Cara Buat Ucapan Selamat Datang di Blog Dengan Mudah
Sembang Kejayaan | Cara Buat Ucapan Selamat Datang di Blog Dengan Mudah - Pada kesempatan kali ini, saya nak kongsikan dengan kalian semua bagaimana nak buat welcome screen atau ucapan Selamat Datang apabila pelawat membuka blog kita.
Kalian mesti pernah tengok kan semasa blogwalking, ada sesetangah blog yang pasang benda ini dekat blog mereka. Penggunaan welcome screen tidaklah menganggu pelawat yang datang, kerana disediakan butang close atau okay untuk menutupnya. Dan script yang digunakan juga tidak terlalu berat.
Untuk membuatnya, kita hanya perlu menambah kod HTML dalam template kita. Di bawah saya sudah sediakan kod HTML. Hanya perlu copy dan paste dalam kod template. Caranya cukup mudah, boleh ikut tutorial di bawah.
Baca Juga: Cara Buat Button Tag di Blog Dengan Mudah
Kod HTML Ucapan Selamat Datang:
<script language='JavaScript'>alert(" Selamat Datang Ke Blog Sembang Kejayaan ");</script>
Langkah 1 - Masuk ke Dashboard blogger.
Langkah 2 - Klik menu Theme, Customize dan kemudian klik Edit HTML.
Langkah 3 - Cari kod <head>. Nak senang, copy <head> dan paste dalam kotak pencarian selepas tekan CTRL + F.
Langkah 4 - Selepas dah jumpa kod <head>, copy kod HTML yang diberikan diatas dan paste kod tersebut di bawah kod <head> seperti gambar di bawah.
Langkah 5 - Kemudian tukar ayat Selamat Datang Ke Blog Sembang Kejayaan dengan ayat sendiri.
Langkah 6 - Akhir sekali klik Save.
Alhamdulillah, selesai! Cuba tengok jadi atau tak. Kalau tak jadi, mungkin template blog kalian tidak sesuai dengan kod tersebut. Harap perkongsian mudah dan ringkas kali ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan semoga berjaya.
0 Response to "Cara Buat Ucapan Selamat Datang di Blog Dengan Mudah"
Post a Comment