-->

Kata-Kata Ucapan Selamat Malam Penuh Dengan Motivasi

Ucapan Selamat Malam - Ketika matahari terbenam, menunjukkan hari untuk hari ini akan berakhir. Burung-burung akan kembali ke sarangnya untuk berehat dan mempersiapkan diri untuk bangun keesokan harinya.

Begitu juga dengan kita semua. Waktu malam adalah waktu untuk kita beristirahat. Waktu malam juga adalah waktu untuk kita kumpul ramai-ramai dan luangkan masa bersama keluarga selepas seharian letih berkerja.

Berikut merupakan kata-kata ucapan selamat malam yang penuh dengan kata-kata motivasi yang boleh kita ucapkan sebelum tidur supaya dapat membantu kita semua lebih bersemangat untuk bangun pagi.

Sejujurnya, penulis memang malas nak bangun pagi. Jadi bila ada kata-kata motivasi rasa bersemangat sikit nak bangun pagi buat kerja.

Baca Juga : Tips Untuk Mereka Susah Bangun Pagi

Sebelum itu penulis nak ucapkan "Selamat Malam & Good Night" buat semua! Hehe

Kata-Kata Mutiara Selamat Malam Penuh Dengan Motivasi

Malam adalah peluang yang baik untuk berdoa, berehat, memaafkan, melupakan dan memulakan hari esok yang lebih baik.

Semoga hari esok adalah hari yang lebih baik daripada hari ini dan semoga esok kita semua akan lebih kuat dan tabah menjalani kehidupan dan dipermudahkan segala urusan, InsyaAllah.

Kejayaan itu tercipta hasil daripada kegagalan. Jangan kamu kecewa jika gagal. Kerana kegagalan itu adalah permulaan untuk menempuh kejayaan.

Hidup adalah perjuangan. Jatuh, berdiri kembali. Kalah, cuba lagi. Gagal, bangkit semula.

Allah ciptakan kegagalan bukanlah untuk kita bersedih. Tapi, untuk kita sedar, betapa kita perlukan Allah dalam hidup. Jadi jangan putus asa.

Dalam kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini.

Kadang terfikir "Kenapa aku diuji dengan ujian yang sangat berat" Tapi bila aku renung sekeliling, aku lihat sebenarnya masih ada lagi yang lebih berat ujiannya. Jadi bersyukurlah..dengan bersyukur hati akan lebih tenang dan kebahagiaan akan datang dengan sendirinya.

Kata-Kata Ucapan Selamat Malam Penuh Dengan Motivasi

Sebelum tidur, maafkanlah orang-orang yang pernah berbuat salah kepada kita. Sedarlah bahawa setiap manusia pasti pernah melakukan kesilapan

Selamat malam dunia fana. Moga hari esok masih ada untuk kita, kembali ke pangkal jalan. Moga esok hati masih kuat demi menempuh cabaran dan dugaan.

Selamat Malam & Good Night semua! Terima kasih,

Dah baca? Jangan lupa share ya

0 Response to "Kata-Kata Ucapan Selamat Malam Penuh Dengan Motivasi"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel