-->

8 Cara Mengatasi Susah Tidur Pada Waktu Malam

Sembang Kejayaan | Adakah anda berdepan dengan masalah sukar untuk tidur pada waktu malam. Jam sudah masuk pukul 1-2 pagi, masih tak boleh tidur. Walaupun dah cuba paksa mata untuk pejam tapi, tak tidur-tidur juga, Betul tak?

8 Tips Mengatasi Susah Tidur Pada Waktu Malam

Tidur yang mencukupi dan berkualiti adalah sangat penting bagi menjaga kesihatan tubuh badan. Tapi ada juga di antara kita yang mengalami masalah sukar untuk tidur pada waktu malam. Bila tidur tidak mencukupi akan memberikan kesan buruk kepada prestasi kerja termasuk aktiviti seharian anda. Akibatnya, tubuh berasa cepat letih, tidak segar dan mengantuk sepanjang hari.

Sudah mencuba pelbagai cara untuk atasi masalah ini namun masih tidak berjaya. Disini penulis ingin berkongsi beberapa tips kepada anda untuk mendapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti.


1. Jangan Tidur Petang

Ini adalah antara punca mengapa ramai orang sukar untuk tidur malam kerana sering tidur pada waktu petang. Apabila kita tidur petang, pada waktu malam badan kita akan menjadi cergas dan sukar untuk tidur awal. Inilah punca kenapa kita sukar untuk tidur malam sampai jam 1-2 pagi mata tidak boleh pejam. Jadi, elakkan tidur pada waktu petang.


2. Kosongkan Fikiran

Selama ini anda susah untuk tidur malam mungkin disebabkan anda banyak berfikir sebelum tidur. Lebih baik sebelum tidur anda kosongkan fikiran dan lupakan semua perkara yang remeh temeh seperti hal-hal di pejabat sebaik sahaja berbaring di atas katil. Ini bukan masa yang sesuai untuk berfikir semua tu. Lagi banyak anda berfikir, lagi susah untuk anda tidur.

Baca Juga: Apa Itu Mimpi? Kenapa Kita Mimpi? Ketahui Fakta Menarik Tentang Mimpi


3. Tidur Dalam Keadaan Gelap 

Apabila lampu terpasang, sukar untuk kita tidur melainkan memang sudah mengantuk sangat-sangat. Jadi, bagi anda sukar tidur malam, gelapkan bilik anda kerana keadaan bilik yang gelap boleh menimbulkan mood untuk tidur. Dalam keadaan gelap juga, mata akan lebih senang tertutup berbanding bila ada cahaya.
Jadi, cuba tidur dalam keadaan gelap.


4. Jangan Tidur Dalam Keadaan Panas

Tidur dalam keadaan panas juga boleh menyebabkan kita susah untuk tidur di malam hari. Kerana apabila tidur dalam keadaan bilik yang panas kita akan berpeluh dan badan pun menjadi tidak selesa. Jadi, elakkan tidur dalam keadaan panas. Dengan sejukkan bilik, badan kita akan berasa lebih selesa dan mudah untuk tidur. Lebih-lebih tidur time hujan. Mesti seronok kan? Tidur pun nyenyak.


5. Elakkan Menghadap Handphone

Hidup di zaman sekarang memang membuat masyarakat tidak boleh lepas dari gadget. Sentiasa ada handpone di tangan. Nak tidur pun masih mengadap phone. Bagi anda yang ada masalah sukar tidur, sebaiknya cuba jauhkan diri dari mengadap phone, tv, laptop atau apa sahaja gadget yang boleh membuatkan tumpuan anda untuk tidur terganggu. Sebelum tidur pastikan tv, lampu semuanya ditutup supaya tidak menganggu anda ketika tidur.


6. Tidur Pada Jam Yang Sama Setiap Malam

Cubalah disiplinkan diri terhadap masa tidur. Caranya ialah tidur dan bangun pada jam yang sama setiap hari. Hal ini akan membuatkan tubuh anda sudah terbiasa tidur dan bangun pada jam yang sama setiap hari.


7. Jangan Minum Air Terlalu Banyak

Kurangkan minum air terlalu banyak sekitar waktu tidur. Pengambilan air yang banyak pada waktu ini akan menyebabkan tidur anda asyik terganggu sebab terpaksa berjaga dan berulang-alik ke tandas.

Baca Juga: Cara Mengurangkan Rasa Stress Yang Terlampau


8. Jangan Tidur Terlalu Awal

Jangan tidur terlalu awal contohnya pada jam 8-9 malam. Kerana tidur terlalu awal akan menyebabkan kita senang terjaga pada tengah malam dan akan membuatkan kita susah nak tidur kembali. Kebiasaanya, kalau kuta tidur lebih awal, kita akan terjaga pada pukul 1-2 pagi. Bila sudah terjaga, agak sukar untuk kita tidur kembali. Jadi, elakkan tidur terlalu awal.

Antara tips mudah yang boleh kita amalkan untuk kembali tidur selepas terjaga tengah malam:


  • Kosongkan fikiran anda. Jangan stress stress jika tidak dapat tidur. Cuba tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus perlahan-lahan. Buat beberapa kali. Dengan cara ini kita akan lebih rileks dan lebih mudah untuk tidur kembali.


  • Membaca buku sekejap. Jangan membaca buku yang terlalu menarik. Nanti akan membuatkan anda khusyuk membaca dan susah nak tidur. Bacalah buku yang kurang menarik dan membuatkan anda cepat bosan supaya memudahkan anda tidur kembali. 


Semoga tips ini bermanfaat dan dapat membantu anda yang sedang mengalami masalah sukar tidur. Terima kasih.

2 Responses to "8 Cara Mengatasi Susah Tidur Pada Waktu Malam"

  1. Ada juga terjaga tapi selalu terjaga pukul 4 pagi.

    ReplyDelete
  2. Yang first tu memang elakkan. Kalau tidur ptg memang malam celik je tak mo tidur. Tq share tips.

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel