-->

Tips Bantu Hilangkan Rasa Nervous Dalam Segala Situasi

Sembang Kejayaan - Kita bertemu lagi dalam post terbaru kalini. Harini saya nak berkongsi sedikit petua hilangkan gemuruh. Saya tahu, mesti ramai kan yang ada masalah seringkali gemuruh apabila berhadapan di khalayak ramai, lebih-lebih lagi apabila dipanggil untuk temuduga kerja. Mesti gemuruh, takut semua ada kan. 


Gemuruh ini jika tidak dirawat akan menyukarkan anda dalam melakukan sesuatu hal yang penting bagi anda seperti temuduga, presentation projek, berucap di pentas, bertemu pelanggan dan sebagainya. Masalah ini akan menjadi lebih serius jika anda sendiri tidak berusaha untuk mengubatinya. Berikut merupakan tips yang boleh bantu anda hilangkan rasa gemuruh:

Tips Bantu Hilangkan Rasa Nervous Dalam Segala Hal



1. Tarik Nafas Dalam-dalam

Sekiranya anda seorang yang seringkali gemuruh, cuba tarik nafas dalam-dalam dan tahan nafas tersebut selama 3-5 saat kemudian hembuskan. Lakukannya berulang kali sehingga perasaan gemuruh tersebut berkurangan.

Dengan melakukan petua ini, jantung anda akan bergerak dengan lebih rilek dan tenang. Ini kerana apabila anda gemuruh, jantung anda akan bergerak dengan lebih laju seolah-olah anda sedang melakukan larian 100 meter. Cara pernafasan anda pada situasi itu juga berbeza dengan situasi anda tidak di datangi gemuruh (situasi yang lebih rilek). Jadi, apabila anda di datangi gemuruh yang terlalu kuat, cubalah tarik nafas dalam-dalam dan kemudiannya hembuskannya secara perlahan-lahan supaya anda lebih rilek dan tenang.


2. Berlatih Bercakap di Hadapan Cermin

Tips Bantu Hilangkan Rasa Nervous Dalam Segala Situasi

Bila anda merasa gemuruh atau gugup apabila bercakap di khalayak ramai, cuba pratikkan cara ini dengan melatih diri dengan bercakap di hadapan cermin. Anda boleh melakukan tips ini di rumah anda. Latihan ini boleh dilakukan secara setiap hari. Fungsinya adalah untuk meningkatkan keyakinan diri anda apabila bercakap di depan khalayak ramai. Ulangi tips ini berulang kali supaya anda dapat hasilnya.


3. Pemilihan Pakaian 

Tips Hilang Gemuruh Ketika Bercakap

Selain itu, pemilihan pakaian juga memainkan peranan penting dalam mengubati masalah sering gemuruh ini. Hal ini demikian kerana pemilihan pakaian yang menarik dan sesuai dengan cita rasa anda dapat meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan anda lebih selesa apabila berhadapan dengan orang ramai dan ia juga boleh meningkatkan semangat anda ketika bercakap. Kadang-kadang perasaan gemuruh ini datang berpunca dari kurang keyakinan diri disebabkan pemilihan pakaian yang tidak betul. Lagi satu, bila anda pakai baju kegemaran anda secara automatik anda juga akan rasa lebih gembira.


4. Sentiasa Fikir Positif

Ini yang paling penting. Selalulah fikir positif! Perasaan gemuruh ini boleh diubati dengan sentiasa berfikiran positif. Kalau anda seorang yang sering gemuruh disebabkan anda takut melakukan sesuatu di khalayak ramai dan anda juga fikir tidak mampu untuk melakukannya, belajar untuk berfikiran positif. Latih diri anda dengan sentiasa mengatakan; 

Saya seorang yang hebat! Saya pasti boleh!

Itu akan membuatkan anda lebih percaya diri. Kekadang punca nervous yang melampau ini disebabkan mindset kita yang selalu fikir negatif. Jadi, bila sudah selalu fikir negatif, ia boleh membuatkan kita down dan mudah nak give up. Jadi, elakkan. Buang fikiran negatif jauh-jauh.



5. Yakin Kepada Diri Sendiri

Setelah anda berusaha mengamalkan kesemua petua atau tips, Yakinlah pada diri yang anda boleh lakukannya dengan baik. Jadi inilah petua dan tips untuk mengubati gemuruh.


Jadi inilah 5 Tips Bantu Hilangkan Rasa Nervous Dalam Segala Hal. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua hilangkan rasa nervous. 

0 Response to "Tips Bantu Hilangkan Rasa Nervous Dalam Segala Situasi"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel