-->

Pengalaman Menjadi Seorang Blogger - Susah Atau Senang Jadi Blogger?

Sembang Kejayaan | Pengalaman Menjadi Seorang Blogger - Susah Atau Senang Jadi Blogger? - Tiba-tiba terdetik rasa nak kongsi pengalaman sebagai penulis blog. Saya bukanlah blogger, tapi hanya penulis blog yang ingin berkongsi cerita dan info. Apabila dihitung saat saya memulakan blog sejak Jun 2019. Lebih kurang 3 tahun 3 bulan. Saya masih baru dalam dunia blog. Banyak lagi yang kena belajar dalam dunia blog.  

Apa yang saya rasa sepanjang 3 tahun menulis blog, memang tak mudah yang disangka walaupun hanya sebagai part-time menulis blog. Permulaan saya memulakan blog bukanlah kerana saya minat menulis. Tetapi, kerana dahulu saya minat membaca artikel di website atau blog sekiranya nak tahu sesuatu benda. Saya tertarik dengan cerita yang berdasarkan pengalaman atau kehidupan seseorang.

Oleh sebab itu, rasa keinginan untuk membuat blog sendiri. Kalau kalian perasan post saya banyak kongsi berkaitan kehidupan dan motivasi. Sebab itu, blog ini namanya sebegitu rupa. Syukur, blog ini masih bertahan sehingga ke saat ini.

Sepanjang saya menulis blog, ia bukannya perkara yang mudah. Menulis memang perkara yang memenatkan. Ditambah pula dengan kerja yang lain. Banyak sebenarnya cabaran lain yang perlu dihadapi sebagai penulis blog. Di sini saya kongsikan cabaran saya sepanjang masuk ke dalam dunia blog. 

Pengalaman Menjadi Seorang Blogger - Susah Atau Senang Jadi Blogger?

1. Kekeringan idea

Ini salah satu sebab yang paling susah bagi saya sebagai seorang penulis blog. Ada hari-hari saya mengalami kekeringan idea, terutamanya cari idea untuk tajuk bagi saya bukan senang. Hari-hari fikir yang tulis pasal apa. Bila tak jumpa, memang akan hilang mood. Kadang bila sudah ada tajuk, idea untuk mengarang pula berkurang.

Sekiranya, ada idea, saya akan mengambil masa 2 hari untuk siapkan 1 artikel yang panjangnya 500-1000 patah perkataan. Saya lihat rakan lain, bukan main banyak mereka post artikel setiap hari. Rajin betul mereka. Saya menulis hanya ikut mood. Kadang memang ada mood rasa nak mengarang. Ketika itu idea memang melimpah. Seronok sahaja mengarang. 

Sebagai seorang penulis blog, ini merupakan satu cabaran saya dalam menulis blog. Untuk itu, cara saya atasi kekeringan idea, saya selalu menggunakan Ubbersuggest. Masukkan keyword tertentu dan kemudian ada beberapa cadangan keywords yang boleh dijadikan idea. Saya pernah cakap sebelum ini, ubbersuggest juga saya gunakan untuk menulis artikel yang mesra SEO. Boleh baca di Faktor Mempengaruhi SEO Untuk Naikkan Ranking Blog

2. Kekangan masa

Ini satu lagi cabaran bagi saya dan dalam masa yang sama, ada juga kerja lain yang perlu diutamakan. Masa yang diperuntukkan lebih banyak diluangkan untuk kerja yang perlu diutamakan terlebih dahulu. 

Disebabkan kesibukan ditambah pula masalah kekeringan idea, saya pernah membiarkan blog ini sunyi sepi selama setahun. Jadi, menulis blog ini hanyalah part-time kerana mempunyai komitmen terhadap kerja lain. Ini memang sukar bagi saya sebagai penulis blog. 

Jadi, saya hanya akan menulis bila masa free dan ada mood mengarang. Kalau ada masa terluang tetapi tidak ada mood, tak jadi juga mengarang. Begitulah sebaliknya. Bagi yang menulis sepenuh masa, mungkin berbeza dengan penulis part-time. 

3. Konsisten

Ini benda yang paling sukar sekali nak buat. Kalau digabungkan dengan cabaran-cabaran di atas memang susah nak konsisten. Tetapi ini semua berbalik kepada tujuan kita buat blog. 

Ada orang buat blog untuk kongsi cerita. Ada orang buat blog memang untuk buat duit. Bagi yang sepenuh masa, mahu tak mahu kena konsisten dalam menulis untuk jana pendapatan. Bagi yang hanya berkongsi cerita pun juga kena konsisten menulis untuk terus update blog daripada dibuat sarang labah-labah.

Tetapi bagi saya yang penulis sambilan ini, menulis hanya ada masa terluang dan share apa yang rasa nak share. Blog ini juga sebagai satu rujukan untuk diri saya sendiri suatu hari nanti. Ya, kadang apa yang kita tulis, memang sangat berguna untuk diri sendiri. 

Dengan blog, ada juga berjaya menghasilkan wang dengan blog, tetapi disebabkan saya jarang-jarang menulis, jumlahnya juga tidak begitu besar. Memang jauh berbeza dengan mereka fokus blog sepenuhnya. Tapi, kira okay lah berjaya juga buat duit poket. Saya yakin ada rakan yang menulis blog yang sepenuh masa jana pendapatan lebih banyak daripada blog. Itu rezeki mereka. 

Baca juga: Cara Buat Duit Dengan Blog

Rasanya sampai sini sahaja perkongsian saya sepanjang jadi penulis blog. Apa pun kerja yang kita buat memang akan ada kelebihan dan kekurangannya. Kadang orang cakap, bestnya jadi buat blog..buat duit duduk depan laptop sahaja

Tetapi, kita yang lalui tak semudah apa yang orang cakap. Fikir tajuk pun kadang berjam-jam dan berhari-hari. Banyak benda sebenarnya kita fikir terutamanya bagi menulis blog sepenuh masa. Orang tengok kita nampak macam rilek, tapi diri sendiri sahaja yang tahu. Sekian beletiaq. Terima kasih juga kepada kalian semua yang sudi singgah ke blog ini, walaupun tak berapa aktif menulis sejak akhir-akhir ini.

7 Responses to "Pengalaman Menjadi Seorang Blogger - Susah Atau Senang Jadi Blogger?"

  1. Bagi menghasilkan entri yang informatif, memang memerlukan lebih masa untuk kita cari info dan susun ayat yang sedap dibaca. Dah siap, kena baca lagi berkali-kali supaya tak ada info yang tertinggal dan tak ada kesilapan ejaan.

    Walaupun agak meletihkan, tapi puas hati. Bagi saya, banyak mana nak post setiap hari tu bergantung kepada tujuan seseorang berblog.

    ReplyDelete
  2. Saya tulis blog untuk kongsi cerita.
    Alhamdulillah saya dah 12 tahun dalam penulisan blog.
    Teruskan ya.

    ReplyDelete
  3. tak semua blogger dapat buat duit dengan blogging. kalau tanya saya, sekadar nak berkongsi pengalaman dan catatan memori sendiri. apa pun all the best to u!

    ReplyDelete
  4. Saya buat blog untuk suka-suka, sebab dalam kepala otak ada banyak benda nak cakap, tapi takde tempat nak tulis.
    Betul juga cakap Encik Khairul, sebagai tempat rujukan diri sendiri juga. Benda yang berlaku, simpan sebagai kenangan.

    ReplyDelete
  5. saya share di blog untuk rujukan saya dimasa depan hehe

    ReplyDelete
  6. bukan senang tau nak jadi blogger, semua faktor kena ambil kira.

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel