10 Makanan Delivery Selalu Menjadi Tumpuan Suri Rumah
Sembang Kejayaan | Idea Makanan Delivery Selalu Menjadi Tumpuan Suri Rumah - Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini bisnes makanan delivery merupakan antara bisnes yang mudah dan menguntungkan.
Pada hari ini, bisnes makanan delivery merupakan antara bisnes makanan popular sejak PKP tempoh hari.
Jimat masa dan tak perlu beratur panjang di kedai juga merupakan antara sebab servis penghantaran makanan semakin popular.
Oleh kerana itu, ramai yang mengambil kesempatan ini untuk memulakan perniagaan dengan makanan terutamanya para ibu atau suri rumah. Kebanyakan dari mereka memasak makanan kegemaran mereka kemudian jual kepada jiran-jiran mereka, kemudian hantar ke rumah mereka.
Untuk itu, bagi korang yang masih mencari makanan homemade apa yang menjadi pilihan, saya sediakan idea makanan homemade popular selalu menjadi pilihan suri rumah dalam menjalankan bisnes makanan delivery.
10 Makanan Delivery Selalu Menjadi Tumpuan Suri Rumah
1. Laksa
Image by Shutterstock |
Laksa dari dulu hingga kini memang ramai yang buat. Ini kerana laksa merupakan salah satu makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia. Untuk mendapat lebih permintaan, cuba buat lain dari yang lain. Sekarang dah ada macam-macam inovasi laksa antaranya laksa sarang burung, laksa ikan sekoq dan macam-macam lagi. Orang kita suka benda yang lain dari yang lain. Tak mustahil perniagaan laksa korang akan mendapat sambutan!
2. Spaghetti
Image by Shutterstock |
Macam-macam jenis spaghetti yang mudah untuk jualan antaranya spaghetti bolognese, carbonara dan sebagainya. Sekarang ramai yang suka makan spaghetti terutamanya anak-anak lebih suka makanan sebegini daripada nasi. Ramai suri rumah yang dah buat bisnes spaghetti. Mereka hanya masak makanan kegemaran mereka kemudian jual kepada jiran-jiran, post di status whatsapp dan facebook, tup2 dah dapat order.
3. Meatball
Image by Shutterstock |
Selain spaghetti, meatball juga antara hidangan yang selalu menjadi pilihan suri rumah dalam menjalankan bisnes delivery makanan. Banyak hidangan meatballs yang boleh korang cuba antaranya meatballs cheese, meatballs bolognese dan macam-macam lagi. Kalau nak resepi, korang boleh tengok perkongsian daripada Zan Zarifah Zainal cara buat meatball IKEA.
4. Vietnamese Roll
Image by Shutterstock |
Pernah tak perasan dekat status whatsapp orang jual Vietnamese Roll? Mesti pernah kan. Salah satu makanan dari negara Vietnam yang dah popular di Malaysia. Ini juga makanan yang mudah boleh dibuat dan menguntungkan. Sebabnya orang kita sekarang gemar makan makanan luar negara. Nak buat pun mudah, bahan-bahannya seperti udang, ketam dan sayur-sayuran segar yang digulung dengan rice paper. Tengok ja pun dah nampak sedap.
5. Mee Kari
Image by Shutterstock |
Mee kari dari dulu hingga kini memang sentiasa ada orang cari kerana hidangan ini sentiasa menjadi kegemaran ramai. Nak-nak lagi bila ada majlis perkahwinan. Mee kari sentiasa menjadi hidangan tidak kira masa. Sesuai dimakan pada bila-bila masa saja. Cumanya sekarang dah susah nak jumpa mee kari yang letak kerang. Mungkin korang boleh cuba.
Baca Juga: 7 Makanan Tradisional Zaman Tok Nenek
6. Dessert
Image by Shutterstock |
Trend makanan viral semakin berkembang. Banyak jenis dessert yang viral boleh dijadikan jualan. Antaranya, koktail, buko anggur dengan berbagai perisa. Nak lagi di musim panas, pasti ramai yang cari.
7. Tauhu Bergedil
Image by Shutterstock |
Tauhu bergedil makanan yang pernah viral dulu dan sehingga kini masih ada orang yang cari dan jual. Tauhu bergedil memang sesuai dimakan pada bila-bila masa. Kebanyakan orang lebih suka tauhu bergedil homemade daripada beli di gerai tepi jalan kerana ia lebih dekat dengan cita rasa mereka dan intinya lebih padat.
8. Nugget
Image by Shutterstock |
Kawasan rumah yang ada banyak budak-budak, hidangan ini selalu menjadi tumpuan mereka. Jangan kata budak-budak, orang dewasa pun suka. Sekarang dah ada macam-macam jenis nugget homemade yang boleh korang cuba. Salah satu nugget homemade yang boleh dicuba resepi Di Sini. Nampak menarik sesuai untuk budak-budak!
9. Sandwich
Image by Shutterstock |
Nampak biasa tapi masih ramai yang sukakan menu ini. Kalau dulu inti sardin tetapi sekarang sudah ada bermacam jenis inti yang boleh kita buat dan boleh dimakan pada bila-bila masa bukan hanya waktu pagi. Baru-baru ini ada hadir satu dinner. Salah satu hidangannya adalah sandwich. Tak sempat nak menjamah dah habis. Memang laku keras!
10. Set Nasi Berlauk
Image by Shutterstock |
Sebenarnya, ada banyak lagi makanan yang sesuai yang boleh korang jadikan sebagai menu utama dalam memulakan bisnes makanan delivery. Untuk itu, sekiranya korang berminat untuk mengetahui tentang selok-belok memulakan makanan delivery, saya syorkan korang untuk baca Cara-cara Memulakan Bisnes Delivery. Selamat mencuba :)
0 Response to "10 Makanan Delivery Selalu Menjadi Tumpuan Suri Rumah"
Post a Comment