10 Makanan Sedap Dan Popular Bila Tiba Hari Raya
Monday, January 27, 2020
Add Comment
Tak lama lagi dah nak raya. Setiap kali raya mesti ada menu yang wajib ada atas meja bagi memeriahkan lagi suasana hari raya. Kalau tak ada hidangan tu kira tak sah lah raya korang.
Tidak kira korang negeri mana, pasti menu ini akan menjadi juadah utama bagi majoriti rakyat Malaysia bila tiba hari raya nanti.
Ini lah antara menu makanan yang paling sedap dan popular yang perlu ada pada pagi hari raya korang.
1. Ketupat
Ada ke orang tak makan ketupat? Kalau ada memang rugi lah korang. Inilah makanan yang paling popular sekali yang dihidangkan pada hari raya iaitu ketupat. Tak ada ketupat, memang tak sempurna lah raya korang. Ketupat nih ada 2 jenis iaitu ketupat nasi dan ketupat daun palas. Tapi 2 jenis ketupat ini memang kegemaran saya di pagi hari raya. Makan pula dengan kuah kacang dan rendang sambil tengok Tv. Wahh sedap tak terkata!
2. Lemang
Siapa tak suka makan lemang oii? Saya sendiri memang hantu lemang. Lemang ini diperbuat daripada berat pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang di dalamnya, kemudian dibakar sehingga masak. Nak lagi sedap korang makan dengan rendang atau serunding.
3. Sate
Sate antara makanan rebutan di pagi raya. Tak sempat nak hidang, dah cerah. Siapa tak suka makan sate kan? Bukan sahaja hari raya, tak raya pun sate menjadi rebutan orang ramai, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Kalau korang pergi beraya je, ada menu sate, korang ambil je banyak cucuk hahaha. Lepastu baru korang ambil makanan lain. Sebab sate ni makanan yang paling popular di hari raya.
4. Rendang
Rendang pula ada banyak jenis rendang. Ada rendang ayam, daging, itik, rendang ayam melaka, rendang daging tok dan macam-macam jenis rendang lagi yang sedap-sedap semuanya. Tak kiralah apapun jenis rendang, sudah tentu terliur bagi sesiapa saja yang melihatnya. Makan pula bersama ketupat palas atau ketupat nasi...pergh. Memang tak cukup sepinggan.
5. Asam Pedas
Bila sebut saja asam pedas, sudah tentu dalam kepala terbayang asam pedas melaka kan? Ya, asam pedas melaka antara makanan sedap di negeri Melaka. Makanan harian ini juga turut dihidangkan pada hari raya bagi memeriahkan lagi suasana.
Baca Juga : Senarai Tempat Menarik di Melaka
6. Lontong
Lontong merupakan antara hidangan yang turut mendapat perhatian. Pelbagai jenis sayuran dimasukkan ke dalam lontong ini seperti kubis, kacang panjang, lobak, fucuk, suhun dan tauhu. Digandingkan pula dengan nasi impit dan kuah kacang. Perghh..memang tak cukup semangkuk.
7. Bihun Sup
Tudiaa..Ini lah makanan kegemaran saya iaitu bihun sup. Menu ini memang cukup digemari ramai walaupun bukan pada hari raya. Bila tiba hari raya, menu ini memang cukup popular. Yelahh siapa tak suka makan bihun sup kan. Makan pula dengan sup panas-panas, letak sambal cili sikit. Perghh..dia punya sedap tu tak terkata. Korang kena standby 2 mangkuk. Kalau semangkuk memang tak cukup hahaha
8. Rempeyek
Rempeyek atau tempeyek sebenarnya? Tak kisah lah mana-mana. Korang pernah makan rempeyek? Mesti semua pernah kan. Inilah makanan yang paling sedap sekali setiap kali menjelang hari raya. Memang akan tercari-cari rempeyek ni kalau pergi beraya rumah orang. Satu je tak suka pasal rempeyek ni. Bila dah start makan memang susah nak berhenti, sedar-sedar dah habis.
9. Kuih Bahulu
Kuih bahulu sememangnya kuih paling digemari ramai termasuk saya sendiri. Dari zaman dulu hingga sekarang tetap mendapat tempat di hati masyarakat. Kuihnya yang lembut, gebu, manis sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutama kanak-kanak dan warga emas.
10. Dodol
Tak banyak rumah yang masak sendiri dodol. Selalunya bila hari raya saya beli saja. Sebab nak buat sendiri dodol bukannya mudah. Tapi, kalau beraya dekat kampung dapat la juga merasa dodol buatan sendiri. Seronok tau sebenarnya bila kacau dodol ni dapat satu pengalaman yang paling istimewa dan suasana raya pun jadi lebih meriah.
Kesimpulan
Jadi inilah antara menu hidangan yang sering disajikan oleh umat islam di Malaysia bila menjelang hari raya aidilfitri mahupun hari raya korban nanti.
Dah baca? Jangan lupa share ya..dan teruskan membaca di blog Sembang Kejayaan

0 Response to "10 Makanan Sedap Dan Popular Bila Tiba Hari Raya"
Post a Comment