-->

Cara Gembirakan Diri Sendiri, Pengubat Hati Yang Sedih

Sembang Kejayaan - Bercakap pasal bahagia, semua orang nak bahagia. Bila bercakap pasal sedih, tiada seorang pun mahu sedih dalam hidupnya.

Tapi nak buat macam mana kan. Ini lumrah kehidupan. Ada bahagia, ada sedih. Sedangkan langit pun tidak selalunya cerah. Mahu ataupun tidak kita perlu terima.

Penulis pernah cakap dalam entri yang lepas, yang bahagia itu pilihan kita sendiri. Bagi anda yang belum baca, boleh baca di sini Bahagia Itu Pilihan

Bagi yang tengah bersedih, kenapa kita tak happykan diri kita sendiri? Sebab bukan tanggungjawab orang lain untuk buat kita bahagia dan bukan tanggungjawab orang lain untuk buat kita happy. Itu tanggungjawab diri kita sendiri.

Cara Gembirakan Diri Sendiri, Pengubat Hati Yang Sedih

Kita sendiri yang memilih sama ada untuk bahagia atau untuk bersedih. Kita yang cakap "Okay, harini aku nak happy, harini aku nak sedih". Kita yang tentukan diri kita.

Jadi, normal lah untuk kita bersedih. Itu lumrah manusia. Bukannya tak boleh bersedih langsung. Berikan sedikit masa untuk pulih. Air yang tengah pun tidak boleh terus minum. Kalau kita minum juga nanti sakit. Jadi, kita perlu tunggu air itu sejuk dahulu baru kita boleh minum sikit-sikit.

Sama juga dengan hati, bila tengah sedih, beri sedikit masa dan ruang pada diri untuk merawat rasa sedih tu. Memang akan ada situasi-situasi yang membuatkan kita rasa sedih seperti kehilangan orang tersayang, putus cinta dan sebagainya. Jadi boleh untuk kita bersedih, sebabnya itu lumrah manusia. Kita semua memang akan sedih. Tapi, tetapkan lah limit untuk bersedih.

Jangan kita sedih sampai kemurungan, duduk dalam bilik, dengar lagu-lagu sedih buatkan mood anda bertambah sedih, tak! itu semua tak betul.

Cara Merawat Hati Yang Sedih

Anda boleh buka mata anda luas-luas, keluar pergi cari aktiviti-aktiviti luar, hobi baru ke apa seperti hiking, marathon dan sebagainya. Mana tahukan, apabila anda marathon, tengah-tengah berlari tu dapat melepaskan segala kesedihan yang ada. Jadi, lakukan aktiviti-aktiviti luar. Jangan duduk terperuk dalam bilik bila sedih.

Selepas itu, cuba positifkan diri. Penulis sendiri pun pernah rasa sedih, down semua tu. Tapi, penulis selalu pesan dekat diri sendiri bahawa itu semua bukan penghalang untuk kita terus happy. Tanggungjawab untuk kita happy adalah terletak pada diri kita sendiri. Kita sendiri yang akan pilih jalan untuk kita bahagia. Jadi, boleh untuk kita bersedih, tapi ingat jangan terlalu lama.

Baca Juga : Cara kekal positif setiap hari agar lebih bahagia

Bagi pendapat penulis la, apabila kita menangis bermaksud kita lepaskan segala kesedihan yang ada dalam diri kita. So, kita luahkan rasa sedih yang dialami dengan menangis. Jangan simpan, nanti hati kita yang sakit.

Jadi apa yang penulis nak beritahu, jangan sedih lama-lama, jangan bazirkan masa meratapi benda yang sudah tiada, sebab nak bahagia adalah pilihan diri kita sendiri.

Terima kasih. Semoga bermanfaat. Dah baca? Jangan lupa klik share

5 Responses to "Cara Gembirakan Diri Sendiri, Pengubat Hati Yang Sedih"

  1. bahagia dan sedih itu lumrah kehidupan.. follow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  2. Ejulz: Betul tu, hehe done followback

    ReplyDelete
  3. Etuza : Terima kasih. saya pun dah follow cikgu.

    ReplyDelete
  4. Ialah kot bahagia itu pilihan.
    Mrs. A tengah sedih sebab kucing kesayangan mati tapi Mrs. A pilih tak nak sedih, dah puas nangis pastu buat benda lain tak nak ingat contoh tengok video yang kelakar lawak-lawak bagi happy huwaa..waaa.waa...

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel