-->

3 Tips Hilangkan Rasa Takut Gagal


Sememangnya kita sebagai manusia, adakalanya kita mempunyai perasaan takut untuk melakukan sesuatu. Nak mulakan perniagaan atau tak kira apa sahaja sesuatu yang 'baru' ingin kita lakukan, akan datang perasaan takut untuk memulakan.

3 Tips Hilangkan Rasa Takut Gagal

Sebenarnya perasaan takut ini adalah sesuatu yang semula jadi. Semua orang akan rasa takut lebih-lebih lagi apabila hendak melakukan sesuatu yang baru dan belum pernah dilakukan.

Kegagalan ini sering dikaitkan dengan rasa kecewa, sedih, stress, down dan sebagainya. Sebab itu ramai yang rasa takut untuk gagal.

Jika anda mempunyai fikiran seperti di atas. Jadi hari ini penulis nak bagi 3 tips untuk anda hilangkan rasa takut gagal.

Baca Juga : Nak berjaya? Tapi takut gagal


1. Berani mencuba

Take action! Mereka yang cuma berandai-andaian, bimbang, risau berlebihan tanpa melakukan action itu akan membuatkan mereka lagi takut sebenarnya.

Sebagai contoh, bagi anak kecil yang belum pernah menaiki basikal. Pada mulanya pastinya akan rasa takut untuk naik basikal kerana takut jatuh. Tapi bagaimana pula bagi anak kecil yang belajar hendak naik basikal, kemudiah jatuh?

Jadi cara untuk mengatasi takut untuk naik basikal adalah dengan mencuba. Secara tidak langsung anda berani untuk mencuba.

Kalau anda berani mencuba, memang akan ada dua risiko sama ada berjaya ataupun gagal. Meskipun anda gagal, sekurang-kurangnya anda berani untuk mencuba.

Kalau anda tak mencuba, anda tak akan tahu hasilnya bagaimana. Tapi setelah anda mencuba, sekurang-kurangnya anda tahu "Ohh..macam ni rupanya bawak basikal, senang saja"

Walaupun anda jatuh sekalipun, anda tetap ada pengalaman bawak basikal. Cumanya anda belum mahir. Jadi, dari situ anda akan cuba lagi dan lagi sampai anda betul-betul pandai daripada anda tengok sahaja basikal tanpa keinginan untuk mencuba, sampai bila-bila pun tak akan pandai.

Faham tak? Itu pentingnya Take Action! Jadi jangan takut mencuba. Tidak ada orang berjaya di dunia ini yang tak pernah merasa kegagalan.


2. Bina keyakinan diri

Bina keyakinan diri dengan mempercayai kebolehan diri sendiri..saya pasti boleh! Tidak ada kesuksesan tanpa keyakinan diri. Kalau anda tidak memiliki keyakinan, anda akan berasa takut mengalami kegagalan.

Banyakkan latihan bagi meningkatkan keyakinan diri anda dengan selalu pesan pada diri anda "saya ikhlas apabila mengalami kegagalan"

Jadi apabila sudah ikhlas, hati akan lebih tenang di samping mengurangkan rasa takut dalam diri anda kerana anda sudah ikhlas menerima kegagalan.

Jadi jangan takut, cuba dahulu dan cakap pada diri "saya pasti boleh". Anda mesti lawan rasa takut. Apabila keyakinan diri anda tinggi, maka rasa takut itu akan berkurang.

Baca Juga : Percayalah Aku Pasti Boleh!


3. Belajar dari orang sudah berjaya

Banyakkan membaca buku-buku orang yang berjaya. Dengan membaca buku atau kisah orang berjaya anda akan menginspirasikan diri anda bahawa tidak ada orang yang sukses yang tidak pernah mengalami kegagalan.

Kebanyakan orang sukses juga pada mulanya memiliki keraguan, ketakutan saat mula melangkah seperti anda. Mereka juga pernah mengalami kegagalan lebih seribu kali. Tapi mereka tidak pernah berputus asa.

Jadi anda perlu banyakkan membaca buku-buku motivasi ataupun di website atau blog motivasi seperti blog Sembang Kejayaan yang penuh dengan perkongsian motivasi serta tips untuk berjaya. Motivasi ini penting ia akan meningkatkan semangat anda untuk berjaya dan tidak mudah putus asa apabila mengalami kegagalan.

2 Responses to "3 Tips Hilangkan Rasa Takut Gagal"

  1. Mantapop bosss.. Banyak iklannya blognya

    ReplyDelete
  2. Hai, saya datang nak belajar dari orang yang dah berjaya. Hee.

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel