Tips Naikkan Berat Badan Buat Mereka Yang Kurus
Wednesday, October 2, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Bagi yang kurus, mesti mahu menaikkan berat badan. Ramai yang mempunyai badan yang kurus berusaha untuk naikkan berat badan. Walaupun sudah makan banyak untuk naikkan berat badan tetapi tak naik-naik, tetap kurus jugak. Mesti stress kan.
Untuk naikkan berat badan kita perlu makan lebih banyak kalori dari badan kita bakar. Tahukah anda? Jika kita mengambil kalori lebih dari jumlah yang diperlukan badan, berat badan akan bertambah. Tetapi jika pengambilan kalori kurang dari badan kita perlukan, berat badan kita takkan naik. Berikut merupakan Tips Naikkan Berat Badan:
1. Makan Banyak
Yang pertama sekali untuk naikkan berat badan mestilah kena makan banyak. Kita perlu makan lebih kalori dari jumlah yang badan kita perlukan. Pertambahan berat badan selalunya disebabkan pengambilan kalori yang melebihi dari keperluan harian. Jadi, bagi yang ingin naikkan berat badan, anda perlu mengambil kalori lebih dari jumlah badan kita bakar.2. Makan 3-4 Kali Sehari
Tips yang kedua adalah kita makan banyak kali sehari dalam 3 atau 4 kali kita makan iaitu sarapan, tengahari, petang dan malam. Makan banyak kali sehari dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya tak buat kita jadi cepat kenyang berbanding kita makan dalam jumlah yang banyak, akan membuatkan kita kenyang sampai ke malam. Oleh itu, kita perlu makan banyak kali dalam sehari.3. Makan Makanan Yang Berkalori Tinggi
Makan makanan yang berkalori tinggi juga penting untuk menaikkan berat badan bagi mereka yang terlalu kurus. Berikut merupakan makanan yang boleh membantu mereka yang mahu menambahkan berat badan secara sihat antaranya adalah kacang mentega merupakan salah satu makanan yang membantu menaikkan berat badan yang mana ianya mengandungi 192 kalori dan mempunyai tahap protein yang tinggi. Mentega Kacang ini merupakan makanan yang selalu kita makan bersama roti sewaktu sarapan pagi.Selain itu, keju juga tergolong dalam makanan yang membantu penambahan berat badan kerana ia mempunyai jumlah kalori yang tinggi. Sebenarnya banyak lagi makanan yang berkalori tinggi seperti pisang, susu, pasta atau spagetti dan kekacang.
[Dah Baca?] Jenis Makanan Sihat Untuk Menaikkan Berat Badan
0 Response to "Tips Naikkan Berat Badan Buat Mereka Yang Kurus"
Post a Comment