Cara Tukar Image Format JFIF Kepada JPEG Dengan Mudah dan Cepat
Sembang Kejayaan - Cara Tukar Gambar Format JFIF Kepada JPEG Dengan Mudah - Korang pernah tak muat turun gambar, tapi gambar tu dalam format JFIF? Mungkin ada yang pernah dan mungkin juga ada yang kali pertama dengar.
Sebab kebiasaannya, semua orang akan guna format JPEG untuk gambar dan rata-rata semua gambar yang disimpan dalam format JPEG. Namun begitu, ada sesetengah gambar yang kita muat turun dari google atau apa-apa website terdapat juga dalam format JFIF.
Baru-baru ini, saya mengalami masalah ini apabila hendak upload gambar ke blog tapi tak boleh kerana gambar tersebut dalam format JFIF dan bukannya JPEG. Ini kerana blog hanya menerima gambar dalam format JPEG, PNG dan GIF. Korang kalau jadi macam ini, jangan delete pula gambar tu. Tak perlu pening-pening, ada cara yang boleh kita tukarkan semula kepada format JPEG macam biasa.
Jadi, pada kesempatan kali ini, saya nak kongsikan dengan korang bagaimana nak tukar gambar dari format JFIF kepada JPEG dengan mudah:
Baca Juga: Cara Remove Background Gambar Dengan Mudah Tak Perlu Aplikasi Berbayar
Cara Tukar Image Format JFIF Kepada JPEG
Langkah 1 - Buka aplikasi Paint. Cari aplikasi tersebut di Start search box.
Langkah 2 - Buka gambar file JFIF. Klik File dan kemudian Open.
Langkah 3 - Klik File, Save As, dan kemudian Save dalam format JPEG.
Tukar Image Format Jfif Kepada JPEG Secara Online
Selain menggunakan kaedah di atas, korang juga boleh tukar secara online menggunakan website yang menyediakan fungsi ini, antaranya ialah Convertio.
Langkah 1 - Masuk ke website Convertio
Langkah 2 - Klik Choose Files dan pilih gambar korang dalam format JFIF.
Langkah 3 - Setkan format gambar yang korang nak iaitu JPEG. Kemudian klik Convert.
Langkah 4 - Klik Download.
Rasanya sampai sini sahaja perkongsian ringkas dan mudah kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua dan selamat mencuba. Sekiranya korang ingin lebih banyak post berkaitan tutorial, klik sahaja link di bawah
Sayalah tu…pertama kali dengar format JFIF.
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi.
wah cara ini lebih mudah dan menjimatkan masa
ReplyDelete