-->

Resepi Murtabak Maggi Mudah, Cepat & Sedap

Sembang Kejayaan | Yang mana yang tengah bosan duduk kat rumah tu, tak tahu nak buat apa cuti-cuti ni, inilah masanya untuk anda tunjukkan skill memasak anda di dapur. Gunakan masa yang ada ni untuk belajar memasak dan try resepi-resepi baru. Taklah bosan sangat duduk rumah.

Jadi sempena cuti-cuti ni, penulis nak share satu resepi mudah yang boleh anda cuba di rumah iaitu murtabak maggi. Sesuai dihidangkan sebagai minum petang bersama keluarga. Mudah saja nak sediakan murtabak maggi ni, just guna bahan-bahan yang dah ada dekat rumah ja. Yang pastinya ianya mudah, cepat dan sedap.

Resepi Murtabak Maggi Mudah, Cepat & Sedap

Antara bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Sebungkus mee segera - Patah-patahkan maggi
  2. Dua biji telur ayam
  3. Setengah biji bawang besar yang dicincang halus
  4. Cili yang dicincang halus

Cara-cara menyediakannya:

1. Mula-mula rendamkan maggi ataupun mee segera dengan air panas. Biarkan maggi dalam 1-2 minit supaya maggi tu lembut. Kalau nak rebus pun boleh.

2. Pecahkan 2 biji telur dan pukul sama seperti nak buat telur dadar.

3. Kemudian masukkan bawang, cili yang sudah dipotong. (Kalau ada isi udang, ayam, daging, sosej boleh letak sekali)

4. Jangan lupa letakkan sedikit gula dan garam. Kalau nak sedap lagi, boleh letak sedikit perencah maggi ke dalamnya..Kemudian kacau sehingga sekata.

5. Masukkan maggi ke dalam bahan-bahan yang sudah dicampurkan dengan telur tadi. Kemudian kacau lagi sehingga sebati (Kalau nak ada rasa pedas-pedas sikit, boleh letak sedikit lada hitam)

6. Masa untuk goreng. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Jangan letak minyak banyak-banyak membazir.

7. Kemudian masukkan adunan maggi tadi dan ratakan supaya ia nampak cantik. Cukup masak dengan api yang perlahan saja. Kemudian balikkan kedua-dua belah supaya tiada bahagian yang tak masak.

Okay done! Dah siap murtabak maggi. Dah boleh angkat dan hidangkan dengan sos cili ataupun cheese. Mudah ja kan resepi ni. Guna bahan mana ada ja. Jimat dan tak membazir. Selamat mencuba :)

5 Responses to "Resepi Murtabak Maggi Mudah, Cepat & Sedap"

  1. Macam-macam bahan boleh letak dalam murtabak megi kan?

    ReplyDelete
  2. NA: boleh ja..kalau saya letak isi ayam sikit..baru tak rasa macam kosong ja hihi

    ReplyDelete
  3. haritu husband dh buat murtabak maggi..latest dia buat murtabak frozen plak

    ReplyDelete
  4. Mudah dan sedap, saya suka tambah sayur dalam tu

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel