-->

Topeng Muka N95 - Topeng Paling Sesuai Digunakan Ketika Jerebu



Masalah jerebu merupakan masalah yang sering berlaku di negara kita hampir setiap tahun. Jerebu ini merupakan masalah yang serius sehingga boleh menjejaskan tahap kesihatan dan keselamatan.

Ketika jerebu melanda, pasti membuatkan seseorang merasa tidak selesa. Mata akan menjadi pedih bila terlalu terdedah dengan jerebu. Selain itu, asap jerebu dapat mengaburkan penglihatan kita yang membuat kita jadi tidak selesa dengan keadaan tersebut.

Setiap kali tiba musim jerebu. Kita dinasihatkan untuk memakai topeng muka untuk mengelakkan asap jerebu masuk ke dalam rongga pernafasan kita. Bila tiba musim jerebu, banyak yang memakai topeng pembedahan atau surgical mask untuk menghalang asap jerebu masuk ke dalam rongga pernafasan.

Sebenarnya, topeng muka pembedahan yang terlalu nipis yang sering digunakan oleh doktor ketika pembedahan adalah tidak sesuai digunakan pada musim jerebu, kerana rekaan topeng muka pembedahan mempunyai banyak kelemahan berbanding topeng muka yang sepatutnya digunakan ketika jerebu, iaitu topeng muka N95.

Topeng N95 lebih sesuai digunakan ketika musim jerebu

Topeng N95 lebih sesuai digunakan ketika musim jerebu berbanding topeng pembedahan

Tetapi setiap kali berlakunya jerebu, banyak yang memakai topeng muka pembedahan berbanding topeng muka N95 dan perkara ini akan berulang setiap kali berlakunya jerebu. Salah satu sebab mengapa orang ramai memilih untuk memakai topeng muka pembedahan kerana harganya yang lebih murah, berbanding topeng muka N95.

Walau bagaimanapun, topeng muka pembedahan yang banyak digunakan sekarang ini mempunyai fungsi yang berbeza dengan topeng N95. Topeng muka pembedahan direka untuk tumpahan cecair dan darah.

Selain itu, rekaannya yang agak longgar menyebabkan udara yang tidak sihat itu masuk di bahagian tepi wajah. Walaupun sudah memakai topeng penutup muka, tetapi sebenarnya ianya tidak membantu untuk menghalang asap jerebu dari memasuki rongga pernafasan.


Tindakan Ketika Jerebu

Jerebu datang lagi! Ini merupakan langkah keselamatan ketika berlakunya jerebu:


1. Kurangkan aktiviti di luar rumah dan cuba berada di dalam bangunan, dan gunakan penutup hidung dan mulut (Mask) ketika keluar rumah.

2. Pakai penutup muka yang sesuai ketika jerebu seperti topeng muka N95.

3. Basuh muka, tangan, dan mana-mana anggota badan yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih serta sabun apabila selesai melakukan aktiviti di luar rumah untuk membersihkan habuk dan kotoran yang terlekat pada badan kita.

4. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

5. Tutup semua tingkap dan pintu dengan rapat bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

0 Response to "Topeng Muka N95 - Topeng Paling Sesuai Digunakan Ketika Jerebu"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel