atau bersin dapat mencegah penyebaran virus kepada orang lain.


4. Amalkan 'Social Distancing'

Kita jaga perlu amalkan penjarakan sosial 'Social Distancing' bagi mengelak penularan jangkitan penyakit kepada orang lain. 

Duduk sahaja di rumah dan elakkan pergi ke tempat tumpuan ramai. Jika nak bercakap dengan orang pun pastikan kita jarakkan diri kita sekurang-kurangnya 1 hingga 2 meter dan elakkan juga dari bersentuhan dengan orang lain supaya dapat mengelakkan dari jangkitan Covid-19.

Langkah Yang Boleh Kita Buat Untuk Mengurangkan Risiko Jangkitan Covid-19

Penulis harap info ini bermanfaat buat anda semua. Duduk sahaja di rumah dan tak perlu keluar pergi ke mana-mana. Just Stay At Home. Duduk diam-diam di rumah dan dengar arahan daripada pihak berkuasa. 

Kalau anda nak tahu, sepanjang perintah kawalan pergerakan ini, sebenarnya banyak aktiviti yang bermanfaat yang boleh kita lakukan di rumah. Anda boleh baca Apa Nak Buat Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (Covid-19)

Semoga bermanfaat, Terima kasih.

3 Responses to "Langkah Yang Boleh Kita Buat Untuk Mengurangkan Risiko Jangkitan Covid-19"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel