-->

4 Tips Nak Bercakap Depan Khalayak Ramai | Public Speaking

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,


Sembang Kejayaan | Pada entri sebelum ini penulis telah berkongsi tentang Cara Mengawal dan Menghilangkan Perasaan Gemuruh. Saya yakin masih ramai yang menghadapi masalah sering gemuruh ini.

Sebenarnya, perasaan gemuruh adalah sesuatu yang normal. Semua orang pernah mengalami perasaan ini. Kebiasaannya, perasaan gemuruh terjadi semasa kita nak melakukan sesuatu yang jarang kita lakukan atau tidak pernah kita lakukan. Contohnya, nak bercakap depan orang ramai, nak beri ucapan, public speaking dan sebagainya.


Tips Nak Bercakap Depan Khalayak Ramai

Tips Presentation

Jadi, hari ini penulis nak berkongsi sedikit tips untuk hilangkan perasaan takut ataupun gemuruh apabila nak bercakap depan orang awam, bagaimana nak cakap depan kamera ataupun berani bercakap di depan kelas (Presentation)



1. Beranikan Diri Jadi Volunteer

Ini tips pertama yang perlu kita buat iaitu beranikan diri jadi volunteer. Berani tanya soalan, berani beri pendapat, berani bercakap di depan. Selagi mana kita tak beranikan diri jadi volunteer untuk bercakap, jadi volunteer untuk tanya soalan, jadi wakil kumpulan untuk presentation. Selagi itu kita tidak akan mula untuk bercakap. Jadi, first tips adalah mesti volunteer.

Penulis pun dulu macam tu. Tak berani untuk bercakap di depan. Apabila bercakap di depan mesti nervous sampai berpeluh-peluh. Tapi, bila sudah biasa bercakap di depan, lama-kelamaan perasaan nervous tu akan berkurang.


2. Buang Rasa Nervous

Tips yang kedua adalah kita buang rasa nervous. Apabila kita dipanggil untuk bercakap di depan khalayak ramai. Memang kita akan rasa nervous, ketar, berpeluh semua tu. Sebenarnya, benda itu normal jika kita kali pertama cuba. Sebab benda tu jarang-jarang sekali kita lakukan. Jadi, rasa nervous tu normal. Tapi, bila lama-kelamaan perasaan nervous tu akan berkurang sebab kita sudah biasa. Jadi, untuk kurangkan rasa nervous kita perlu banyakkan latihan.


3. Mula Susun Ayat/Bahasa Apabila Bercakap

Tips yang ketiga ini, apabila kita sudah berani untuk bercakap dan tidak nervous, kita mula susun ayat/bahasa apabila bercakap. Sambil bercakap tu, perlahan-lahan kita susun ayat bagi teratur. Jadi, untuk tingkatkan lagi keyakinan kita untuk bercakap, kita mesti tahu apa yang kita nak cakap. Penulis syorkan buat persiapan awal-awal, siapkan point apa yang kita nak cakap supaya nanti kita tidak kalut. Kalau kita kalut, kita akan bertambah nervous. Lagi satu, bila kita buat persediaan awal-awal barulah kita boleh cakap dengan tenang. Tak ada lah masalah "Nak cakap apa lepas ni, nak cakap apa pula lepas ni" semasa bercakap. Elakkan juga bercakap "Aaaa" "Aaaa" ketika bercakap.


4. Tingkatkan Gaya Penyampaian

Apabila kita dah berjaya buat tips 1,2,3 tadi. Barulah kita tingkatkan gaya penyampaian kita dari segi body language, tatabahasa, intonasi dan juga nada. Penulis syorkan banyakkan tengok ataupun tonton video orang-orang yang mahir dalam pengucapan awam. Jadi, dari situ kita dapat belajar macam nak tingkatkan lagi gaya penyampaian kita.


Terima kasih.
Semoga bermanfaat

2 Responses to "4 Tips Nak Bercakap Depan Khalayak Ramai | Public Speaking"

  1. Senang cerita buat persediaan. Sediakan isi-isi penting untuk pengucapan awam.

    ReplyDelete
  2. sgt bermanfaat tips ini. sy dapati di kalangan guru perempuan pun masih ramai yg x berani berucap di perhimpunan pagi. OMG!

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel