-->

Cara Menjadi Anak Yang Soleh & Solehah Harapan Ibu bapa

Bismillahirrahmanirahim,
Assalamulaikum semua,

Sembang Kejayaan - Syukur kepada Allah, kita masih diberi nyawa untuk bernafas harini,diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu tentang cara menjadi anak soleh dan solehah. InsyaAllah, harini dalam blog saya akan berkongsi sedikit tips menjadi anak soleh dan solehah.

Semua orang di sini mesti mempunyai keluarga kan, yang mana ia adalah salah satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama-bersama dengan kita. Cuba kita lihat di rumah kita, ada seorang ayah, seorang ibu, abang, kakak, dan juga adik kita. SIAPAKAH MEREKA INI bagi kita ?? 

Mereka inilah KELUARGA KITA. Yang mana kita tinggal bersama-bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh seorang kepala keluarga dan makan dalam satu periuk dan mereka inilah yang selalu ada dengan kita setiap masa dan mereka tidak mahu meninggalkan kita walaupun sedetik lebih-lebih lagi seorang insan yang digelar sebagai ibu dan juga bapa kita. 

Sayangilah mereka sebagai mana mereka telah menyayangi kita sewaktu kita kecil. Tak rugi pun kan kalau kita sayang mereka seperti mana mereka sayang kita dulu sewaktu kita kecil. Saya sedar saya pun bukanlah seorang insan yang sempurna tetapi sama-samalah kita untuk berusaha ke arah yang lebih baik dengan menyayangi mereka. 

Cara Menjadi Anak Yang Soleh & Solehah Harapan Ibu bapa

Cara untuk menjadi anak soleh:

Yang pertama untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, kita perlu menghormati ibu bapa kita terlebih dahulu. Tak kisahlah sejahat mana pun mereka atau jahat mana pun kita  kita kena hormat kepada mereka. Apa-apa pun yang kita buat hormat adalah yang paling penting. 

Kalau anda seorang yang baik sekali pun, sembahyang cukup lima waktu, berpuasa, alim sekali pun tak guna juga kalau kita tiada rasa hormat terhadap ibu bapa kita. Betul tak !


Adab & cara untuk hormat :

  1. Kalau kita nak bercakap, kita mesti la cakap dengan suara yang lemah-lembut. Tak perlu cakap dengan suara yang tinggi. Itu sudah menunjukkan kita tiada rasa hormat apabila bercakap dengan ibu bapa menggunakan nada yang tinggi. Sekali kita mengeluarkan suara tinggi kepada ibu bapa sudah dianggap derhaka. Jadi janganlah kita jadi anak derhaka pula ye. Cakaplah baik-baik dengan ibu bapa, malah ia mendatangkan pahala buat kita. 
  2. Kita hormat apa saja keputusan yang ibu bapa kita tentukan. Keputusan ibu bapa ni yang terbaik tau. Jadi anda kena hormat setiap keputusan yang ditentukan oleh ibu bapa. Kadang-kadang mereka ini nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka nak sangat melihat anak mereka berjaya di depan mata mereka. Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anaknya gagal dalam kehidupan. Jadi hormatlah selagi mereka masih ada. 

  3. Kita dengar nasihat dan teguran mereka dengan hati yang terbuka. Kenapa saya cakap begini, kerana ada sesetengah dari kita yang tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa dan ada yang mengamok apabila ditegur. Jangan begitu sahabat-sahabatku, mereka tegur untuk mendidik kita dari melakukan kesilapan. Saya tidaklah perfect tetapi sama-samalah kita ubah sikap kita. 

Yang kedua, untuk menjadi anak yang soleh dan solehah mestilah dengan menolong ibu bapa kan. Betul tak! Dengan menolong ibu bapa kita dapat mengurangkan beban yang mereka hadapi. Ada pelbagai cara yang kita sebagai seorang anak boleh tolong. Antaranya kemas rumah, memasak, basuh kereta dan sebagainya.

Kalau ada yang dah berkerja disini bantulah dari segi kewangan sebagai contoh tolong bayarkan bil elektrik/air, beri duit kepada ibu dan ayah di kampung dan sebenarnya ada banyak lagi cara. Kesemuanya terpulang kepada diri sendiri. Dengan syarat kita tolong dengan hati yang ikhlas. InsyaAllah, Aamiin. 

Yang ketiga untuk menjadi anak soleh dan solehah ialah dengan cara menyayangi ibu bapa kita. Bagaimana nak sayang mereka?

