Kebaikan menabung kalau nak tahu!
Sunday, July 14, 2019
Add Comment
Hari ni Sembang Kejayaan nak kongsi sedikit mengenai kebaikan menabung. Ramai yang dah tahu menabung ni adalah amalan mulia.
Tapi nak tahu juga apa kebaikannya. Asyik duit masuk tabung ja kan tapi tak tahu apa kebaikannya yang kita boleh dapat.
Sebelum tu nak cerita dulu pasal menabung ni apa sebenarnya. Kot ada disini yang tak tahu pasal menabung tu apa?
Menabung ni maksudnya kita menyimpan duit. Ianya boleh dilakukan di rumah atau di mana-mana yang kita suka. Kalau di rumah boleh simpan di dalam tabung dan di tempat lain kita boleh simpan di Bank.
Tapi disini tak nak cerita pasal Bank, just nak cerita pasal kebaikan menabung. Sembang Kejayaan juga ada berkongsi tips untuk menabung di rumah yang sangat simple bagi yang betul-betul nak simpan duit. Boleh baca disini.
Okay kita masuk objektif sebenar kita iaitu kebaikan menabung. Sorry terlari topik asal pulak..
Okay sekarang, antara kebaikan amalan menabung adalah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Bila kita menabung, kita dapat mengelakkan diri dari sikap suka boros atau sikap suka membazir.
Sikap suka membazir ini adalah amalan syaitan. So janganla terlalu boros dalam berbelanja. sikap boros juga boleh mengundang kita kepada kemiskinan pada masa hadapan. Jadi menabung ni just sebagai backup plan untuk masa depan kita. Kita tak tahu mungkin masa hadapan kita akan guna duit lebih banyak. Jadi rajin-rajinla menabung ya.
Kebaikan yang kedua, dapat membantu kita membeli apa saja yang kita inginkan. Bila kita menabung kita boleh guna duit tu untuk beli apa saja yang kita nak.
Kalau tanya anak muda sekarang sebab apa menabung? Nak beli handphone, Ps4, nak beli Beyblade yang tengah viral sekarang ni dan macam-macam lagi. Tak kisah la nak beli apa. Asalkan ada tujuan asal kita menabung.
Yang baru nak start menabung tu pastikan anda tetapkan dulu tujuan anda untuk menabung. Nak tahu sebab apa perlu tetapkan tujuan? Boleh baca disini untuk mendapatkan jawapannya.
Yang ketiga, kita juga dapat membantu keluarga kita apabila ditimpa kesusahan. Jika ada ahli keluarga kita yang sakit lebih-lebih lagi ibu bapa kita sendiri. Jadi kita boleh gunakan wang yang kita simpan untuk mendapatkan rawatan. Barula boleh jadi anak yang soleh dan solehah. Ada sesetengah orang cakap "Anak soleh idaman ibu bapa". Boleh baca disini untuk dapatkan tips menjadi anak soleh dan solehah.
Menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Biar menabung sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Sekadar perkongsian. Boleh follow Sembang Kejayaan di bawah supaya anda tidak terlepas setiap artikel yang dikongsikan. "Sharing is Caring".
Terima kasih kerana sudi membaca.
0 Response to "Kebaikan menabung kalau nak tahu! "
Post a Comment