Cara Membuat Folder Group Chat di Telegram Kemas dan Tersusun
Sembang Kejayaan - Cara Membuat Folder Group di Telegram | Selain menggunakan aplikasi whatsapp, rasanya ramai juga diantara kita yang menggunakan aplikasi lain untuk berkomunikasi salah satunya adalah aplikasi Telegram. Walaupun Whatsapp antara yang paling popular, tapi ada beberapa perkara yang saya suka pasal Telegram ini. Antaranya adalah buat folder group chat. Biasanya di Telegram banyak group atau channel yang kita join. Ada group movie, group masakan dan sebagainya.
Fungsi ini sesuai untuk mereka yang mempunyai group atau channel yang banyak. Tambah-tambah lagi buat adik-adik yang menjalani pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara online, sudah tentu banyak group-group yang perlu sertai dan ada kalanya susah nak scroll cari group, kerja sekolah dan sebagainya sebab terlalu banyak group.
Jadi, dengan adanya fungsi folder group chat ini, anda boleh asingkan group-group penting dan letakkan dalam satu folder. Ini akan memudahkan anda untuk mencari tanpa perlu scroll keatas dan kebawah hingga jumpa group atau channel tersebut. Cukup dengan meletakkan semua group chat yang anda mahu di dalam satu folder, anda boleh melihat semua group anda mengikut kategori folder yang telah anda buat. Malah, ia juga nampak lebih tersusun dan kemas. Untuk membuatnya, ikuti langkah-langkah dibawah:
Cara Membuat Folder Group Chat di Telegram
Jika anda perhatikan di bahagian setting, ada menu "Folder". Tekan menu Folder tersebut.
Disini anda boleh edit folder dan membuat folder baru. Untuk membuat folder baru, tekan “Create New Folder”
Jika sudah, anda akan dibawa ke halaman untuk membuat folder baru seperti dibawah ini. Sila letakkan nama folder anda, kemudian tekan menu "Add chats". Pilih group atau channel yang ingin diletakkan di dalam folder. Akhir sekali, tekan √ dan Save.
Inilah hasilnya. Jika anda ingin membuat folder baru lagi, anda boleh ulangi cara diatas. Harap perkongsian ringkas dan mudah Membuat Folder Group Chat ini bermanfaat kepada semua. Semoga dengan cara ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk asingkan group chat penting supaya dapat memudahkan anda mencari dan nampak lebih tersusun dan kemas.
Selamat mencuba :)
Baca Juga: Cara Membuat Nombor Muka Surat “1” di Helaian Lain
Oh mcm tu..lagi mudah rasanya ade folder kan..
ReplyDeleteTq share SK :)
Belum guna aplikadi ini.
ReplyDeletePerasan lama tidak singgah sini.
Jangan lupa kemaskini blog.
Terima kasih atas perkongsian ini. saya baru je test. yeaahh.. dapat buat. tak lah susah nak cari info nanti.
ReplyDelete