4 Manfaat SEO Kepada Blog Yang Perlu Tahu Bagi Beginner
Sembang Kejayaan | Manfaat SEO Kepada Blog Yang Perlu Tahu Bagi Beginner - Sebagai seorang blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog, pasti pernah dengar dengan istilah SEO. Ia adalah singkatan daripada Search Engine Optimization yang sangat berperanan penting terhadap blog dan website.
Kenapa SEO penting? Bagi blogger baru, untuk menjadikan
konten atau artikel yang ditulis itu berkualiti dan dapat memberi manfaat
kepada audiences, mestilah menulis dengan teknik yang mesra SEO. Artikel
sebegini akan membawa blog dan website pergi lebih jauh.
SEO ini penting untuk kita tahu agar dapat menulis
artikel blog dengan lebih berkualiti supaya dapat menarik lebih ramai
pengunjung di blog. Sekiranya blog atau website mempunyai pageview yang tinggi, maka
mungkin juga akan dapat pendapatan yang lebih besar jumlahnya melalui
klik iklan Adsense. Dan bagi yang buat bisnes akan mendapat keuntungan daripada
jualan.
Jadi, inilah mengapa SEO penting bagi kalian semua yang
menggunakan blog untuk menjana pendapatan. Jadi, saya nak kongsikan beberapa
manfaat SEO yang perlu kita tahu sebagai blogger baru supaya dapat menulis
artikel-artikel yang mesra SEO yang mana ia merupakan tulang belakang blog agar
blog kalian semua terus maju.
4 Manfaat SEO Kepada Blog Yang Perlu Tahu Bagi Beginner
Seperti yang saya katakan di awal tadi, bahawa SEO membantu
kita mendapatkan trafik yang organik daripada enjin pencarian google. Bukankah
matlamat utama pada awal kalian memulakan blog mahu artikel muncul di
halaman pertama enjin pencarian?
Hal ini boleh berlaku sekiranya kita menulis artikel yang
berkualiti kepada audiences dan menerapkan teknik penulisan SEO dalam penulisan
kita.
Jika artikel yang ditulis itu tidak berkualiti agak
mustahil untuk berada di first page google dan mendapat pageview yang tinggi,
malah terus rendah dan tiada peluang untuk naik ke ranking tertinggi google.
Maksud kualiti disini adalah artikel yang bukan copy-paste dan mestilah
original dari kalian sendiri selagi mana ia boleh beri manfaat kepada
audiences.
Jadi, sangat penting kita menerapkan SEO dalam blog kerana
ia sangat mempengaruhi pageview blog kita dimana peningkatan akan membawa blog
lebih berkembang maju.
2. Meningkatkan pendapatan
Sekiranya artikel-artikel yang ditulis mampu berada di first
page google, maka blog akan dapat jumlah trafik yang tinggi. Dari situ, blog yang
mempunyai Google Adsense, pendapatan akan meningkat sekiranya trafik blog juga meningkat.
Begitu juga bagi kalian yang gunakan blog atau website untuk
buat bisnes online. SEO juga memberi manfaat dalam bisnes. Apabila artikel mesra SEO, ia akan menarik lebih ramai
audiences dari enjin pencarian google untuk kenal produk yang dijual. Lagi banyak
trafik yang masuk ke blog atau website, lagi banyak peluang dapat bakal
pelanggan yang akan membeli produk yang dijual.
Hanya dengan memasukkan keyword yang tepat dan menerapkan gaya penulisan mesra SEO, pelanggan yang betul-betul mencari apa yang mereka inginkan, pasti akan jumpa produk kalian.
Baca juga: Faktor Mempengaruhi SEO Untuk Naikkan Ranking Blog
Selain menggunakan Facebook ads, Instagram, Tiktok dan
lain-lain, manfaat SEO dalam marketing juga kekal relevan sehingga ke hari ini.
Dengan menggunakan teknik SEO, kalian tak perlu keluarkan sebarang modal
untuk promosi produk.
Hanya dengan sebuah artikel SEO, kalian boleh mempromosi
produk secara percuma. Misalnya, artikel berbentuk review, tips dan info
sebagainya. Dan selagi mana artikel yang ditulis itu berkualiti, selagi
itulah artikel itu masih kekal berada di halaman pertama google.
Seperti yang saya katakan, majoriti orang menggunakan
google adalah untuk mencari info yang boleh beri penyelesaian kepada masalah
mereka.
Misalnya, sekiranya kalian menjual produk kecantikan,
tulislah artikel yang berkait dengan kecantikan. Sekiranya jual insurance, tulislah berkaitan insurance. Ini kerana audiences yang mengalami
masalah seperti jerawat, kulit dan seumpamanya akan memasukkan keyword tertentu
di kotak pencarian google untuk mencari penyelesaian mereka.
Dan sekiranya artikel berada di first page google,
lagi banyak peluang produk kalian akan dikenali. Sebab itulah saya
katakan, blog atau website masih relevan sehingga hari ini kerana orang masih
guna google untuk cari info. Namun begitu, sekarang ramai orang yang ada bisnes
tapi tidak ada website mahupun blog.
Blog atau website yang berada di halaman pertama google
apabila di klik dengan keyword tertentu, audiences lebih percaya pada blog atau
website tersebut. Ini akan meningkatkan kredibiliti kepada blog atau website. Secara tidak langsung trafik yang masuk membuka banyak peluang dalam
meningkatkan pendapatan dan keuntungan.
Rasanya sampai sini sahaja perkongsian kali ini tentang
manfaat SEO kepada blog dan website. Semoga perkongsian ini ringkas ini
bermanfaat buat kalian semua.
wahh nice tips =D
ReplyDeletemasih bertatih dalam bab SEO ni. seronok tengok pageview masuk via keyword kan
ReplyDelete