-->

Faktor Mempengaruhi SEO Untuk Naikkan Ranking Blog

Sembang Kejayaan | Faktor Mempengaruhi SEO Untuk Naikkan Ranking Blog - Salah satu platform yang tidak ketinggalan zaman adalah website dan blog. Seperti yang kita tahu, blog adalah medium berkongsi cerita pengalaman dan ilmu yang dapat beri manfaat kepada pembaca. 

Namun begitu, sudah ramai yang berpindah ke Facebook, Instagram dan sebagainya. Jadi, adakah blog masih relevan pada masa kini? Bagi saya, blog masih relevan pada masa sekarang. Kerana selagi ada enjin carian google, blog masih kekal relevan. Ini kerana ramai orang gunakan google untuk mendapatkan maklumat. Apa-apa semuanya boleh di google. Bak kata orang semuanya dihujung cari.

Typing Laptop

Untuk itu, ramai yang ambil peluang ini untuk menjadi penulis blog atau website untuk memberi maklumat atau menyelesaikan masalah pengguna. Seperti yang saya katakan tadi, orang google untuk cari jalan penyelesaian masalah untuk masalah mereka. Misalnya, cara buat bisnes online, tips jaga kereta dan macam-macam mereka search hanya dengan memasukkan keyword-keyword tertentu. 

Jadi, sekiranya artikel korang tu betul-betul berkualiti dan dapat menyelesaikan masalah mereka, maka mungkin artikel korang itu akan berada halaman pertama google. Bagi penulis blog, siapa tidak mahu kan artikel yang ditulisnya berada di halaman pertama google? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menjalankan bisnes online, memang berada di first page google memang penting. 

Untuk itu, sudah tentu mereka berusaha menulis artikel yang mesra SEO supaya dapat berada ranking tertinggi blog supaya dapat trafik yang lebih tinggi. Dari situ, blog atau produk mereka akan lebih kenali. 

Namun begitu, perkara ini tidak akan berhasil sekiranya kita tidak faham bagaimana SEO ini berfungsi. Menggunakan SEO sememangnya salah satu kunci untuk korang terus berjaya dalam dunia blog atau website. Oleh kerana itu, ada banyak teknik, tips di google yang dikongsikan oleh pakar SEO yang perlu diterapkan dalam penulisan artikel.

Oleh itu, saya kongsikan pengalaman saya sepanjang menulis blog, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi SEO dalam usaha kita untuk naikkan ranking blog

Faktor Mempengaruhi SEO Untuk Naikkan Ranking Blog

1. Kualiti artikel

Faktor utama yang mempengaruhi SEO adalah dari segi kualiti. Pernah terfikir konten yang kita hasilkan itu sama ada ia betul-betul berkualiti atau sebaliknya? Seperti yang saya katakan, pengguna yang menggunakan enjin carian google adalah dari mereka yang betul-betul nak cari info yang boleh selesaikan masalah mereka. 

Sekiranya konten tersebut hasil ciptaan korang sendiri dan berkualiti dalam menyelesaikan masalah pengguna, maka google akan letakkan artikel korang berada di first page google.

Jadi, untuk berada di first page google semuanya boleh dicapai dengan gaya penulisan yang betul dan yang paling penting keyword. Dengan memasukkan keyword tertentu, artikel korang akan dijumpai oleh mereka. Korang boleh lihat, beberapa artikel saya berada di halaman pertama google dan sekali gus memberikan trafik yang tinggi. 

Search Engine Optimization (SEO)


SEO Blog/Website

Mesin Enjin Pencarian Google

Bagi saya artikel yang mesra SEO penting bagi sesebuah blog kerana ia sangat mempengaruhi pageview blog walaupun blog jatuh merudum ketika google melakukan algoritma. Di bawah nanti saya jelaskan sikit berkaitan algroritma. Jadi, artikel-artikel sebegini merupakan suatu kelebihan untuk blog korang yang mana dapat backup dan memberikan pageview yang stabil pada blog.  

2. Bounce Rate

Untuk mudah faham bounce rate merupakan salah satu cara untuk kita mengetahui sama ada artikel yang kita post itu betul-betul berkualiti atau tak. Dekat sini korang jangan pelik pula, semakin rendah bounce rate, itu bermakna blog korang itu bagus di mata google. Misalnya, pelawat yang datang ke blog korang akan mengambil masa yang lama untuk baca post dan klik atau explore artikel-artikel lain yang ada di blog korang. 

Hal ini berbeza apabila bounce rate korang itu jadi tinggi. Pelawat hanya membuka blog korang hanya beberapa saat dan terus meninggalkan blog korang dan pergi ke blog lain yang mempunyai konten yang sama dengan korang. Ada dapat beza tak? 

Kebiasaannya, ada beberapa sebab bounce rate jadi tinggi antaranya dari segi konten yang tidak menarik, tidak menepati kehendak mereka, susunan tidak rapi dan sukar dibaca dan banyak lagi yang membuatkan mereka tidak baca isi kandungan sehingga selesai dan terus meninggalkan blog.

Jadi, tulislah artikel yang berkualiti dan boleh beri manfaat kepada pembaca. Untuk korang check sama ada blog korang tu bounce rate tinggi atau rendah, korang boleh check di Google Analytics.

Baca juga: 4 Manfaat SEO Kepada Blog Yang Perlu Tahu Bagi Beginner

3. Keyword

Seterusnya, keyword SEO memang cukup penting supaya artikel korang tu mesra SEO. Korang perlu memasukkan kata kunci yang tepat yang mana keyword tersebut paling banyak dicari oleh audiences. 

Jadi sekiranya, korang memasukkan kata kunci yang tepat, maka artikel korang akan ditemui oleh audiences dan secara tidak langsung mempengaruhi ranking tertinggi google. Jadi, korang kena buat research terlebih dahulu sebelum menulis untuk kita tahu keyword apa yang paling hits atau paling banyak dicari audience.

Misalnya, blog korang mempunyai niche tentang bisnes. Jadi banyakkan lah menulis artikel yang mempunyai kata-kata kunci seperti bisnes online, tips bisnes dan sebagainya. 

Saya nak share dengan korang cara saya mencari kata kunci. Korang boleh gunakan Ubbersuggest untuk melihat kata-kata kunci yang sesuai yang paling banyak orang cari. Kat sini juga korang boleh lihat nilai CPC (Cost Per Click) bagi kata kunci tersebut. 

4. Algoritma Google

Seperti yang saya katakan tadi, pengguna google mencari artikel yang betul-betul berkualiti dan mampu menyelesaikan masalah mereka apabila mereka menggunakan enjin carian google. 

Oleh kerana itu, google sering melakukan perubahan di enjin carian mereka agar artikel-artikel yang muncul dalam ranking google betul-betul dapat memenuhi pengguna mereka melalui kata kunci yang dimasukkan oleh mereka. Sekiranya, artikel korang tidak sesuai dengan kriteria mereka, jangan harap akan berada di ranking tertinggi. 

Korang pasti ada artikel yang pernah hits kan? Mesti banyak kan trafik yang masuk dekat artikel tu? Tapi, perasan tak artikel tu pageview dia semakin hari semakin sendu. Ini mungkin salah satu sebab yang berpunca daripada algoritma google.

Ketika perubahan ini berlaku, memang sangat memberi kesan kepada pageview blog. Perubahan ini mahu tidak mahu kita perlu menerimanya. Jadi, bagi mengelakkan ia memberikan kesan kepada blog korang, perbanyakkanlah artikel yang berkualiti jika ingin berada di ranking tertinggi di enjin carian google. 

5. Broken link

Satu lagi yang perkara yang mempengaruhi SEO adalah broken link. Apa itu broken link? Untuk lebih mudah faham, broken link ini ialah link yang sudah tidak aktif. Sekiranya, korang buka link tersebut akan jadi 404, 505 dan sebagainya. Ia adalah tidak bagus untuk SEO.

Ini kerana google sentiasa melalukan perubahan iaitu algoritma. Dari sini artikel korang akan dinilai oleh google sama ada berkualiti atau tak kepada pengguna mereka. Jadi, sekiranya dalam artikel korang ada broken link, audiences akan merasakan diri mereka tertipu kerana apabila mereka klik link dalam artikel korang tidak boleh akses. 

Jadi, ia tidak bagus dan blog korang akan dinilai oleh google sebagai konten yang tidak berkualiti kerana tidak dapat menyelesaikan masalah pengguna mereka.

Untuk itu, broken link korang kena selalu check dekat blog. Kalau ada tu, cepat-cepat buang dan delete komen dari Anonymous yang boleh dikategorikan sebagai spam. Tapi, ada sesetengah orang mengabaikan broken link kerana malas nak edit artikel yang sudah ada beratus-ratus artikel di blog.

Sebenarnya, korang boleh semak broken link dengan mudah dan boleh tahu dengan cepat dimana kedudukan broken link tersebut. Caranya korang boleh rujuk post saya berkaitan tutorial Cara Check Broken Link di Blog Dengan Mudah

Rasanya setakat ini sahaja perkongsian mengenai faktor mempengaruhi SEO. Sebenarnya ada banyak lagi faktor yang boleh membuatkan blog/website berada di first page google. 

Ini adalah salah satu daripadanya yang saya lakukan di blog untuk tingkatkan blog saya supaya sentiasa berada di first page google. Semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat buat semua dan semoga berjaya dalam dunia blog.

2 Responses to " Faktor Mempengaruhi SEO Untuk Naikkan Ranking Blog"

  1. good sharing...tulis blog ni utk simpan kenangan & mengasah bakat menulis..

    ReplyDelete
  2. blog ini memang mantap...semoga terus berkongsi ilmu berkenaan SEO

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel