-->

Cara motivasi diri sendiri paling BEST

Dalam kehidupan kita ini, kita akan rasa gembira bila kita dapat buat benda yang kita suka. Setiap hari itu akan jadi ceria.


Dan kadang-kadang juga dalam kehidupan kita "in our life", kita selalu buat benda yang kita sendiri rasa tidak seronok dan kadang-kadang boleh membuatkan kita rasa sedih. Mengapa hal ini terjadi? Sebab kita terpaksa untuk buat benda yang kita sendiri tidak suka,

Sebagai contoh, anda sekarang belajar dalam bidang sains, tetapi anda tiada minat langsung dengan bidang tersebut dan minat anda lebih kepada bidang kewangan.

Jadi apabila kita terpaksa untuk lakukan juga benda yang kita tidak minat, ianya akan membuatkan hidup kita menjadi tidak best (tidak seronok).

Disini ada sedikit perkongsian bagaimana untuk kita memotivasikan diri sendiri dengan kaedah yang paling menarik dan semestinya mudah untuk dilakukan. 



Yang pertama, cubalah  untuk buat benda yang kita rasa seronok atau benda yang boleh buat kita rasa happy. Jangan sesekali buat benda yang kita tak suka. Sebabnya bila lama-lama melakukan benda yang kita tak suka, akhirnya boleh membuatkan kita menjadi bosan dan berasa sedih dengan kehidupan kita.

Contohnya, anda minat kerja dalam bidang kewangan. Jadi anda perlu mencari kerja yang berkaitan dengan kewangan seperti di bank dan sebagainya. Cubalah untuk melakukan sesuatu yang anda minat. 

Kesimpulan dari contoh di atas, apabila kita buat benda-benda yang kita suka dan minat, secara semula jadinya ianya akan memotivasikan diri kita sendiri dan sentiasa memberi semangat kepada kita setiap hari, malah dapat meningkatkan prestasi kerja kita.

Cara yang kedua ialah beri hadiah kepada diri sendiri. Cara yang kedua ini adalah yang paling best. Cuba kita tetapkan satu hadiah atau ganjaran yang paling istimewa dalam hidup kita setiap kali berjaya dalam melakukan sesuatu benda.

Contohnya, anda buat perniagaan dan anda mempunyai impian yang besar untuk bercuti di Paris. Untuk pergi ke Paris, anda sanggup untuk melakukan apa sahaja asalkan anda dapat pergi ke sana. Jadi, anda boleh jadikan impian anda untuk bercuti di Paris itu sebagai hadiah untuk anda apabila anda berjaya dalam perniagaan.

Katakanlah anda target untung bulanan dari perniagaan anda ialah 5 ribu. Apabila berjaya memperolehi untung sebanyak 5 ribu dalam bulan tersebut, berilah satu reward kepada diri sendiri sebagai tanda kejayaan anda iaitu satu tiket percutian di Paris. Jadi, impian anda untuk pergi ke Paris sudah tercapai. 

Contoh lain yang boleh anda cuba, apabila anda sudah berjaya menyelesaikan sesuatu kerja, anda boleh beri ganjaran dengan berbelanja diri sendiri makan di restoran mahal sebagai tanda meraikan kejayaan anda kerana anda sudah berjaya melaksanakannya.

Sebabnya, ianya secara automatik akan memberi motivasi kepada diri sendiri untuk terus berusaha mendapatkan apa yang kita mahukan. Bila sudah berjaya sampai ke suatu tahap, gembirakan diri sendiri dengan hadiah atau ganjaran sebagai tanda kerja keras kita selama ini.

Kita kalau dapat hadiah memang akan rasa seronok dan gembira lebih-lebih lagi dapat hadiah atas hasil usaha kita sendiri. 

Yang ketiga, jika ada dari kalangan kita yang ada rakan yang mempunyai minat yang sama, kita juga boleh jadikan rakan kita sebagai motivasi buat diri kita sendiri.

Sebagai contoh yang boleh dilihat, kalau kita seorang yang minat kepada bisnes dan rakan kita juga minat bisnes, kita boleh sama-sama memotivasikan diri.

Dengan melihat rakan kita berjaya dalam bisnes, ianya dapat mempengaruhi diri kita supaya hendak berjaya juga seperti rakan kita itu.

Jika salah seorang dari kita yang hampir berputus-asa dalam bidang bisnes, kita boleh sama-sama membantu untuk beri motivasi agar kembali bersemangat supaya dapat teruskan perjuangan sehingga berjaya.

Jadi inilah tips yang boleh kita guna untuk memotivasikan diri kita sendiri. Sekadar perkongsian yang bermanfaat.


3 Responses to "Cara motivasi diri sendiri paling BEST "

  1. Hai Cik Lina, saya Christina Amin dari syarikat Leaderonomics. Saya berminat dengan article cik yang ini "Cara motivasi diri yang paling best". Saya nak minta kebenaran jika saya boleh re-post nya di website kami?

    ReplyDelete
  2. @Christina Evalyne Maaf, tidak dibenarkan utk repost semula. Terima kasih.

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel