-->

Cara Gabung Pdf Jadi 1 Dokumen Dengan Mudah

Sembang Kejayaan | Cara Gabung Pdf Jadi 1 Dokumen Dengan Mudah - Pernah tak korang ada masalah nak hantar dokumen? Dokumen korang tu banyak tapi yang nak dihantar cuma 1 dokumen sahaja dibenarkan ssstem? 

Atau korang student? Pernah tak dapat nota dalam format PDF? Susah juga kan nak baca nota kalau kena buka banyak file? Kalau ada 10 bab, 10 file PDF kena buka. Lagi merumitkan apabila buka di handphone. 

Cara Gabung Pdf Jadi 1 Dokumen Dengan Mudah

Sekarang, semua dokumen menggunakan format PDF kerana ianya lebih mudah. Bahkan dokumen rasmi juga yang dahulunya menggunakan format Word mula beralih ke format PDF. Hal ini kerana untuk mengelakkan berlakunya error atau format lari apabila diakses di komputer lain. Jadi, menggunakan format PDF adalah lebih mudah. 

Namun begitu, PDF tidak seperti Word dimana kita boleh ubah dengan mudah termasuk menggabungkannya menjadi satu dokumen. Ini berbeza dengan PDF, kita tak boleh merge menjadi satu dokumen melainkan Adobe korang berbayar atau menggunakan software tertentu. 

Baca juga: Cara Remove Background Gambar Secara Percuma

Jadi, pada kesempatan ini, saya nak kongsikan dengan korang bagaimana nak gabungkan semua file pdf menjadi 1 file pdf. Cara ini saya belajar di salah satu video di Instagram. Jadi, saya kongsikan dengan korang pula. Kalau korang student, cara ini memang sangat membantu. Korang boleh gabungkan nota untuk semua bab dalam 1 file PDF. Kan mudah! 

Cara Gabung Pdf Jadi 1 Dokumen

Langkah 1 - Masuk ke website I Love PDF

Langkah 2 - Untuk bahagian ini, terdapat macam-macam fungsi korang boleh buat dekat I Love PDF, antaranya split PDF, compress PDF dan banyak lagi. Untuk gabung PDF, klik Merge PDF.

Cara Gabung Pdf Jadi 1 Dokumen Dengan Mudah

Langkah 3 - Klik Select PDF files untuk select semua dokumen yang hendak digabungkan. 

Cara Gabung Pdf Jadi 1 Dokumen Dengan Mudah

Langkah 4 - Lepas dah masukkan semua dokumen, korang juga boleh susun kedudukan dokumen mengikut keinginan korang. Jika sudah, klik Merge.

Cara Gabung Pdf Jadi 1 Dokumen Dengan Mudah

Bagaimana? Mudah ja kan cara ini. Lepas ini boleh lah gunakan cara ini untuk gabungkan dokumen, mudah dan cepat.  Harap perkongsian ini bermanfaat buat semua dan selamat mencuba. 

1 Response to "Cara Gabung Pdf Jadi 1 Dokumen Dengan Mudah"

  1. yessss mudah dpt gabung pdf dlm 1 file terutama bila nak kena submit file yg ada byk lampiran bergambar

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel