Sunway Carnival Mall Penang Kini Berwajah Baharu
Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim,
Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad,
Sembang Kejayaan | Sunway Carnival Mall Kini Berwajah Baharu - Kini Sunway Carnival Mall sudah berwajah baharu. Katanya dah siap renovation tambah ruang. Sunway Carnival merupakan salah satu pusat membeli-belah besar yang berharga buat penduduk di Seberang Perai.
Di bahagian pulau, memang banyak pusat membeli-belah yang top antaranya Queensbay, Gurney Plaza, Prangin Mall dan sebagainya. Tetapi, di bahagian seberang, inilah mall yang menjadi tumpuan penduduk di seberang.
Ahad yang lalu, berkesempatan untuk berkunjung ke mall yang berwajah baharu ini. Jalan nak ke mall ini pun sudah berbeza. Banyak laluan dulunya boleh masuk dan sekarang dah tak boleh masuk. Memang banyak pembaharuan dari sebelumnya. Semakin meriah bandar sunway.
Sampai sahaja ke sini, terus masuk pintu di bangunan lama. Mula jalan dan pusing di bangunan lama terlebih dahulu dan kemudiannya terus menuju bangunan baru. Memang agak luas ruang baharunya. Outlet pun dah semakin banyak.
Walaupun renovation ini belum siap sepenuhnya di bahagian luar, tapi di bahagian dalam sudah siap dan memang luas mall ini. Terdapat branded outlet baru yang ada di sini. Antaranya, UNIQLO, Brands Outlet, Jaya Grocer, DIY dan macam-macam lagi.
Ada beberapa outlet yang tak sempat masuk. Selepas puas jalan-jalan di ruang baharu, terus pergi tingkat bawah untuk mengisi perut. Memang ramai orang dihujung minggu. Banyak yang beratur dan tempat nak duduk pun tidak ada kalau beratur juga.
Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk makan di tempat yang tak ramai orang iaitu di Kenny Rogers. Tapi sayangnya, banyak yang dah sold out. Patut lah tak ramai. Disebabkan fikir nak kena beratur, makan juga di Kenny Rogers dengan menu-menu yang ada.
Jadi, saya order classic chicken chop lite meal dan air fizzy autumn. Sedap juga air ini. Coca-cola dengan topping aiskrim chocolate.
Selepas selesai makan, rasa dah tak larat nak jalan lagi walaupun masih ada outlet-outlet yang belum sempat masuk. Tetapkan dengan pendirian untuk terus balik.
Walaupun sudah lama tak pergi sunway carnival mall, tetapi sejak renovation, macam-macam dah ada. Selepas ini, apa-apa terus datang ke sini. Sekian cerita hujung minggu.
Tak pernah sampai..Gurney Plaza & Gurney Paragon pernah gi..
ReplyDeleteKemaskini pusat beli-belah untuk tarik ramai pengunjung.
ReplyDeletePopular Sunway ini banyak pusat beli-belah.
memang ramai tempat makan tu hahaha, dah 3 4 kali p, penat jalan la besar2 sangat ni
ReplyDeleteBaru tahun ni saya ke Sunway Carnival Mall, setelah 2 tahun menetap di Seberang. Memang luas dan ada macam-macam. Tak perlu ke belah pulau.
ReplyDeleteMelawat anak di Poli nanti bolehlah singgah sini pulak :-)
ReplyDeleteBanyak kedai, senang nak cari barang. Dah lama saya tak ke sana.
ReplyDelete