-->

Jangan Cepat Mengalah, Teruskan Berusaha

Sembang Kejayaan | Semua orang ada impian dalam kehidupan ini. Anda ada impian? Penulis yakin, anda juga ada impian. Ada sesuatu yang ingin anda capai dalam hidup ini, betul tak?

Apapun impian anda, semua itu tidak akan tercapai melainkan dengan usaha. Impian itu wujud bermula dari angan-angan kosong yang kemudiannya bertukar menjadi cita-cita. Itulah impian, yang kadang-kadang membuatkan kita bahagia dan kadang-kadang membuatkan kita kecewa dengan usaha dan kerja yang dilakukan.

Tapi, itu bukan alasan untuk kita terus berhenti mengejar impian. Kerana setiap orang diberi peluang untuk menggapai impian mereka.

Jangan Cepat Mengalah, Teruskan Berusaha

Ketika dalam proses mewujudkan impian, ada ketika kita rasa kecewa dengan usaha dan kerja yang dilakukan. Sudah berusaha, tapi impian tak tercapai juga.

Baca Juga: Selalu Ada Harapan Bagi Mereka Yang Berdoa Bagi Menuju Kejayaan 

Kerana banyak orang cepat mengeluh dengan usaha mereka. Usaha berbulan-bulan, malah ada yang sampai bertahun-tahun tapi sehingga sekarang belum ada hasilnya, masih belum berjaya.

Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, baru beberapa bulan sahaja berusaha, sudah ada hasilnya. Jika anda berfikiran sebegitu, penulis pesan berhentilah berfikir macam tu.

Ajar diri jangan cepat mengeluh. Teruskan melangkah. Apa sahaja yang terjadi dalam hidup kita, jangan mengalah. Jadikan semangat dan buktikan yang kita boleh! Biar payah, biar banyak kali rebah sebab tak semua benda senang. Semuanya perlukan usaha dan sedikit masa.

Nak berjaya kena bersusah susah dahulu. Jangan give up dengan apa yang kita nak dan dengan apa yang kita sudah usahakan. Setiap usaha yang kita lakukan, tidak ada yang sia-sia dan membazir. Walaupun impian tersebut masih kelihatan samar-samar, tetaplah berusaha.

Andai kata, kita semua sudah berusaha bersungguh-sungguh, sudah memberikan yang terbaik, sudah bekerja keras, sudah berdoa dan bertawakal kepada Allah. Tapi, sekiranya ditakdirkan untuk kita gagal mencapai impian. Jangan terlalu sedih dan kecewa.

Sebab kita perlu tahu, kita merancang, Allah juga merancang. Sebaik manapun perancangan kita, perancangan Allah itu lebih hebat dari segalanya.

Baca Juga: Allah Lebih Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Kita

Dengan meyakini apa jua yang Allah berikan, yakinlah itu yang terbaik, walaupun buruk dimata kita, tapi yakinlah ada kebaikannya yang Allah rahsiakan. Setelah mana kita berusaha, kita belajar bersungguh-sungguh, kita bekerja keras. Doalah kepada Allah kemudian serahlah kepada Allah. Supaya kita tak ada rasa kecewa, supaya kita terus menerus berusaha dan berdoa dan redha dengan apa jua ketentuan Allah.


Terima Kasih.

8 Responses to "Jangan Cepat Mengalah, Teruskan Berusaha"

  1. Paling printing dah berusaha dan berdoa. Hasil Allah tentukan.

    ReplyDelete
  2. usaha bersungguh, lepas tu doa dan berserah...

    ReplyDelete
  3. Kejayaan akan datang dengan usaha, ikhtiar, doa, yakin & tawakal kepada Allah swt.. Jangan cepat putus asa.. Itu selalu saya dengar.. Semoga segala impian kita jadi kenyataan, aamiin..

    ReplyDelete
  4. memang abe kie kena berusaha untuk mencapai sesuatu. thanks for sharing..

    ReplyDelete
  5. Setujuuu! Kuatkan semangat, teruskan melangkah...usaha usaha pasti ada hasilnya...jangan berhenti untuk gagal... Kan

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel