-->

Cara Buat Button Tag di Blog Dengan Mudah

Sembang Kejayaan | Cara Buat Button Tag di Blog Dengan Mudah - Mungkin korang pernah lihat ada sesetengah website dan blog yang pernah korang lawat terdapat satu button yang akan membawa korang ke page lain apabila korang klik button tersebut. Kebiasaannya, button ini digunakan oleh website atau blog yang memerlukan pembacanya untuk muat turun, button yang membawa pembaca ke page pembelian dan terdapat banyak lagi fungsi yang boleh digunakan. Ia nampak lebih canggih jika kita hanya memasukkan link ayat/perkataan atau bahasa mudahnya ia dipanggil sebagai hyperlink. 

Button Tag

Button ini berfungsi untuk mengarahkan pengunjung blog kita ke halaman atau page lain melalui link yang kita tampalkan pada button tersebut. 

Jadi, saya nak share dengan korang semua cara buat button link ini dalam artikel korang. Di bawah ini terdapat button yang boleh digunakan dalam postingan artikel korang. Korang boleh ikut langkah-langkah dibawah step-by-step:

Cara Buat Button Tag di Dalam Artikel

Berikut ini kode HTML

<a href="########"><button>Contoh Button</button></a>



Cara Memasang Button Dalam Artikel di Blogspot

Langkah 1 – Copy kod html di atas mengikut jenis button yang korang inginkan. Kemudian gantikan "#" berwarna biru kepada link download korang. Bagi ‘Contoh Button’ korang boleh gantikan dengan nama yang korang inginkan. Contohnya, Download Di sini, Dapatkan Segera atau apa-apa saja mengikut kemahuan korang. 

Langkah 2 – Selepas selesai korang masukkan link korang dan copy kod tersebut, masuk ke draft korang. Untuk lebih mudah, korang namakan terlebih dahulu button tersebut dengan apa-apa keyword sahaja, supaya bila masuk ke HTML korang tidak pening dan mudah untuk korang cari keyword tersebut. Misalnya, saya kat sini saya letakkan ‘aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa’ biar ia lebih mudah untuk saya cari. 

Button Tag

Korang juga boleh ubah kedudukan button korang sama ada di tepi atau tengah mengikut keinginan korang. Berdasarkan gambar di atas saya letakkan button tersebut di bahagian kiri.


Langkah 3 – Kemudian tukarkan kepada HTML view. 

Button link


Langkah 4 – Langkah seterusnya, cari keyword yang korang buat di langkah 2 tadi. Kemudian highlight keyword tersebut dan paste kan kod HTML yang dah copy tadi. Selepas dah paste kod HTML, tukarkan kembali kepada ‘Compose view’ untuk lihat hasilnya. 

Button Download


Dah siap! Mudah sahaja kan? Harap perkongsian ringkas dan mudah ini membantu korang untuk buat button tag di blog. Mencari lebih banyak tutorial berkaitan blog? Klik sahaja pada link di bawah!

Baca Juga: Cara Mudah Membuat Favicon di Blogger.com

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

0 Response to " Cara Buat Button Tag di Blog Dengan Mudah"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel