-->

Lebih Baik Diam Dari Berkata-Kata Ketika Hadapi Masalah

Sembang Kejayaan - Kenapa masalah kita masih belum selesai? Mungkin kita terlalu banyak berbicara ataupun mungkin kita terlalu banyak mengeluh. Kita menganggap masalah yang kita hadapi ini lebih besar daripada masalah orang lain. Fikirlah bukan kita seorang sahaja yang ditimpa masalah. Lebih ramai lagi orang di luar sana yang ada masalah lebih besar daripada masalah kita. Jadi jangan mengeluh. Setiap masalah yang dihadapi setiap orang berbeza-beza.

[Baca Juga]  Bila Ada Masalah Apa Nak Buat? Baca Ni!

Ketika masalah datang, adakalanya kita gagal mengawal emosi dan perasaan kita kerana masalah yang timbul. Marah bukanlah cara yang baik untuk selesaikan masalah. Marah tidak dapat selesaikan masalah. Malah ianya akan merumitkan lagi keadaan. Jadi kita perlu mengawal emosi dan perasaan marah dengan bijak. Antara yang boleh kita lakukan apabila tengah marah:


Lebih baik Diam dari Berkata-Kata Ketika Hadapi Masalah



Ketika marah terkadang lebih baik diam daripada menjelaskan apa yang kita rasa. Ketika marah, mungkin di awal akan terasa puas. Tetapi itu akan meninggalkan rasa penyesalan yang berpanjangan. Dengan marah bukannya dapat selesaikan masalah. Tetapi, memperbesarkan lagi masalah yang datang. Dari masalah yang kecil boleh jadi masalah besar.

Lebih baik Diam Dari Berkata-Kata Ketika Hadapi Masalah

Oleh itu, jika marah, maka diamlah kerana kita perlu tahu, perkataan yang keluar dari mulut kita ketika marah akan berakhir dengan seribu penyesalan. Diam bukanlah diam tanpa sebarang tindakan. Tetapi diam buat seketika untuk tenangkan diri dan berfikir dengan lebih rasional untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ketika marah, tahan diri dari menulis masalah kita di media sosial. Jangan sesekali pernah menceritakan segala masalah kita di media sosial. Kerana sebahagian dari mereka tidak peduli. Dan sebahagian yang lain tidak merasa senang melihatnya. Adakah dengan menulis masalah kita di media sosial, masalah boleh selesai?

Sebaik-baiknya, ceritakan semua masalah yang kita hadapi kepada Tuhan. Kerana dia yang memberi ujian itu kepada kita, dan dia juga memberikan jalan penyelesaian setiap masalah yang kita hadapi.

Ketika masih marah, maka diamlah. Kerana diam itu dapat mencegah kita daripada terus menyakiti hati orang lain. Diam bukan bermaksud kita tidak tahu. Diam bukan bermaksud kita kalah. Tetapi diam bermaksud bahawa kita matang, lebih bijak berfikir mana yang baik untuk kita dan juga untuk orang lain. Diam juga mengajar kita supaya lebih tenang dalam menyelesaikan masalah. Diam itu emas.

Jadi, jika marah lebih baik diam dari berbicara tetapi tidak mengerti apa yang dibicarakan. Jadi tak perlu marah, lebih baik diam dan hadapi saja masalah dengan tenang

0 Response to "Lebih Baik Diam Dari Berkata-Kata Ketika Hadapi Masalah"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel