Cara Menghilangkan Product Activation Failed Word Dengan Mudah
Sembang Kejayaan - Cara Menghilangkan Product Activation Failed Word Dengan Mudah - Pernah tak Microsoft Word korang tiba-tiba tak boleh guna? Bila check balik dekat atas tu tulis Product Activation Failed. Pernah tak jadi? Jangan risau, masalah ini merupakan masalah biasa yang sering berlaku oleh para pengguna Microsoft Office. Saya sendiri pun pernah mengalami masalah tersebut. Masa kita nak guna Word lah dia selalu buat hal. Jadi, bagaimana nak hilangkan?
Jadi, perkongsian kali ini saya nak kongsikan dengan korang bagaimana nak hilangkan Product Activation Failed di Word dengan mudah dan boleh guna macam biasa. Saya dah beberapa kali menggunakan kaedah ini dan Alhamdulillah ia sangat membantu lagi-lagi time korang dah urgent sangat-sangat nak siapkan kerja dan tak sempat nak pergi ke kedai, korang boleh try cara ni di bawah ini.
Make sure korang ikut langkah di bawah step-by-step:
Sebelum itu, pastikan sebelum korang buat, tutup dahulu word dan kemudian refresh komputer atau laptop terlebih dahulu.
Cara Menghilangkan Product Activation Failed Word
Langkah 1 - Pertama sekali, korang kena cari file Microsoft Office. Caranya korang klik This PC > Acer (C:) > Program Files (x86) > Microsoft Office
Langkah 2 - Bila dah jumpa dan klik file Microsoft Office, kemudian klik pula file Office 16
Langkah 3 - Kemudian korang cari application OSPPREARM. Seterusnya, korang Right click dan klik Run as administrator. Korang tunggu sehingga selesai.
Dah selesai! Microsoft Word korang dah boleh guna macam biasa. Sampai disini sahaja sedikit perkongsian ringkas cara menghilangkan Product Activation Failed di Word. Sekiranya cara ini tidak berhasil, korang boleh ulangi langkah yang sama untuk cuba lagi.
Semoga bermanfaat.
0 Response to "Cara Menghilangkan Product Activation Failed Word Dengan Mudah "
Post a Comment