-->

7 Makanan Tradisional Zaman Tok Nenek Yang Sedap & Digemari Suatu Ketika Dahulu

Assalamualaikum,

Sembang Kejayaan – Rasanya dah lama saya tak tulis blog ini. Jadi mahu tidak mahu tetap kena tulis juga dari biarkan ia terus menyepi hehe. Harap semuanya sihat-sihat saja dan jaga diri. Kes Covid-19 pun semakin hari semakin meningkat. Semoga kita semua dalam lindungan Allah S.W.T. 

Entri kali ini cuma nak mengimbau kembali makanan-makanan tradisi pada zaman tok tok pada suatu ketika dahulu yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ada makanan yang masih kekal sehingga sekarang dan ada juga yang sudah pupus ditelan dek zaman. Berikut merupakan makanan tradisonal Melayu yang popular di Malaysia.


Makanan Tradisional Zaman Tok-Tok Yang Sedap & Digemari Suatu Ketika Dahulu


1. Kuih Ketayab

kuih ketayab

Kuih ketayab antara makanan yang paling digemari rakyat Malaysia. Kulitnya yang dibuat daripada tepung gandum dan pandan yang dikisar halus sebagai pewarnanya. Kebiasaannya orang dahulu gunakan daun pandan untuk menjadikan ia bewarna hijau yang membuatkan rasanya lebih asli dan tradisional. Berbeza dengan kuih sekarang, banyak penggunakan pewarna yang dijual di kedai untuk membuat pewarnannya. Jadi, itulah keistimewaan kuih-kuih zaman dahulu. Untuk bahagian intinya pula, ia dibuat daripada kelapa parut muda dan gula merah. 

2. Peknga/Lempeng Kelapa

Lempeng Kelapa

Pernah makan peknga? Kalau orang utara panggil peknga atau ia juga dikenali sebagai lempeng kelapa. Ia diperbuat daripada kelapa parut muda dan tepung. Kemudian dimasak diatas kuali. Peknga dimakan dengan gulai ikan. Lempeng kelapa atau peknga ini banyak dijadikan hidangan sarapan pagi. Teringat masa kecil-kecil dahulu bila balik kamung, inilah makanan yang menjadi hidangan sarapan pagi, Sedap! 

3. Dangai

Dangai

Kuih dangai merupakan salah satu kuih tradisional yang jarang-jarang kita jumpa. Saya tak pasti di negeri lain kuih ini dipanggil kuih apa. Apa-apapun, kuih ini memang sedap. Kuih dangai merupakan antara kuih popular yang menjadi menu sarapan pagi dan petang. Ia diperbuat daripada kelapa parut muda, tepung dan gula. Kemudian dibakar di dalam acuan. Yang belum pernah cuba, memang kena cuba, kuihnya yang garing di luar dan manis di dalam hasil daripada gula tersebut. 

4. Nasi Lemuni 

Nasi Lemuni

Nasi lemuni hampir sama dengan nasi lemak. Bezanya adalah nasi lemuni ini berwarna hijau kehitaman. Bukan hitam hangit tau, tapi disebabkan daun lemuni yang dikisar halus dimasukkan ke dalam nasi yang menjadikan nasi ini berwarna hijau kehitaman. Penggemar nasi lemak, anda boleh cuba nasi lemuni merupakan salah satu makanan sihat yang sarat dengan herba baik untuk kesihatan. Kebiasaannya nasi ini menjadi menu sarapan pagi dan dihidangkan bersama kuah sambal bilis dan telur rebus. Malangnya, susah nak jumpa orang yang jual nasi lemuni ini, kebanyakan boleh dijumpai di negeri-negeri utara. Orang utara pasti pernah makan nasi ini. 

5. Abok-Abok

Abuk Abuk

Kuih abok-abok antara kuih tradisional dan kebanyakan kuih ini dijual apabila menjelang bulan ramadhan. Kuih ini ada banyak versi mengikut negeri. Ada sesetengah negeri kuih ini dibalut dengan daun pisang, tapi kalau di utara lain pula bentuk kuih ini. Saya pun tak pasti kenapa kuih ini dipanggil abok-abok, mungkin disebabkan kuihnya yang berhabuk. Ini salah alah satu kuih kegemaran saya, rasa tepungnya yang kenyal-kenyal dan inti kelapa yang 

6. Pulut Inti

Pulut Inti

Pulut Inti merupakan makanan tradisi yang menjadi kegemaran orang Melayu. Saya dah lama tak makan pulut inti ni. Kalau balik ke kampung, kuih ini selalu menjadi makanan petang. Pulut initi dihidangkan bersama kelapa parut yang dimasak dengan gula melaka dan kemudian dibalut dalam daun pisang. Rasa lemak dari pulut digandingkan pula dengan kemanisan gula melaka, memang sedap. 

7. Serabai

Serabai

Satu lagi makanan yang jarang-jarang kita dengar iaitu serabai. Pernah makan serabai? Bagi yang belum cuba, serabai ini seakan-akan apam dan rasanya tawar. Disebabkan rasanya yang tawar kuih ini dimakan atau dicicah dengan kuah manis dan nak lagi sedap seringkali juga kuih ini dicampur dengan isi durian dan jadilah kuah durian, memang sedap! Kombinasi yang menarik antara serabai dan durian, memang kena cuba. 

Baca Juga: 10 Tempat Makan Menarik di Penang 

3 Responses to " 7 Makanan Tradisional Zaman Tok Nenek Yang Sedap & Digemari Suatu Ketika Dahulu"

  1. Aduh, aku mendadak lapar kembali lihat lezatnya tampilan Peknga ...
    Juga penasaran dengan rasanya karena aku belum pernah mencicipinya.

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali. Tidak sedar ada tulisan baru SK.
    Pernah makai serabai.
    Abok-abok itu macam kuih tepung gomak.

    ReplyDelete
  3. Serabai mcm pertama kali dgr dan dr tgk rupanya mcm apam manis je..eh yeke? ^_^

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel