Tips mudah menabung duit sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit terkini.
Sunday, July 14, 2019
Add Comment
Disini Sembang Kejayaan nak berkongsi sedikit tips untuk menabung duit. Menabung ni adalah satu amalan yang mulia. Banyak sebenarnya faedah atau kelebihan menabung yang kita boleh dapat.
Mesti ada disini yang ada masalah untuk menabung. Baru start menabung dalam seminggu dah keluarkan duit sebabnya tak tahan melihat duit yang banyak. Rasa macam nak guna ja duit tu.
So, harini nak kongsi sedikit tips untuk kita menabung. Yang pastinya ianya mudah dan cepat. Sebelum start menabung, cuba kita tetapkan dulu tujuan kita nak menabung ini untuk apa?
Seeloknya biarlah tujuan kita menabung tu ada manfaatnya pada masa hadapan. Jangan sesekali guna untuk tujuan yang tidak bermanfaat.
Bila dah ada tujuan menabung barula kita rasa semangat sikit nak menabung. Ini tiada angin tiada ribut tiba-tiba nak menabung.
Sebab itu la kita selalu gagal dalam menabung. Baru menabung seminggu last-last dah kecundang. Hangat-hangat taik ayam ja mula-mula. Hehehe
Sekarang kita masuk topik sebenar kita. Sorry lari topik sikit mula-mula.
Tips yang pertama sebelum nak menabung ni anda mesti la kena ada tabung. Kalau tak ada macam mana nak menabung.
Pemilihan tabung juga sebenarnya main peranan yang sangat penting dalam aktiviti menabung ni. Pilihlah tabung yang sesuai untuk menabung. Kalau tabung tidak sesuai, kemungkinan anda akan gagal. Nak tahu sebab apa ? Teruskan membaca.
Pemilihan tabung juga sebenarnya main peranan yang sangat penting dalam aktiviti menabung ni. Pilihlah tabung yang sesuai untuk menabung. Kalau tabung tidak sesuai, kemungkinan anda akan gagal. Nak tahu sebab apa ? Teruskan membaca.
Okay itu tips yang pertama, tips kedua pula yang nak dikongsikan ni anda tak perlu menabung dengan nilai yang besar. Cukup dengan sehari Rm1. Pernah dengar tak peribahasa ni "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit".
Cuba banyangkan kalau kita simpan sehari Rm1, sebulan dah berapa ?
30(Hari) × Rm1 = Rm30
Amazing, sebulan dah dapat kumpul Rm30. Kalau setahun? Setahun ada 365 hari. Jom try kira
365(Hari) × Rm1 = Rm365
Banyak tu Rm365. Ni kalau anda guna nilai Rm1 sehari. Kalau guna Rm5, Rm10 sehari.. Anda kiralah sendiri.
Anda boleh pilih berapa nilai yang sesuai untuk anda menabung setiap hari. Pastikan nilainya mengikut kemampuan anda sendiri. Selepas tu dah boleh start untuk menabung.
Seterusya, tips yang ketiga ni benda yang paling susah nak buat. Orang yang ada tujuan asal menabung saja boleh lakukan hehe.
Lepas dah masukkan duit ke dalam tabung. Simpanla tabung tu di tempat yang selamat. Pastikan juga simpan di tempat yang susah untuk anda ambil dan simpan di tempat yang anda sendiri tak boleh nampak kedudukan tabung anda. Kalau nampak, kemungkinan peratus untuk anda ambil wang lebih tinggi.
Tetapi anda kena ingat betul-betul di mana anda simpan. Nanti tak pasal-pasal terlupa dimana anda letak tabung anda.
Sebabnya kita nak elakkan dari ambil duit yang kita simpan tu.
Ni la antara punca sebenar gagal untuk menabung. Sebabnya kita simpan tabung di tempat yang kita boleh lihat dan senang diambil.
Semakin berat tabung, semakin tinggi nafsu kita nak ambil ja duit tu. Lebih-lebih lagi dari tabung yang boleh dibuka dengan mudah. Ingat tak ada cakap pasal tabung mula-mula tadi.
Jadi pilihla tabung yang susah untuk dibuka kecuali dipecahkan apabila sampai target anda untuk pecahkan tabung tu. Kerana ianya sangat penting bagi orang yang betul-betul nak menabung.
Kenapa Perlu Belajar Simpan Duit?
Mesti seronok kan duit jadi banyak secara tiba-tiba? Salah satu cara untuk membuatkan duit anda menjadi lebih banyak adalah dengan cara menyimpan duit.
Jadi nak saya kongsikan dengan anda tips bagaimana untuk anda menyimpan duit dengan betul. Yang ada masalah duit tak cukup hingga hujung bulan pun anda boleh belajar untuk berjimat-cermat dan simpan duit pada setiap bulan tanpa miss sedikit pun. Anda pasti tertanya-tanya bagaimana caranya.
Sebenarnya, ramai orang yang ada masalah seringkali gagal untuk membuat simpanan setiap bulan. Sebabnya apabila tiba hujung bulan, baki duit gaji biasanya tidak ada dan sebab duit baki gaji tidak ada ataupun tidak cukup, maka selalunya kita akan menjadikan ia sebagai alasan gagal menyimpan untuk pada bulan tersebut.
Dan begitulah setiap bulan demi bulan, tahun demi tahun, duit simpanan kita tidak akan bertambah. Malah, selalunya habis digunakan untuk tampung berlanja sahaja. Duit asyik keluar, tapi tak masuk-masuk. Pening juga memikirkan!
Jadi, sebab itulah kita perlu belajar simpan duit. Kita perlu menjadi masyarakat yang bijak dalam hal kewangan serta pandai berjimat cermat setiap bulan. Nak bijak dalam pengurusan wang kita perlu ada ilmu supaya dapat melatih kita tidak terlalu boros dalam berbelanja. Bila tak boros, barulah senang nak simpan duit RM100, RM300, RM400 dengan mudah setiap bulan untuk kegunaan masa hadapan, betul tak? Misalnya, nak kahwin ke, nak beli rumah ke, nak beli kereta atau motor ke lebih senang sebab anda dah ada duit simpanan. Seronok kan simpan duit banyak-banyak! Ia akan jadi seronok bila anda tahu cara menyimpan dengan betul.
Nak Jimat & Simpan Duit Sehingga RM1,000 sebulan?
Memperkenalkan Tips Jimat & Simpan Duit Sehingga RM1,000 Sebulan. Wow, menarik kan!
Menerusi panduan ini yang ditulis dalam bentuk e-Book, ia mungkin memudahkan anda belajar tips-tips untuk berjimat cermat serta membantu anda menyimpan duit sebanyak RM1,000 sebulan, terutamannya yang ada masalah kewangan duit asyik tak cukup hingga hujung bulan tetapi tetap nak buat simpanan setiap bulan.
Dengan e-Book ini anda boleh belajar bagaimana cara untuk berjimat-cermat dan simpan duit sebanyak RM1,000 sebulan. Banyak tu! Kalau sebulan dah cecah RM1,000. Kalau setahun dah berapalah agaknya kan, hanya dengan menabung sahaja. Fikir-fikirkan.
Saya hanya memberikan cadangan dan jalan penyelesaian untuk mereka yang ada masalah kewangan seperti gaji tak cukup tetapi teringin nak buat saving setiap bulan. Untuk pengetahuan anda, semua tips-tips berjimat cermat yang terdapat dalam e-Book ini di tulis sendiri oleh Tuan Zahid Zainal yang dahulunya beliau sendiri pernah mengalami masalah kewangan dan akhirnya kini, beliau berjaya mengatasi semua masalah-masalah tersebut.
Di dalam ebook ini, beliau telah berkongsi banyak tips berjimat cermat yang diamalkannya sendiri dan rahsia untuk menyimpan duit 1,000 sebulan di dalam ebook ini. Jadi mungkin ini jalan penyelesaian terbaik untuk anda menguruskan kewangan anda menjadi lebih baik.
Bagi anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai e-Book ini, boleh klik pautan yang diberikan di bawah.
Semoga bermanfaat.
0 Response to "Tips mudah menabung duit sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit terkini."
Post a Comment