-->

Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Publish Artikel Supaya Berada di Ranking Tertinggi Google

Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim,
Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad,

Sembang KejayaanPerkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Publish Artikel Supaya Berada di Ranking Tertinggi Google - Bagi penulis blog, mesti mahu artikel yang ditulisnya berada di first page google? Sejujurnya, saya sendiri tak pandai nak menulis artikel yang mesra SEO. Saya banyak try and error. Sekiranya menjadi, ia memang berkesan untuk blog ini. 

Sudah beberapa kali try and error, saya rasa ia betul-betul berkesan apabila saya praktikkan dalam artikel saya. Sepanjang 3 tahun menulis blog, ia tidaklah langsung terjadi. Ambil masa juga sebenarnya, lama-lama baru akan perasan berlaku peningkatan pageview pada artikel tersebut. 

Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Publish Artikel Supaya Berada di Ranking Tertinggi Google

Misalnya, korang boleh lihat beberapa artikel saya yang banyak menyumbang kepada pageview blog ini. Saya agak teruja kerana saya memang tiada ilmu berkaitan SEO. Ini bukan nak bangga diri. Jauh sesama sekali. Saya lebih yakin ramai rakan blogger dalam kalangan kita yang lebih hebat daripada ini. 

Saya hanyalah penulis blog yang baru nak kenal dunia blog. Jadi, ini hanyalah sekadar perkongsian untuk berkongsi kejayaan yang tak seberapa ini dan sebenarnya untuk semangat diri sendiri juga agar lebih semangat lagi dalam menulis blog. 

Untuk itu, sebenarnya banyak sahaja info berkaitan SEO di Google dan Youtube yang boleh kita belajar. Jadi, kena banyakkan membaca. Saya banyak belajar dan praktikkan dalam blog ini. Oleh itu, dalam artikel ini saya nak kongsikan beberapa perkara yang saya buat untuk publish artikel yang mesra seo.

Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Publish Artikel Supaya Berada di Ranking Tertinggi Google
Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Publish Artikel Supaya Berada di Ranking Tertinggi Google

1. Keywords

Perkara pertama yang saya buat adalah cari tajuk. Selalu saya akan menggunakan ubersuggest untuk dapat tajuk. Hanya memasukkan keywords tertentu, saya dah boleh dapat idea berdasarkan cadangan keywords yang diberi. 

Selain menggunakan Ubersuggest, saya juga menggunakan enjin pencarian google untuk dapatkan tajuk. Ini cara yang paling simple untuk dapatkan tajuk artikel. 

Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Publish Artikel Supaya Berada di Ranking Tertinggi Google

Caranya, masukkan keywords tertentu, selebihnya adalah idea yang boleh dijadikan tajuk artikel di blog. Kemudian, tukar sedikit ayat biar berbeza atau boleh gabungkan dengan idea kalian. 

2. Masukkan backlink

Backlink merupakan salah satu faktor dalam SEO. Backlink merupakan sebuah link yang apabila kita klik link tersebut akan mengarahkan kita ke website atau posting yang dimuat oleh link tersebut. Jadi, backlink merupakan jalan pintas bagi pengunjung menemukan sesebuah website atau blog. 

Backlink penting kerana blog akan mudah ditemukan oleh google. Kalau boleh, setiap entri kena ada backlink. Ia sangat penting untuk SEO. Untuk itu, dalam entri saya selalu saya akan masukkan backlink, tidak kira backlink dari sumber blog sendiri atau sumber dari orang lain. Hal ini boleh jadi bertambah baik sekiranya sebuah blog atau website memasukkan backlink ke blog kita dalam entri mereka. Backlink begini memang sangat berkualiti.

Baca Juga: Faktor Mempengaruhi SEO Untuk Naikkan Ranking Blog

3. Semak semula artikel

Sekadar tambahan, selepas selesai sahaja siap mengarang, masukkan backlink, gambar dan sebagainya, saya akan semak semula penulisan. Biasalah kalau type, mesti akan ada typo. Kalau tatabahasa tu memang kurang la sikit. Tak berapa pandai sangat nak buat ayat berbunga. 

Biasanya kalau semak, mesti akan ada perubahan dan penambahan ayat. Yelah kan nak bagi orang faham apa yang kita nak sampaikan. Kalau diri sendiri baca pun tak faham, bagaimana dengan mereka yang membaca? Jadi, saya usaha untuk bagi orang faham. Sekiranya semuanya sudah okay, barulah saya publish. 

4. Google Search Console

Selepas sudah selesai sesi menyemak, saya akan ke page Google Search Console. Ia memang penting untuk SEO dan ia memang akan menjadi rutin saya setiap kali selepas publish artikel. Saya akan menggunakan Google Search Console supaya postingan saya diindek oleh google.

Sebenarnya, terdapat macam-macam lagi fungsi yang ada dalam Google Search Console. Di sini, juga kita boleh lihat antaranya, performance blog, jumlah trafik organik, keywords yang sering digunakan pelawat di blog dan sebagainya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Google Search Console, boleh rujuk artikel dari blogger Sii Nurul. Blog beliau sering menjadi rujukan saya untuk belajar hal-hal berkaitan SEO. 

Rasanya sampai disini sahaja dulu perkongsian saya kali ini. Hampir 3 tahun cuba belajar untuk faham SEO, dan inilah antara yang saya belajar. Bukan mudah mudah sebenarnya nak faham SEO kerana ia sentiasa berubah-ubah. Jadi, kena sentiasa belajar untuk cari ilmu. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

2 Responses to "Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Publish Artikel Supaya Berada di Ranking Tertinggi Google"

  1. keywords tu paling penting.. selain itu konten blog yg berkualiti dan bermanfaat.. Terima kasih juga selalu singgah blog sy.. sy selalu juga baca tips-tips blog di sini

    ReplyDelete
  2. artikel yang bagus dan berkualiti memang layak untuk dapat ranking SEO yang atas denagan syarat kata kunci memberi banyak info kepada pembaca..apa-apapun kita sama-sama belajar dalam bab SEO ini bro

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel