Pengalaman Belajar di USM Kampus Induk Penang - Kenangan Manis & Pahit
Sembang Kejayaan | Pengalaman Belajar di USM Penang - Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) di Malaysia. Tiba-tiba terdetik nak kongsi pengalaman ketika belajar. Orang kata zaman belajar di seronok. Ya, memang dalam keseronokan, ada juga pahitnya. Tetapi, itu semua boleh jadi kenangan yang bakal dirindui apabila sudah menamatkan zaman belajar.
Buat adik-adik yang bakal melangkah kaki ke Universiti Sains Malaysia Kampus Induk, disini saya kongsikan pengalaman apabila belajar di USM Kampus Induk, Pulau Pinang. Mesti ada diantara korang yang nak dapat USM dan nak tahu best ke belajar di USM?
Pengalaman Belajar di USM Penang
Sememangnya pada ketika itu, saya tiada hasrat langsung untuk sambung belajar. Apabila selesai sahaja graduate diploma, saya memilih untuk bekerja terlebih dahulu, dan dalam masa yang sama juga ada mohon untuk sambung belajar kot nanti berubah fikiran untuk sambung.
Lebih kurang setahun bekerja dan saya berjaya ditawarkan ke USM Kampus Induk. Tapi, sayangnya, pada awalnya saya menolak tawaran tersebut kerana lebih memilih untuk bekerja. Tetapi, nak kata rezeki jugak kan, entah bagaimana saya dapat juga masuk belajar dan jadi pelajar USMians! Ada la beberapa proses yang kena buat untuk terima balik tawaran sekiranya kita dah tolak tawaran tersebut.
Bermulah jadi seorang pelajar degree di USM. Pada ketika itu, masa mula-mula nak masuk memang rasa lain, risau, semuanya ada. Sebab saya masuk masa negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19. Jadi, semuanya dilakukan secara online termasuk proses pendaftaran, Minggu Mesra Siswa dan kuliah. Pada ketika itu, memang tak tahu pun pasal zoom meeting, webex, google meet dan seumpanya. Tetapi, nak tak nak memang kena buat sendiri sebab berada dirumah sebab tiada siapa yang boleh tolong ajarkan.
Apabila semuanya ditukarkan kepada online, semuanya berubah. Memang lain sangat dengan kelas fizikal. Yala kan, peperiksaan akhir semuanya ditukarkan kepada cousework sepenuhnya. Jadi, tak ada exam. Sejujurnya, memang agak busy sebab kerja coursework tu akan bertambah. Jadi, banyak la assignment yang kena buat untuk cover balik markah peperiksaan.
Memang penat sikit bila semuanya online. Walaupun orang kata mudah sebab online, tak perlu pergi kelas dan masuk sahaja kelas online. Tetapi, saya sudah dapat beza rasa penat kelas online dengan fizikal ketika saya ambil diploma dahulu. Memang jauh berbeza. Kalau kelas fizikal kita akan rasa penat dari segi fizikal. Sebab nak kena kejar kelas, berlari sana sini. Tetapi, bila dah full online ni, sebenarnya penat dari segi mental walaupun duduk depan laptop. Belum masuk masalah internet, memang menguji kesabaran.
Nak lagi, kawan-kawan classmate pada ketika ini hanya kenal secara maya sahaja. Jadi, sedikit susah apabila kita nak buat kerja secara berkumpulan. Ya la kan, kalau fizikal senang sahaja boleh jumpa terus untuk bincang. Tetapi, apabila semua dirumah, semua ada komitmen masing-masing.
Jadi, apa yang berlaku ada hikmahnya juga, kat sini banyak yang saya belajar, erti sebuah kesabaran, cara manage time, belajar buat semuanya sendiri dan teamwork. Masa ini, semuanya dirumah. Mau tak mau tetap kena ada teamwork.
Baca juga: Tips Siapkan Assignment Dengan Segera Tanpa Bertangguh
Dan Alhamdulillah, sem ke 2 sudah dibenarkan untuk masuk ke kampus walaupun bukan sepenuhnya lagi. Ada sesetengah kursus dah boleh fizikal. Dapat rasa la degree life walaupun sebelum ini belajar di rumah sahaja.
Kalau nak cerita life kat sini, okay sahaja dan happy juga sebenarnya bila ada disini. Mula-mula saya rasa tak okay sikit, sebab sebelum ini belajar di rumah. Tetapi, apabila kali pertama jejak kaki disini, semua sudah berubah. Seronok sahaja life kat sini.
Banyak sahaja aktiviti yang boleh buat kat sini. Nak main futsal, bola tampar, badminton, berenang, semuanya ada. Nak berenang korang kena bayar RM2 dan kena pakai pakaian swimming dan penutup kepala. Sambil berenang boleh lihat pemandangan dekat usm yang berbukit kehijauan.
Pemandangan dari bukit cinta |
Pemandangan di USM memang cantik. Banyak tempat-tempat yang viewnya cantik. Gambar di atas pemandangan daripada bukit cinta. Saya pun tak tahu kenapa bukitnya nama begitu. Tetapi, tempat ini selalu menjadi tempat lepak kegemaran pelajar USM setiap petang dan menjadi temlat persinggahan bagi mereka jogging. View di bukit ini memang cantik dan boleh nampak jambatan Pulau Pinang.
Selalunya diwaktu petang saya akan jogging ke tempat-tempat ini untuk bergambar. Korang jangan risau, nbuka korang seorang saja yang jogging. Ramai saja yang jogging. Time ni korang akan jumpa siapa kawan-kawan korang yang kaki jogging. Esoknya diajaknya pula jogging di stadium pula.
Cerita pasal jogging, malam-malam pun masih ada yang jogging. Kalau kat sini orang panggil tasek biawak. Sini memang port untuk jogging. Penat jogging boleh la lepak di sini dulu petang-petang. Sebab namanya tasek biawak, memang banyak biawak.
Tasek biawak |
Perjalanan dari desasiswa ke bilik kuliah pula, memang jauh kalau korang dari RST (Restu, Saujana dan Tekun) sebab desa ini dekat luar kampus. Tetapi, jangan risau sebab akan ada bas dalam kawasan RST yang akan drop korang dekat jejantas dan naik pula bas dekat padang kawad. Jangan risau, bas kat sini banyak. Cukup time bas jalan. Bas ini akan pusing satu USM. Kalau dah terlepas bas jangan risau sebab akan bas lain mengikut time-time bas bergerak.
Kalau nak jalan kaki pun boleh juga, tetapi jauh la jugak melainkan desa korang dekat CGH (Cahaya Gemilang dan Harapan). Memang dekat sangat dengan bilik kuliah. Kadang kalau lambat tunggu bas, saya jalan kaki sahaja. Lebih kurang 20-25 minit dari RST ke bilik kuliah. Kalau sudah biasa rasa sekejap sahaja. Jalan sambil borak-borak dengan kawan, tau tau sampai!
Dalam bas USM |
Dan yang paling best dekat USM ini dia punya cafe. Sebab setiap desasiswa akan ada cafenya sendiri. Menu pun lain-lain. Cafe mahal-mahal pun ada, korang boleh la lepak and chill sambil minum coffee. Biasala dekat sini banyak student luar. So, kenalah ada class sikit hehehe.
Kalau dah jemu makan cafe, biasanya akan menghabiskan duit dekat luar. Ini untuk hari minggu sahaja lah eh. Sebab dekat luar USM macam-macam ada, Plaza Ivory, McD, KFC, Pizzahut, Bubblebee semua dekat ja dengan USM. Mau tak mau saja sebab nak kena jalan kaki. Lain lah kalau korang ada kenderaan. Senang nak ke sana ke sini.
Haa lagi satu, dekat USM memang susah sikit nak bawak kereta sebab kena ada sticker. Rasanya semua universiti macam ini. Kalau tak ada sticker memang kena saman la dengan JK (Jabatan Keselamatan). Nak dapatkan sticker boleh sahaja untuk mohon, asalkan kena aktif dalam persatuan. Bukan saja-saja boleh bawa kereta.
Kalau nak bawa kereta juga, memang risiko sendiri lah yaa sebab tak semua parking boleh parking kalau tak ada sticker. Nanti kena saman. Lainlah kalau bawa motor. Tapi jangan risau, tetap ramai juga student yang saya tengok mereka bawa kereta.
Yelah senang, nak ke mana ke sini mudah. Hujung minggu boleh keluar, makan nasi kandar ke, Queensbay, padang kota dan macam-macam lagi tempat menarik kat penang. Korang boleh baca dekat sini tempat yang menarik di Penang.
Rasanya sampai sini sahaja perkongsian pengalaman saya ketika di USM. Nak kata banyak kenangan pahit tu, tak lah banyak. Lebih kepada kenangan manis sahaja banyak. Banyak sebenarnya pengalaman kat sini. Yang pahit itulah yang mengajar erti sebuah kehidupan. Apapun USM dihatiku. Pinjam jap tagline UITM hehe. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat korang walaupun pening korang baca :)
Seronok baca perkongsian Khairul. Rupanya susah ya dapat pelekat kereta. Macam saya senang dulu-dulu. Hehe kira pengalaman awak juga.
ReplyDeleteSeronok baca pengalaman Khairul. Baru rupanya ambil ijazah. Tidak sangka susah dapat pelekat kereta di sana.
ReplyDeletealhamdulillah...ada pelung belajar di USM
ReplyDelete@NA - Hehe..susah juga kena ada surat sokongan yang memerlukan student untuk bawa kereta
ReplyDelete@Hanafi Abdullah - Terbaik :)
Anak dara Kak Sue pun belajar secara online masa PKP, macam-macam ujian belajar masa PKP tu.. sabar ja lah.. huhuhu..
ReplyDeleteBukit cinta kalau pegi mesti tak boleh sorang kan jkjk hahah
ReplyDeleteTeringat cerita Ali Setan, sebab dekat USM juga. :)
ReplyDeleteLecturer lama ada juga panggil kalau2 nak sambung belajar (UTM) tapi tula terbayang masa dengan kos pengajian takut tak mampu. Thanks share Khairul, rindu zaman belajar.
ReplyDelete