Apa Itu Mimpi? Kenapa Kita Mimpi? Ketahui Fakta Menarik Tentang Mimpi
Wednesday, October 23, 2019
Add Comment

Sembang Kejayaan - Anda pernah mimpi? Ya, semua orang pernah mimpi dalam tidurnya. Sama ada mimpi tersebut dalam keadaan baik atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, hampir 90 peratus manusia akan lupa mimpi mereka itu selepas bangun dari tidur.
Sebelum itu lebih baik kita ketahui dahulu apa itu mimpi?
Apa itu mimpi? Mimpi secara ringkasnya adalah suatu pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, fikiran, perasaan atau pancaindera yang lain dalam tidur. Kenapa kita mimpi? Sewaktu kita tidur, sebahagian besar sel otak kita berada dalam keadaan istirahat. Tapi, masih ada juga sebahagian sel otak yang masih berada dalam kondisi bekerja. Oleh sebab itu, timbullah saat kita sedang tidur.
Untuk lebih menarik lagi mengenai mimpi, mari kita lihat beberapa fakta menarik mengenai mimpi :
1. 90% manusia akan lupa mimpi mereka selepas bangun dari tidur. Dalam waktu 5 minit selepas terjaga dari mimpi, setengah daripada mimpi tersebut akan terlupa. Dan selepas waktu 10 minit, 90% dari mimpi akan hilang. Oleh sebab itu, kita berasa sukar untuk mengingat suatu mimpi.
2. Kita hanya boleh bermimpi tentang sesuatu yang kita ketahui. Minda kita tidak mempunyai keupayaan untuk mencipta wajah yang baru. Wajah-wajah seseorang yang kita lihat dalam mimpi adalah orang yang pernah kita lihat dalam kehidupan nyata. Kita mimpi mengenai apa yang kita ketahui.
3. Tidak semua orang bermimpi dalam bentuk berwarna. Hanya 12% saja manusia bermimpi dalam keadaan berwarna hitam dan putih sahaja dan selebihnya adalah berwarna.
4. Ransangan dari luar boleh terbawa ke mimpi. Contohnya, kita sedang bermimpi dan pada masa yang sama, ada yang memanggil nama kita, maka suara-suara tersebut akan masuk ke dalam mimpi kita. Selain itu, mimpi juga mempengaruhi tindakan kita. Contohnya, kita bermimpi sedang membuang air kecil di tandas, sesudah bangun kita sedar bahawa kita sedang membuang air kecil di tempat tidur.
5. Mimpi adalah simbolik. Kadang-kala apa yang kita mimpi tidak membawa maksud yang terus. Maksudnya, maklumat yang hendak disampaikan biasanya perlu ditafsirkan.
Jadi inilah fakta-fakta menarik tentang mimpi yang perlu anda ketahui. Semoga bermanfaat.
0 Response to "Apa Itu Mimpi? Kenapa Kita Mimpi? Ketahui Fakta Menarik Tentang Mimpi"
Post a Comment