Ini merupakan cara mudah untuk sayang mereka. Kita buat apa saja yang ibu bapa kita suka. Tak kisah lah benda apa punn yang penting mereka tersenyum dan menyenangkan hati mereka. Sebagai contoh, kita balas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh, tolong mereka dan sebagainya.

Sama lah macam kita sayang girlfriend kita. Tapi sayang ibu bapa ni tak rugi saudara dan saudari sekalian. Masuk ke syurga kita kalau kita sayang mereka. Ada sesetengah tu sayang kekasih lebih lagi daripada ibu bapa.

Ini nasihat saya yang tak seberapa, sayangilah ibu bapa kita selagi mereka masih ada disamping kita. Kalau mereka sudah tiada nanti serius saya cakap kita akan menyesal. Selagi mereka masih ada disisi, gunalah masa yang masih ada ini untuk gembirakan hati mereka.

Yang keempat pula dengan belajar bersungguh-sungguh. Cara ini merupakan cara yang paling berkesan dan ramai orang mengambil cara ini untuk membuktikan bahawa mereka sayang pada ibu bapa mereka dan boleh berjaya. 

Sebab apa saya kata begitu, anak yang soleh dan solehah mesti akan balas jasa ibu bapa mereka yang telah menjaga kita sejak kecil dengan penuh kasih sayang.Bak kata pepetah seperti menatang minyak yang penuh. Betul tak! Kalau tak percaya anda boleh mengingat balik sewaktu anda kecil-kecil dahulu. 

Adakah mereka berkorban untuk kita?  

Adakah mereka menyayangi kita? 

Adakah mereka berikan apa sahaja yang kita mahukan?  

Soalan-soalan inilah yang menjadi persoalan yang sering bermain difikiran kita. Jadi disini saya cuba untuk menjawabnya dengan pendapat saya sendiri. Jawapannya disini ialah Ya.

Mereka telah banyak berkorban untuk kita. Masa, wang, pakaian, tempat tinggal, kasih sayang semua mereka berikan kepada kita tanpa minta sedikit pun duit kita. Apa saja yang kita minta sewaktu kecil dahulu kepada ibu atau bapa kita nescaya mereka pasti akan tunaikan walaupun terpaksa berkorban apa saja demi melihat kita bahagia.

Ada setengah ibu bapa, walaupun anak mereka sudah besar mereka tetap manjakan anak mereka. Berikan apa saja yang anak inginkan. Sebagai contoh, belikan motosikal, kereta dan sebagainya.

Sebab apa mereka buat begini? Sebab mereka sayang akan anak-anak mereka. Mereka tidak mahu melihat anak-anak mereka hidup susah. Jadi sebagai anak kita perlu berkorban pula untuk ibu bapa kita. Jadi, cara hendak balas balik jasa ibu bapa kita ialah dengan belajar bersungguh-sungguh seperti yang saya cakap tadi. Itu pun kalau anda baca dari awal. Hehe. Okay!

Sekarang, kenapa perlu belajar bersungguh-sungguh? Sebab apabila kita belajar bersungguh-sungguh kita dapat balas jasa ibu bapa kita. Dalam dunia ini, tidak ada ibu bapa yang mahu melihat anak mereka gagal. Semuanya mahu melihat anak mereka berjaya. Nak berjaya mesti kena belajar bersungguh-sungguh, betul tak? Jadi gunalah masa belajar kita dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

Akhir sekali, hargailah mereka selagi mereka masih ada bersama-sama dengan kita. Sekarang kita masih boleh bersembang bersama, makan bersama, gelak ketawa bersama-sama dengan kita. Jangan nanti sudah tiada baru kita sibuk nak hargai mereka. Masa tu nasi dah bertukar menjadi bubur. Sementara mereka masih ada ini, tengoklah wajah mereka, tataplah sepuas-puas hati kita. 

Jadi, marilah kita sama-sama cuba amalkan cara untuk menjadi anak soleh dan solehah. Kita cuba amalkan cara ini sedikit demi sedikit. InsyaAllah, kalau niat kita baik InsyaAllah, Allah S.W.T. akan tolong kita. Allah tahu niat kita kalau kita nak berubah. Semoga kita semua berada dalam lindungannya. InsyaAllah, Aamiin.

0 Response to "Cara Menjadi Anak Yang Soleh & Solehah Harapan Ibu bapa"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel