-->

Setiap Orang Masih Diberi Kesempatan Untuk Menjadi Baik

Assalamualaikum waroh matullahi wabarakaatuh,


Setiap manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan, dosa, dan maksiat. Sebab kita manusia, mesti pernah buat dosa. Dosa yang kita lakukan sama ada sengaja ataupun secara tidak sengaja. Mahupun kita sedar atau tidak sedar kerana manusia ni sifatnya lemah dan pelupa.

Tidak ada manusia yang tak pernah buat salah. Kita semua pendosa. Pendosa yang inginkan syurga. Tapi, sebaik-baik pendosa adalah yang belajar daripada kesilapan. Yang selalu muhasabah dirinya, menyesali segala kesilapan dan segera memohon ampun atas kesalahan yang dilakukan.

Setiap Orang Masih Diberi Kesempatan Untuk Menjadi Baik

Kalau nak dikira jumlah dosa yang pernah kita lakukan, sangatlah banyak jumlahnya. Bayangkan dah berapa tahun hidup. Memang tak terkira..

Tapi ingat, walau banyak manapun sekalipun kesalahan dan sebesar manapun dosa yang pernah kita lakukan, hingga kita rasa tak mungkin Allah ampunkan kita, ingat keampunan Allah itu lebih besar dan luas.

Allah itu maha pengampun.

Manusia biasa seperti kita, kalau buat salah sekali kita boleh dimaafkan. Tapi, kalau dua tiga kali buat salah susah nak maafkan. Betul tak? Itulah kita. Tapi Allah, kalau kita buat salah banyak kali pun, Allah tetap akan buka pintu taubat untuk kita. Allahu, lihatlah betapa sayangnya dia kepada kita.

Allah itu lebih suka mengampunkan dosa kita berbanding menghukum kita. Buktinya, walaupun Allah nampak kita buat dosa. Tapi, Allah sesekali tidak terus menghukum kita. Dia masih beri masa dan peluang untuk kita tambah amalan, perbaiki kesilapan, mantapkan iman. Allahu, kasihnya Allah kepada kita.

Setiap dari kita masih diberi peluang untuk berubah dan menjadi lebih baik. Sentiasa terbuka peluang untuknya. Tidak ada istilah terlambat untuk berubah. Tidak ada istilah tidak layak menjadi baik. Tidak ada istilah tidak punya harapan untuk memiliki masa depan yang cerah.

Kerana setiap dari kita, Allah masih izinkan kita untuk setiap hari bertaubat. Jadi, jangan sesekali putus asa dari memohon ampun kepada Allah, kerana Allah suka orang yang bertaubat kepadanya.


Terima kasih, semoga bermanfaat.

7 Responses to "Setiap Orang Masih Diberi Kesempatan Untuk Menjadi Baik"

  1. Betul, Allah tunggu kita bertaubat. Kalau leka,Allah beri peringatan dalam bentuk sakit atau perkara-perkara yang buat kita ingat balik dosa.

    ReplyDelete
  2. Semoga kita sentiasa diberi 'jalan' menuju ke arahNya..

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Terima kasih atas peringatan 😊

    ReplyDelete
  4. setiap hari pohon doa moga Allah ampunkan dosa kita...

    ReplyDelete
  5. Setuju, pastikan niat baik tentu perbuatan juga baik.

    ReplyDelete
  6. betul tu. jomlah kita perbanyakkan istighfar

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel