Nak Berjaya Perlu Bersusah-Susah Dahulu, Bersenang-Senang Kemudian
Wednesday, January 1, 2020
Add Comment
Sembang Kejayaan - Nak berjaya tidaklah semudah dengan apa yang dijangka. Sebab macam-macam cabaran dan halangan yang perlu dilalui bagi membolehkan kita berjaya mencapai apa yang diimpikan.
Orang berjaya hanyalah orang yang tidak mengenal erti menyerah kalah sahaja yang boleh meraih kejayaan, seperti Anda yang sedang berusaha sekarang ini. Ya, kamu yang sedang baca ini!
Kita perlu tahu yang kejayaan itu tidak datang bergolek. Kalau berhasrat untuk berjaya, maka kita kena usaha untuk meraihnya. Dalam usaha tersebut, tidak akan terlepas daripada menghadapi pelbagai cabaran, halangan, ujian dan bermacam dugaan.
Tanpa semangat yang teguh, kesabaran yang tinggi sudah tentu kita akan kecundang. Oleh itu, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh, banyakkan berdoa dan bertawakkal sepenuh hati kepada Allah, Insyaallah kejayaan akan mengiringi.
Tiada jalan pintas untuk berjaya, jalannya sukar dan penuh dengan cabaran yang perlu kita tempuh. Yang penting Jangan mudah putus asa dan teruskan berusaha tanpa jemu dan banyakkan berdoa kepada Allah.
Pada awalnya memang terasa sukar. Tapi percayalah sampai pada masanya mesti akan terasa mudah. Segala sesuatu itu awalnya sulit sebelum menjadi mudah, bersabarlah.
Kesuksesan itu seperti roda. Terasa berat pada awal mendorong roda dan akan menjadi ringan setelah roda itu berjalan. Biar kita bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Penulis yakin mesti ada di antara kita yang pernah dengar peribahasa itu. Apa yang anda faham? Mari penulis berikan satu contoh.
Ingat tak masa kita kecik-kecik dulu, mesti susahkan untuk kita berjalan. Kita mula dengan merangkak, lepastu kita cuba untuk bangun dan kita jatuh. Berapa kali kita jatuh, kita bangun semula, menangis tetapi kita tetap tidak berputus asa untuk bangkit belajar berjalan sehinggalah kita boleh berlari.
Bila kita belajar sesuatu yang baru, pada awalnya memang terasa sukar. Sebab kita nak buat benda yang kita sendiri tak pernah buat. Macam-macam dugaan yang perlu kita hadapi. Stress, rasa nak give up, hilang harapan, sedih, kecewa dan sebagainya. Tetapi percayalah, dengan dugaan-dugaan itulah yang membuatkan kita lebih kuat dan menjadikan kita lebih matang kemudian hari.
[Baca Juga] Antara sebab kenapa kita rasa mudah give up
Bersabarlah, susah tidak selamanya akan susah. Bila sampai masanya akan terasa mudah. Jadi jangan mudah putus asa. Teruskan berusaha mengejar apa yang diimpikan.
0 Response to "Nak Berjaya Perlu Bersusah-Susah Dahulu, Bersenang-Senang Kemudian"
Post a Comment