-->

Motivasi 4 Cara Menghilangkan Rasa Malas Kembali Segar dan Bersemangat

Sembang Kejayaan - Cara Menghilangkan Rasa Malas | Semua orang pasti pernah rasa malas dan sampai satu tahap rasa malas sangat untuk melakukan apa sahaja. Ini kerana tidak semua orang rajin sepanjang masa, pasti ada ketika akan terasa malas untuk melakukan sesuatu. Jika mula terasa malas, janganlah sampai berlebih-lebihan hinggakan tidak mahu berusaha memajukan diri. Sebaik-baiknya carilah jalan penyelesaian untuk mengatasi rasa malas tersebut.

Apabila rasa malas, sudah tentu kita perlu perlukan kata-kata yang boleh beri kita semangat ataupun tips yang boleh membantu untuk menghilangkan rasa malas. Berikut merupakan 4 tips yang boleh anda aplikasikan untuk melawan perasaan malas. 

Motivasi Cara Menghilangkan Rasa Malas Kembali Segar 

Motivasi

1. Tetapkan target yang jelas

Jika mula rasa malas, jangan fokus keadaan malas itu, tetapi fokuslah kepada goals anda. Tetapkan semula atau ingat kembali apa tujuan/matlamat anda yang ingin dicapai dengan lebih jelas. Matlamat yang jelas merupakan pemacu untuk kita terus bergerak. Jadi, ingat semula apa yang ingin kita capai dan dalam masa yang sama cuba untuk push diri melakukan sesuatu. Walaupun nak mulakan sesuatu itu rasa susah tetapi cubalah mulakan dengan melakukan perkara kecil dan itulah yang membuatkan kita mula dan terus bergerak. Walaupun bergerak sedikit demi sedikit, lama-lama akan terbiasa dan kita akan nampak hasilnya. 

Baca Juga: Tips Melatih Diri Menjadi Seorang Yang Rajin

2. Elakkan penangguhan 

Ya, setiap hari banyak kerja atau tugasan yang perlu dibuat. Oleh sebab itu, kita perlu ada plan dan jadual yang baik untuk kita capai semua objektif kita pada hari tersebut. Contohnya, kita berjanji pada diri menyiapkan kerja, tetapi kita selalu menangguhnya ke esok, esok dan esok. akhirnya, kerja pun menjadi semakin banyak dan sukar bagi kita untuk menyiapkan semua tugasan dalam satu masa. Oleh itu, kita perlu ada jadual untuk mengelakkan diri daripada sikap bertangguh. Saya selalu pesan pada diri, nak pilih untuk tangguh atau terus buat dan fikir akibatnya jika kita tangguh. 

3. Self reward

Beri ganjaran sesuatu kepada diri sendiri. Tujuan self reward ini adalah untuk memotivasikan diri sendiri supaya lebih bersemangat lagi. Kalau rutin harian penuh dengan tugasan tetapi, tidak semestinya kita perlu stress sepanjang masa hingga boleh mencederakan diri sendiri. Dalam hal ini, kita bukan nak cederakan diri tetapi kita nak menghargai diri kita setelah penat bekerja. Jadi, kita perlu seimbangkan masa kerja dan masa untuk diri sendiri. Jadi, self reward ini macam-macam boleh kita buat antaranya luangkan masa bersama keluarga, beriadah, keluar bersama kawan-kawan dan sebagainya. 

Baca Juga: Cara Menghargai Dan Menyayangi Diri Sendiri

4. Ingat satu kata-kata semangat

Jika perasaan malas dibiarkan berlanjutan, pasti ia memberi kesan kepada kerja atau aktiviti harian kita. Jadi, untuk kembali segar dan bersemangat dari perasaan mala, ingatlah satu kata-kata motivasi yang boleh membuatkan kita kembali semangat. Setiap kali mula rasa malas, inilah kata-kata yang sering saya ungkapkan “Sebahagian orang bermimpi untuk berjaya, sedangkan sebahagian yang lain bangun di pagi hari berusaha untuk mewujudkannya”. Kata-kata motivasi ini penting untuk menaikkan semula semangat. Jadi, setiap kali mula rasa malas ingatlah kata-kata motivasi yang boleh memberi anda semangat. 

Semoga bermanfaat.

4 Responses to " Motivasi 4 Cara Menghilangkan Rasa Malas Kembali Segar dan Bersemangat"

  1. Sangat betul penghargaan diri merupakan hal yang penting dan stimultan penyemangat efektif.

    ReplyDelete
  2. No.3 selalu saya buat utk diri lebih bersemangat :)

    ReplyDelete
  3. Haah kadang suka menangguh kerja.
    Terima kasih ingatkan.

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel