Susah Bangun Pagi Walaupun Setiap Hari Bangun Pagi, Cuba Tips Ini
Monday, November 18, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Pernah atau tidak anda rasa malas nak bangun pagi? Walaupun tiap-tiap hari bangun pagi pergi kerja. Tetap susah bangun. Rasa berat je nak buka mata. Tapi apakan daya, kalau tak bangun nanti, anak-anak tak pergi sekolah dan kita pun tak pergi kerja. Nak tak nak perlu gagahkan diri juga untuk bangun.
Susah Bangun Pagi Walaupun Setiap Hari Bangun Pagi, Cuba Tips Ini:
1. Senyum di pagi hari
Adakah anda mempunyai motivasi untuk bangun awal pagi? Jadi cubalah untuk motivasikan diri sendiri di waktu pagi. Banyakkan motivasi yang boleh kita lakukan untuk hadirkan rasa semangat dalam diri. Salah satunya adalah dengan senyum di waktu pagi. Ternyata dengan satu senyuman boleh buat kita rasa gembira dan semangat sepanjang hari. Walaupun susah untuk kita senyum setelah bangun dari tidur, tapi tetap ada cara untuk senyum di pagi hari. Jadi yang malas bangun pagi tu, cuba senyum sikit.
2. Tidur sebelum pukul 12 malam
Punca susah bangun pagi mesti tidur lewat kan semalam? Salah satu punca susah bangun pagi adalah suka tidur lewat. Bila tidur lewat kita tidak dapat tidur yang cukup, tenaga dalam badan berkurang dan membuatkan kita rasa letih keesokannya. Jadi lebih baik kita tidur awal, bangun pun awal. Pernah tak rasa kalau tidur awal, lepas itu kita terjaga awal. "Laa, baru pukul...awal lagi"; Pernah tak rasa macam tu? Rasa lama kita tidur dan jadi segar selepas bangun.
3. Jangan tidur semula selepas subuh
Senyum di waktu pagi sudah, tidur awal sudah dan yang ketiga adalah jangan tidur semula selepas subuh. Sudah bangun untuk solat subuh, lepas itu jangan sambung tidur semula walaupun terfikir masih awal. Bila tertidur semula memang rasa susah nak bangun. Jadi cuba lakukan sesuatu yang bermanfaat supaya tidak tidur semula selepas solat subuh.
4. Jangan makan berlebihan di malam hari
Tips yang keempat adalah jangan makan berlebihan di malam hari kerana membuatkan kita tidur lebih nyenyak dan berasa letih saat bangun. Usahakan untuk makan malam dengan secukupnya untuk mengelakkan rasa kenyang yang terlampau.
5. Berikan sebab kenapa perlu bangun pagi
Dan tips yang kelima adalah kita berikan sebab kenapa anda perlu bangun pagi misalnya ada sesuatu yang perlu anda siapkan pada pagi itu. Contohnya bangun pagi untuk membuat persiapan anak-anak ke sekolah, sediakan breakfast untuk mereka ataupun siap-siap pergi kerja, pergi kuliah dan sebagainya. Dengan sebab-sebab inilah kita berusaha untuk bangun walaupun terasa juga malasnya tetapi tetap bangun untuk melaksanakan tugas yang perlu diselesaikan. Jadi untuk mengatasi rasa malas atau malas bangun pagi berikan sebab atau tujuan kita bangun pagi.
6. Memasang alarm
Jika tips-tips sebelum ini belum cukup berkesan untuk bangun pagi. Boleh lakukan tips yang keenam ini iaitu memasang alarm. Bila alarm berbunyi, kita akan tersedar lalu kita bangun untuk mematikan alarm tersebut. Bila sudah bangun selepas matikan alarm jangan tidur semua selepas itu.
7. Elakkan dari minum kopi
Minum kopi memang menjadi kesukaan semua orang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergelar sebagai pelajar. Memang suka minum kopi untuk berjaga pada lewat malam untuk menyiapkan tugasan. Dan keesokannya perlu bangun pagi. Bila kita minum kopi pada lewat malam kita akan berjaga sepanjang malam dan membuatkan tidur menjadi tidak cukup. Bila tidur tidak cukup memang rasa susah bangun pagi. Jadi elakkan minum kopi sebelum tidur.
Jadi bagaimana dengan 7 tips yang dikongsikan sebentar tadi. Okay tak? Jadi cubalah lakukan tips-tips yang disenaraikan ini. Mudah-mudahan dapat membantu anda mengatasi masalah sukar bangun pagi. Kalau anda berminat boleh baca lagi artikel menarik berkaitan dengan motivasi serta tips-tips berguna di Sembang Kejayaan
0 Response to "Susah Bangun Pagi Walaupun Setiap Hari Bangun Pagi, Cuba Tips Ini"
Post a Comment