-->

8 Tips Temuduga Kerja Yang Wajib Dilakukan Ketika Datang 'Interview'

Sembang Kejayaan - Kebanyakan orang mempunyai masalah apabila mereka dipanggil untuk datang temuduga kerja sama ada temuduga SPA mahupun swasta. Mereka mula berasa risau tentang persediaan apa yang patut dilakukan, ditambah pula bila tarikh temuduga hampir tiba. Malah makin bertambah rasa gementar. Ye la dah lama tunggu peluang keemasan ini. Takkan nak lepaskan peluang begitu saja, betul tak? Nak tak nak kena buat betul-betul.

Jadi apakah persediaan yang perlu dilakukan ketika menghadiri temuduga. Berikut merupakan tips yang perlu kita lalukan ketika datang interview kerja.


tips lulus temuduga untuk mendapat pekerjaan


1. Melakukan persediaan fizikal dan mental

Sebelum menghadiri temuduga anda mestilah berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapinya. Maksud persediaan disini ialah bersedia dari segi fizikal dan mental. Jika anda seorang yang sering mengalami perasaan gemuruh anda seharusnya membuat persediaan dengan melatih diri untuk menghilangkan perasaan tersebut dengan berlatih bercakap di hadapan cermin. Apabila anda bercakap di hadapan cermin ia dapat meningkatkan keyakinan diri anda untuk bercakap dengan orang berjawatan besar iaitu Boss anda disamping melatih cara percakapan anda supaya tidak gugup.

2. Buat research

Setelah mendapat panggilan untuk temuduga, kita ada masa untuk membuat persediaan. Jadi buat research tentang kerja yang dipohon, latar belakang syarikat dari segi nama, visi dan misi syarikat serta maklumat yang berkaitan. Kalau temuduga kerja kerajaan kita perlu tahu tentang dasar-dasar kerajaan, isu semasa berkaitan kerja yang dipohon. Jadi buat research untuk memudahkan kita untuk menjawab soalan-soalan yang bakal di tanya semasa temuduga nanti. Takdela kita terpinga-pinga nanti nak jawab.


3. Sediakan segala dokumen berkaitan


Sebelum datang ke temuduga anda perlu menyediakan segala dokumen yang diminta oleh sesebuah syarikat untuk di temuduga. Pastikan anda menyusun kedudukan sijil-sijil anda dengan betul dan teratur supaya tidak berterabur sewaktu temuduga nanti.

4. Bawa pen atau alat untuk menulis

Apabila datang ke temuduga anda dinasihatkan supaya membawa sekurang-kurangnya sebatang pen dari rumah. Hal ini kerana semasa anda di temuduga anda akan menulis beberapa borang apabila diarah oleh panel temuduga. Tidak mungkin pada ketika itu anda mahu meminjam pen dari ahli panel. Itu sudah menunjukkan anda tidak mempunyai sifat tanggungjawab sebagai seorang pekerja sehinggakan sebatang pen pun anda tiada. Jadi elakkan diri daripada meminjam pen dari ahli panel.

5. Pemilihan pakaian

Elakkan dari memakai baju kurung yang nipis bagi perempuan serta baju kurung yang mempunyai banyak warna seperti warna warni yang membuatkan orang lain serabut. Elakkan juga dari memakai pakaian yang ketat dan pendek. Hal ini kerana pakaian yang ketat dan pendek sehingga menonjolkan bentuk badan boleh menganggu tumpuan panel temuduga.

Pakailah sut temuduga lelaki/perempuan yang ringkas dan terdiri daripada warna-warna korporat atau neutral iaitu ton kelabu, biru navi, hitam, coklat atau krim. Pakailah baju yang cantik dan menarik yang sesuai dengan keadaan untuk temuduga supaya ia dapat meningkatkan keyakinan diri anda.

6. Pandang mata panel temuduga

Sewaktu anda di temuduga, anda mestilah memandang ke arah panel temuduga ketika bercakap. Jangan sesekali anda memandang ke arah lain. Itu menunjukkan anda seolah-olah tidak berminat dengan pekerjaan tersebut. Jika anda mempunyai masalah iaitu gugup setiap kali memandang mata panel temuduga, anda gunalah tips ini dengan melihat kening atau hidung panel temuduga.

7. Jawab soalan dengan tenang

Anda mestilah menjawab semua soalan yang ditanya dengan baik dan tenang. Dan yang paling penting anda yakin dengan jawapan anda. Jangan rasa ragu-ragu ketika bercakap. Selain itu, anda harus bercakap dengan suara yang jelas dan elakkan dari menjawab dengan gelojoh supaya menunjukkan anda seorang yang rilek dan cool.

8. Bertanya soalan kepada ahli panel

Sewaktu anda di temuduga, anda digalakkan untuk bertanya beberapa soalan kepada ahli panel temuduga. Soalan yang harus anda tanya hendaklah berkaitan dengan pekerjaan yang anda minta. Contoh soalan yang anda boleh tanya, "Encik/Puan, boleh jelaskan sedikit tentang kerja tersebut. Terima Kasih". Tanyalah soalan yang menunjukkan anda berminat untuk bekerja di situ dan elakkan dari bertanya soalan berkaitan gaji, bonus, pangkat dan sebagainya.


Jadi inilah tips yang perlu kita lalukan ketika menghadiri temuduga. Semoga ianya bermanfaat buat anda. Saya doakan anda berjaya dalam temuduga. Baca lagi tips-tips menarik di Sembang kejayaan


0 Response to "8 Tips Temuduga Kerja Yang Wajib Dilakukan Ketika Datang 'Interview' "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel